Wednesday, February 10, 2010

Kena Buang Kerja

Makcik....makcik....
Walaupun sudah banyak tahun makcik bekerja di rumah kuning.
Tapi sebenarnya bukan banyak sangat pun kerja makcik kat rumah ni.
Dalam rumah ni hanya ada tiga orang saja berbanding rumah orang lain yang kadang-kadang sampai sepuluh atau dua belas orang..
Kerja makcik pun hanya basuh kain je.
Selimut, kadar yang tebal-tebal dan yang seangkatan dengannya saya hantar dobi.
Ringan sangat kerja makcik.
Tapi kan.... kenapa le sejak akhir-akhir ni makcik meragam tak sudah-sudah.
Setelah berfikir panjang, saya ambil keputusan untuk merehatkan makcik.
Walaupun masih ada rasa sayang, tapi kalau makcik asyik menaikkan darah saya, tiada faedahnya saya terus mengharapkan makcik.
Saya pun dah ada pengganti makcik.
Boleh le makcik berehat panjang......


Makcik yang kena buang kerja

4 comments:

Bint Lazim said...

siannnn makcik haha. beli hok lagi power ko che su? ko tukar basuh tange guno air tali air pulok? hehehe

rumah kuning said...

nor,
masa baru semua power nor. bila lama, kebanyakannya semput... tali air takdak air le. la ni musim panas. musim timun cina.hehehe

echah_syed said...

habis madu sepah dibuang...uwaaaaa :(

rumah kuning said...

combi,
tak buang le....masih ada rasa sayang.