Thursday, April 30, 2009

Kasihmu Amanahku

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya

In-Team


29 April 2009 genap 13 tahun kita hidup bersama.
Semoga perkongsian ini sentiasa dirahmati dan diberkati Yang Maha Esa. Amin.

Tuesday, April 28, 2009

Kita??

Imam Hassan Al Basri ditanya tentang zuhudnya, lalu beliau menjawab:
  • Aku tahu bahawa rezekiku tidak akan diambil oleh orang lain. Maka hatiku menjadi tenang.
  • Aku tahu bahawa pekerjaanku tidak akan dilakukan oleh orang lain. Maka aku lakukannya sendiri.
  • Aku tahu bahawa Allah sentiasa melihatku. Maka aku takut Dia melihatku melakukan maksiat.
  • Aku tahu bahawa mati menungguku. Maka aku bersedia dengan bekalan untuk bertemuNya.

Saturday, April 25, 2009

Suatu petang

CP : Kadang-kadang masa nak bangun pagi, saya ingat balik sekolah ptg nanti nak tidur sampai puas. Tapi bila balik sekolah, tak tidur pun. Buat itu,buat ini, gelap (malam). Padahal masa pagi tu memang macam berazam nak tidur sungguh-sungguh.

Si dia : Begitulah hidup.

CP : Tak faham.

Si dia : Apa yang kita nak tak semestinya kita dapat.

CP : Emm

Sukanya

Alhamdulillah
Mudah-mudahan berjalan seperti yang dirancang

Friday, April 24, 2009

Happy Jumaat

Ada budak sangat teruja untuk ke pantai.
Jadi, petang tadi kami memenuhi hasratnya itu.
Sukanya dia.....





Wednesday, April 22, 2009

Naib Juara

Acara makan-makan mlm tadi. Syukur.........
Pagi tadi telah berlangsung dengan meriahnya acara merentas desa bagi murid-murid SMK Panji. Rumah Alfa (rumah saya le tu) muncul sebagai naib johan keseluruhan setelah ditewaskan oleh rumah Beta. Dan sebagai ketua rumah Alfa, saya telah membawa pulang sebuah CRV mewakili murid-murid dan guru-guru rumah Alfa menerima hamper yang sangat besar dari Pn Pengetua.
Selepas selesai acara penyampaian hadiah, mesyuarat AJK kurikulum le pulak.

Monday, April 20, 2009

Kesiannya

Saya teringin menyusuri pantai begini.
Boleh le.... tapi taknak di Pantai Irama.
Menikmati keindahan matahari terbenam begini.
Cantiknya..... Juga taknak di Pantai Melawi.
Berendam di swimming pool begini.
Bestnya.... Kat pantai Irama takde.
Tolong kami
Bantu kami
Kami ingin bercuti
Tak dapat jauh Langkawi pun jadi....

Nyaris Tak Terlepas

Setelah berhempas pulas menangani kerenah buahati pengarang jantung murid-murid, akhirnya cp sampai kepada period terakhir sebelum loceng akhir berbunyi. Hati mula berbunga-bunga dan terbayang tangga dan pintu rumah melambai-lambai. Tiba-tiba teringat jadual kelas serambi. Dalam hati....hari ni takde, esok ada.... Untuk lebih kepastian, cp meminjam jadual kelas serambi daripada seorang murid. Dan.... Kwang...kwang...kwang....rupanya hari ini cp ada kelas serambi, esok baru free. Jadi, ku gagahi jua hingga ke titisan d demi agama, bangsa dan negara walaupun sebenarnya mata sebahagian anak muridku juga telah sekuyu mata cikgu iaitu aku.
Antara rezeki yang datang hari ini.Syukur.....
Rasanya hanya boleh didapati di Negeri Cik Siti Wan Kembang.

Sunday, April 19, 2009

Yang Putih Memikat Hati

Rasanya ini merupakan kali kelima saya menukar template blog kesayangan ini.
Kelmarin, template semangkuk strawberi dengan nekadnya telah ditukar dengan template biru yang paling singkat usianya kerana hanya bertahan beberapa jam sebelum ditukar dengan template putih mulus ini malam tadi.


Lepas waktu sek tengahari tadi ada kelas serambi.
3.30 ptg ada latihan merentas desa.
Kejap lagi zzzzz......

