Wednesday, August 24, 2011

Kalut Ribut Sesajaa....

Pagi-pagi dah ribut-ribut mencari kunci kereta yang hilang. Bukan hilang sebenarnya. Saya sangat pasti kunci tersebut telah saya letak di tempat yang sepatutnya. Siasat punya siasat, rupanya Ain adalah pengguna terakhir sebelum ianya gagal dikesan.
Ain : Memang Ain ambik tapi Ain dah letak atas meja ni.
Hehehe letak atas meja tapi takde. Ajaib.... Dalam hati, letak atas mejalah sangat..... Penyelesaiannya bawa si kancil yang tersadai depan rumah yang jarum minyaknya tak bergerak-gerak sama ada ketika minyak penuh atau minyak kosong, yang jarum temperaturenya juga langsung tidak bergerak sama ada enjin panas atau sejuk. Tawakkal....tawakkal. Alhamdulillah sampai sekolah dgn selamat.

Dalam perjalanan balik dari sekolahnya pulak, semasa makcik berenti di traffic light, seorang lelaki mengetuk-ngetuk cermin depan si kancil makcik. Eh..eh...apa kena orang ni? Ah sudah.....mesti roadtax dah mati nih. Takpe, perjalanan mesti diteruskan walaupun dalam hati mesti roadtax dah jadi bangkai nih. Baru nak memecut, tiba-tiba... uwaa... macam ada sekatan jlnraya di depan. Kereta dah slow dan terus tak bergerak. Berderet-deret dengan orangramai memenuhi di kiri kanan jalan. Nampak pulak beberapa orang polis. Sekali lagi, tawakkal je lah. Takkan nak U turn pulak.

Tunggu punya tunggu dengan debaran dan badan yang dah berpeluh.... Apahal le lamanya tak bergerak-gerak. Nampak dua orang budak sekolah di tepi jalan.
Dik, ada apa kat depan tuh?
Accident. Sepatah jawapan yg melegakan makcik. Bukan le makcik suka ada accident. Tapi makcik lega sebab polis-polis itu InsyaAllah tidak akan tahan kereta makcik.

Sampai saja di rumah, makcik terus ke cermin depan kereta. Memang betul.... bulan 5 lagi dah mati.

4 comments:

pB said...

x'cident kat jambatan Pok Nik Loh tu ker???


kesian sungguh...




pengecut sungguh pemandu yang langgar lari tu :(

Yellow said...

saya baru je hidup semula... :P

sue-ab said...

kena idop cepat...malang tak berbau..hehehe

rumah kuning said...

pb,
ya...dua beradik mati di tem kejadian.

atie,
Alhamdulillah....pinggan dah beli? hehehe

sue-ab,
InsyaAllah. nant tak pasal2 kena saman.