Saturday, January 5, 2008

Sampai bila??

Fullamak cantiknya dia, hidung cantik, bibir cantik, kening cantik, mata lagi cantik. Kedudukan semuanya terletak dan terpilih seolah-olah ditempah satu persatu oleh empunya diri. Ih, ih,ih...betullah seperti kata Timah tempohari.
.
"Kulitnya pulak putih melepak, tanpa jerawat mahupun jeragat, apatah lagi panau atau pun kurap. Dari atas sampai ke bawah semuanya cantik, putih bersih termasuklah siku mahu pun lutut. Apatah lagi betis atau pun peha.Usahkan lelaki, sesama perempuan pun pasti terpesona dek kecantikannya itu", bisik hati kecil Maziah yang tidak berkelip-kelip sedari tadi.
.
Betul I cakap, cuba you perhati bodynye, semua orang tertawan. Dada, pinggang, punggung semuanya sesuai seperti yang diimpikan. Kita yang teruk beraerobik, berfutsal, berjoging, tak jadi-jadi jugak macam tu. Tengok..you tengok tu... yang patut besar memang besar, yang patut nipis memang nipis, yang patut kecil memanggg kecil. Cantik..cantik.. You dengar tak I cakap ni??.
.
Seminggu kemudian.
.
Betul ke apa yang aku tengok ni? Kenapa jadi macam ni pulak? Dialah sumber inspirasiku. Minggu lepas ok je. Ngerinye... Tengok matanya tu...macam nak terkeluar. Tak jadilah aku nak makan lepas ni, gelii... Eh, dia merapu-rapu pulak. Takutnya...
.
Betul le seperti kata ustaz aku masa kat sekolah dulu, kalau Allah nak tarik nikmat daripada kita, kejap je. Tak semestinya datang ribut taufan, bila-bila masa dia boleh tarik. Tak kira le nikmat apa. Harta ke, kasihatan ke, akal ke, semua Allah boleh tarik balik. Dia yang punya dan Dia jugak yang berkuasa. Sebab tu kita mesti jaga dan guna nikmat-nikmat ni semua pada perkara yang sepatutnya. Macam nikmat tubuh badan yang cantik...bukan takleh tunjuk pada orang lain. Bolehh tapi jadikan orang tu suami dulu. Lepas tu tayang le sepuas hati...Betul tak Idah?? Mana pergi pulak budak ni...

3 comments:

Orked said...

Betul tu, semua tu sementara..hanya pinjaman...

Zamjeng. said...

Tulong cari untuk saya Che Sue!!! hahahaha

Rumah Kuning said...

K.Jie, teringat lagu nasyid "Selimut Putih".hehe

Je, biar betul!! Balik M'sia dulu.