Thursday, January 31, 2008

Homework Cikgu Jie

Cikgu Jie / Kak Jie yg dihormati,


Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk meminta kebenaran dari cikgu untuk tidak menyiapkan tag yang ditugaskan dalam masa terdekat ini kerana kekangan masa yang begitu mengekangg buat masa sekarang. Saya berharap semoga cikgu Jie sudi memaafkan dan tidak mendenda saya. Kalau boleh saya tak nak buat terusss.

Semoga cikgu sudi memaafkan saya dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Esok saya bawak pokok bunga untuk cikgu.Nakk?? Cantik.

Sekian, Wassalam.

Pelajar3 J
( Kelas Paling Hujung )


Entahlah Labu


Segalanya bercampur gaul
Menendang menumbuk akal fikirku
Meragut damai sekeping hati

Sunday, January 27, 2008

Indahnya Ciptaan Tuhan

Pemandangan yang mendamaikan........
Terimakasih Rabbul Jalil
Kerana nikmat yang tidak terhitung

Friday, January 25, 2008

Pakat Kacau Sura





Meriah!!
Warga SMK Panji bergotong royong
memasak 11 kawah bubur asyura.









Thursday, January 24, 2008

Wednesday, January 23, 2008

Maaf Tok

Alhamdulillah segalanya selamat walaupun 4 hari memandu dengan lesen mati aka tamat tempoh. Bukan tak nak bayar, tapi tak sempat nak ke pejabat pos. Semalam, nasib baik sempat melencong. Kalau tak, harus kena saman. Hehehe.

Friday, January 18, 2008

Gemuk Vs Kurus

Dulu

Sekarang
Saja je ni. Dah terbangun pukul empat pagi.
Ngadap benda ni kejap.hehe.
Anda suka gambar dulu ke gambar sekarang?
Gambar dulu? Betul? Baguss
Apa? Gambar sekarang? Uwaa....


Thursday, January 17, 2008

Jom Siapkan Buku Rekod Mengajar

Wahai kawan-kawan guru sekalian,
Buku tebal tu masih keras lagi ke??
Cikgu2 sekolah ambo kena hantar buku tebal
aka buku rekod ngajar esok.
So, marilah kita siapkan sekarang
Tulis jangan tak tulis....

Wednesday, January 16, 2008

Birthday

Hari ni 15 Januari 2008
Birthday akuuuu
Semoga sentiasa diberkati Allah
Dan bahagia dunia akhirat
Amin

Tuesday, January 15, 2008

Kena Tag

Rumah pertama



Rumah Keduaku yg jarang-jarang berpenghuni
&
&
&
Nama Pelajar : Cikgu Panji
Pensyarah : Pn. Combi Echah Syed
Markah :...............
(Maaf krn lewat hantar.Diharap tiada pemotongan markah...)

Sunday, January 13, 2008

Gambar menceritakan segalanya
















Tempat : Duta Village, Beserah,Kuantan.
Tarikh : 10 - 11 Jan 2008



KIta milikNya

Jumaat dua minggu lepas, aku membuat n3 "Luar Jangkaan?". Jumaat kelmarin sebaik saja sampai dari Duta Village Kuantan, aku dikejutkan dengan berita anak sepupuku yang baru 6 hari melalui zaman sekolah menengah telah lemas semasa mandi di Pantai Irama, Bachok. Besarnya ujian Allah kerana adik bongsu berusia 13 tahun ini baru kehilangan abang sulung lebih kurang setahun yang lepas. Kami sanak saudara telah berkampung di Pantai Irama sehinggalah mayat Allahyaryam ditemui pada jam 4.00 pagi tadi.


Al Fatihah untuk Allahyarham Aminrul b. Yusoff.

Thursday, January 10, 2008

Istimewa Untuk Semua

Semakin jauh perjalanan, semakin dekat kematian,
Semakin bertambah bebanan, semakin kurang keupayaan.
Hanya iman dan keyakinan mampu
mengayuh perahu kehidupan
penuh ketenangan menempuh ujian.
Tuluslah dengan Allah, teluslah sesama insan.
Berhijrahlah kearah kebaikan.
.
Selamat Menyambut Tahun Baru 1429 H.
Semoga Sentiasa Diberkati Yang Maha Esa.
*
*
*
*
Esok cuti
Jom
Cuti-cuti Malaysia

Wednesday, January 9, 2008

Keluar Malam Cari Makan

Beberapa kali singgah di sebuah restoran
berhampiran JPJ Panji.
Memang tidak pernah mengecewakan.


Ikan bakar



Sotong bakar


Sup ekor


Yummy...






Tuesday, January 8, 2008

Ngubbang, kartun, ngubbang



Kerja anak dara ini selepas balik sekolah:
Penat ngubbang, tengok kartun......Tidur??
Sorry le nak tidur siang. Membazir masa.
.