Sunday, April 12, 2009

Sampai Bila

Banyak yang dicariBanyak yang dikejar
Hingga kita tercari-cari
Hingga kita terkejar-kejar
Sesungguhnya
Amat menjemukan
Amat meletihkan

Monday, April 6, 2009

Perkara yang saya tidak suka

Hari ini saya dicerap oleh Guru Cemerlang (GC)
Sebelumnya memang agak tidak seronok.
Bukan apa, malu bila ada orang perhatikan kita mengajar.
Apa pun, saya redah je
Lepas tu, sangat lega.....

Saturday, April 4, 2009

Uniknya........

Selain jari jemari spt n3 di bawah, bulu-bulu aka rambut yang tumbuh di seluruh tubuh badan kita juga amat unik dan luar biasa dari segi kejadian dan fungsinya. Yang tumbuh di kepala dipanggil rambut, yang tumbuh di dagu dipanggil janggut, yang tumbuh antara hidung dengan mulut dipanggil misai. Selain daripada itu ada jambang, bulu ketiak, bola roma, bulu kaki, kening, bulu mata dan lain-lain lagi.

Uniknya bulu-bulu ini. Ada yang memanjang dari sehari ke sehari dan ada yang tumbuh tapi tidak panjang-panjang. Rambut di kepala, di ketiak dan beberapa tempat lain di tubuh kita akan panjang dan terus memanjang sementara bulu kening, bulu mata dan bulu roma memang ada tetapi tidak panjang-panjang. Jika ada pun orang yang gatal tangan mencukur nikmat Allah ini di kening mereka, kening baru akan tumbuh dan bila sampai hadnya, subhanallah bulu tersebut akan berhenti daripada memanjang.

Keunikan bulu-bulu ini juga dijadikan Allah dengan tumbuh di kawasan yang bukan sembarangan. Sebagai contoh misai tidak tumbuh hingga melewati hidung walaupun jaraknya terlalu dekat. Janggut pula tidak pernah tumbuh hingga ke bibir dan bulu mata walaupun selebat mana sekali pun hanya akan tumbuh di kawasan yang khusus untuknya. Hebatnya ciptaan Allah ini dimana bulu-bulu ini tumbuh tetapi ada had sempadannya. Maha kaya dan maha pengasih penyayangnya Allah yang menciptakan nikmat ini tanpa sedikit pun menyusahkan kita. Malah dengan bulu/rambut ini si perempuan kelihatan lebih cantik jelita dan si lelaki nampak tampan bergaya.

Akhirnya kalau bulu boleh mengikut peraturan,
tuan bulu lebih-lebih lagi mesti mengikut peraturan

Aktiviti Sabtu Ini

Jadilah bunga
Yang mengharumkan taman

Kelebihan Dan Kekurangan Kita Tidak Sama

Help me!!!!!
Help me!!!
Help me!!

Bagi serangga ini, situasi begini boleh membawa maut.

Friday, April 3, 2009

Sememangnya Luar Biasa Walaupun Nampak Biasa

Allahuakbar
Dia menjadikan kita sebaik-baik kejadian. Dijadikan tubuh badan yang mampu bergerak dengan akal fikiran yang mampu berfikir. Setiap inci kejadian luar biasa ini mempunyai fungsi tersendiri walaupun hanya bulu di kaki.

Tanpa mengkaji kehebatan dan fungsi jantung atau pun hati, cuba kita perhati kejadian jari jemari. Kejadiannya yang tidak sama dari segi besar kecil dan panjang pendek adalah sangat luar biasa fungsinya.

Pernahkah kita perhatikan fungsi setiap jari-jemari ini ketika kita menyuapkan nasi ke mulut? Semuanya saling bantu membantu bagi memastikan nasi masuk ke mulut tanpa ada jari kelingking yang kecil membiarkan jari telunjuk yang panjang sahaja menjalankan tugas, atau jari manis membiarkan sahaja ibu jari menjalankan peranan. Hebatnya kejadian Allah. Kecil besar, panjang pendek semuanya mempunyai tugas dan fungsi yang saling lengkap melengkapi.



**Pun begitu, jgn gunakan jari manis untuk "cap jari". Itu tugas ibu jari.
Dan mentang-mentang le ibu jari paling besar, jangan pakai cincin di ibu jari.
Lagi satu, gunakan jari yang kecil untuk korek membersihkan hidung.

Thursday, April 2, 2009

Alahai.....

Maaf
Terpaksa ambil MC
Yang pertama untuk tahun ini
Memang betul seperti yang disangka,
kabel telefon rumah saya kena curi lagi. uwaa...