Sunday, January 6, 2008

Sabtu Pertama 2008

Pagi tadi aku ke sekolah sebab ada gotong royong.
Sebagai guru kelas, aku dan pelajar perempuan
dikehendaki membersih dan menghias kelas kami.
Selepas gotong-royong terus balik rumah dan
keluar makan tengahari di KB.
Dlm perjalanan tu ternampak orang jual rambutan.
Terus u turn kereta & beli buah ni. Lama dah tak jumpa.
Sukanyee...
Lepas makan tengahari tu, kami terus ke
Pantai Bisikan Bayu.
Ronda-ronda sambil makan jagung bakar.
Pantai nampak cantik tapi sayangnya dipenuhi
dengan semak dan bangunan yang terbiar.
Sempat snap gambar ni dalam perjalanan balik.

Saturday, January 5, 2008

Sampai bila??

Fullamak cantiknya dia, hidung cantik, bibir cantik, kening cantik, mata lagi cantik. Kedudukan semuanya terletak dan terpilih seolah-olah ditempah satu persatu oleh empunya diri. Ih, ih,ih...betullah seperti kata Timah tempohari.
.
"Kulitnya pulak putih melepak, tanpa jerawat mahupun jeragat, apatah lagi panau atau pun kurap. Dari atas sampai ke bawah semuanya cantik, putih bersih termasuklah siku mahu pun lutut. Apatah lagi betis atau pun peha.Usahkan lelaki, sesama perempuan pun pasti terpesona dek kecantikannya itu", bisik hati kecil Maziah yang tidak berkelip-kelip sedari tadi.
.
Betul I cakap, cuba you perhati bodynye, semua orang tertawan. Dada, pinggang, punggung semuanya sesuai seperti yang diimpikan. Kita yang teruk beraerobik, berfutsal, berjoging, tak jadi-jadi jugak macam tu. Tengok..you tengok tu... yang patut besar memang besar, yang patut nipis memang nipis, yang patut kecil memanggg kecil. Cantik..cantik.. You dengar tak I cakap ni??.
.
Seminggu kemudian.
.
Betul ke apa yang aku tengok ni? Kenapa jadi macam ni pulak? Dialah sumber inspirasiku. Minggu lepas ok je. Ngerinye... Tengok matanya tu...macam nak terkeluar. Tak jadilah aku nak makan lepas ni, gelii... Eh, dia merapu-rapu pulak. Takutnya...
.
Betul le seperti kata ustaz aku masa kat sekolah dulu, kalau Allah nak tarik nikmat daripada kita, kejap je. Tak semestinya datang ribut taufan, bila-bila masa dia boleh tarik. Tak kira le nikmat apa. Harta ke, kasihatan ke, akal ke, semua Allah boleh tarik balik. Dia yang punya dan Dia jugak yang berkuasa. Sebab tu kita mesti jaga dan guna nikmat-nikmat ni semua pada perkara yang sepatutnya. Macam nikmat tubuh badan yang cantik...bukan takleh tunjuk pada orang lain. Bolehh tapi jadikan orang tu suami dulu. Lepas tu tayang le sepuas hati...Betul tak Idah?? Mana pergi pulak budak ni...

Friday, January 4, 2008

7.00 pagi yg gelap

Sesi persekolahan 2008 telah dua hari berlalu. Ini bermakna telah dua hari aku melalui hari-hari yang..................... ( sibuk/kelam kabut/berserabut?). Anda dibenarkan memilih & mengisi sesuka hati.Hehehe.
.
Hari pertama Si Ain tak sabar-sabar nak ke sekolah. Aku dah sedia maklum sebabnya...nak menunjuk beg baru, kasut baru dan segala yg baru.Hari kedua ni dia komplen gelap/malam lagi dah nak ke sekolah. Padahal jam sudah terlalu hampir dengan angka 7.00 pagi. Ain...Ain...Tapi, memang betul pun.
.
Suasana di sekolah seperti biasa, tak ada yg luar biasa. Banyak perkara yg perlu diuruskan terutama kpd guru-guru tingkatan. Nasib baik ramai pelajar telah menjelaskan bayaran tambahan pada hari pendaftaran yg diadakan semasa cuti persekolahan baru-baru ni. Dah lama cuti , kerja le pulakk.
.
Dua tiga hari ni hujan menjadi-jadi pulak. Macam nak banjir je. Ini menyebabkan 7.00 pagi ku semakin gelap.Gelap macam mana sekali pun aku mesti keluar dari pagar rumah sebelum 7.00 pagi. Kalau tak, mesti jalanraya dah meleleh ngan segala macam jenama jemm dan aku akan kelewatan sampai ke sekolah. Kalau acapkali merah, mesti boss marah. Betul tak?? Kalau awak jadi boss, awak pun marah!!
.
P/S- Sabtu ni ada gotong royong. Semua warga Panji diwajibkan hadir.

Tuesday, January 1, 2008

Istimewa Untuk Semua

Whats wrong with your handphone?
Everytime I dial your number, it says
"The person you are calling is in your heart".
HAPPY NEW YEAR