Wednesday, February 29, 2012

@Permai Hotel, KT

Kursus 
Rabu hingga Jumaat





Ain, hotel ni ada swimming pool.
Hehehe

Sunday, February 26, 2012

Lawan.....!

Dalam ronda-ronda petang tadi, makcik singgah di sini. Lucunya n3 hingga makcik ketawa guling-guling. Lalu makcik minta izin untuk kongsi en3 lucu itu di rumah kuning. Belum pun tuannya bagi lampu hijau, makcik dah publish di sini. Maaf dan sekali lagi minta izin.


Suatu pagi hari persekolahan

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bukan !

Murid : Ya

Cikgu : Bukan lah

Murid : Ya lah

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Taknak dengar!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Saturday, February 25, 2012

Mentang-mentanglah Makcik Minat Handbag

Kejadian berlaku ketika makcik tengah makan tengahari bersama keluarga tercinta.
Makcik : Ikan ni tulangnya lembek.
Ain : Apa??? (Dengan bijik mata terbuntang terkejut badak)
Makcik : Ikan  ni  tulangnya lembek, lembut..
Ain : Oh... Ain dengar ummi kata " petang ni ummi nak gi beli handbag"
Hehehe



esok sekolah. uwaa....

Friday, February 24, 2012

Pucuk Muda


Dah nama pun pucuk, mestilah muda kan. Ketika muda ni lah banyak yang berminat. Ulat sudah tentu suka. Silap-silap habis dimakannya. Yang tinggal hanya batang. Itupun yang keras-keras sahaja. Kambing dan biri-biri lagi lah suka. Kadang-kadang dengan pokok-pokok boleh mati dikerjakannya. Eh...masa muda ranggup ni, manusia pun suka. Tak perlu goreng, rebus segala. Jadikan ulam pun dah sedap tak terkata.

Tengok.... nampak pun dah berselera.

Jadi, kepada anak-anak yang masih muda remaja,  jaga dan sayangi diri  anda agar tidak menjadi mangsa ulat, kambing  mahu pun manusia.

Sekian. Terima kasih

Thursday, February 23, 2012

Maaf.....

Kadang-kadang dalam bersembang-sembang, makcik tersalah cakap. Pastu sudah tentulah menyesal...... eee kenapalah tercakap macam tu.  Tapi, terlajak perahu, boleh diundur. Terlajak  kata, takleh undur balik. Memang betullah ya, banyak cakap banyaklah salahnya.

Rasa nak duduk diam-diam tak nak bercakap. Awak pernah tak rasa macam tu?  Sangatlah tak seronoknya. Teringat-ingat..... mudah-mudahan tiada yang salah anggap.

Wednesday, February 22, 2012

Ada Akal...Fikir

Dah awak cari penyakit, sendiri tanggunglah ya.
Bukannya tak tahu mana yang elok, mana yang buruk. Mana orang suka, mana orang benci.
Sengaja cari pasal tu sapa suruh.

Ingat....
Dosa kita, orang di New York tak menanggungnya.





Tuesday, February 21, 2012

Takut Pada Perubahan

Kata orang
Orang yang takut pada perubahan takkan bahagia. Ya ke? Wallahu A'lam. Yang pasti, jika takut pada perubahan, hidup kita sedikit susah berbanding orang lain. Apa taknya, kalau orang lain boleh bayar macam-macam bil sambil makan kacang di rumah, kita pula terpaksa berpeluh-peluh berbaris di kaunter itu kaunter ini. Ketika orang lain beremail sana sini, kita masih ke pejabat pos mengirim surat. Ketika orang lain berchatting, berwebcam serata dunia, kita masih setia mendail telefon.


shopping online pun best. hehehe



Monday, February 20, 2012

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Esok Ain ada ujian. Jadi mestilah maknya sedikit memaksa supaya dia mengulangkaji. Hehehe.
Sedang dia mengulangkaji, tiba-tiba dia ketawa  terbahak-bahak. Lucu benar bunyinya.
Ain :     Ummi, tengok ni.... tengok ni.  Macam ni pun tulis dalam buku.
Ummi : Apa dia?
Ain :     Ni........
Saya terus baca petikan yang ditunjukkannya.

Mary :   Kakak, apakah yang perlu saya lakukan apabila kedatangan haid?
Kakak : Semasa kedatangan haid, adik perlu menggunakan tuala wanita dan kerap menukarnya. Adik juga perlu membasuh kemaluan dgn air yang bersih dan cecair pencuci jagaan wanita,
Mary :    Bacaimanakan saya hendak membuang tuala wanita yang telah digunakan?
Kakak : Tuala wanita yang telah digunakan hendaklah dibersihkan kotorannya dengan air. Kemudian dibungkus dan dibuang ke dalam tong sampah. Lepas tu, adik jangan lupa membasuh tangan dengan air dan sabun.

Ummi : Tak lucu pun.
Ain :     Hehehe ummi pun pakai jugak kan.
Ummi : Nanti... Ain pun kena pakai jugak.
            Ain...Ain...


Alangkah Eloknya Jika Kebaikan Dan Kecantikan Wujud Bersama

Tak nak le
Muka cantik, body lawa
Tapi sombongnya. ... jalan tak tengok bumi.
Kedekut pulak tuh
Tak sanggup 15x

Sunday, February 19, 2012

Punyalah Lama, Makcik Tertipu

Masa kecik-kecik dulu, sebaik  bangun pagi  mesti  pasang radio. Masa tu rumah saya hanya ada radio, takde TV. Jadi sambil mandi dan bersiap-siap untuk ke sekolah, sekali sekala juruhebah  putarkan lagu Arab. Serius...masa tu bila dengar je lagu Arab, ingatkan nasyid memuji-muji Tuhan. Best je dengar walau tak faham sepatah perkataan pun.

Bila masa berlalu dan rumah saya dah ada TV, barulah saya sedar rupanya lagu Arab yang biasa saya dengar zaman kecik-kecik dulu rupa-rupanya lagu cinta yang penyanyinya punyalah seksi seksanya. Masa nyanyi, siap gelek-gelek lagi. Hehehe Memang makcik betul-betul tertipu.

Saturday, February 18, 2012

Semua Ada....Terima kasih

Assalamualaikum
Pagi-pagi dah nak membebel.
Sejak dua menjak ni (potong markah- salah penggunaan bahasa) tiap kali makcik nak kemana-mana luar dari nageri cik siti wan kembang ni, mesti makcik akan google n baca sana sini apa  yang ada kat sana, nak menginap dimana, apa yang murah, apa yang mahal, apa yang special, macam-macamlah. 

Kalau nak berjalan jauh lagilah pulak. Kerja menggoogle je dua tiga hari. Siap cari nak kena bawa apa, nak makan kat mana, beli barang kedai mana, nak kena naik bas ke, sewa teksi ke. Dan yang syoknya, semua tu ada dicerita siap dengan panduan-panduan dan petua-petuanya. Sungguh berguna terutamanya kpd makcik yg dok ceruk kg ni.. Terima kasih kepada  yang sudi berkongsi cerita setiap kali makan angin atau berjalan dalam atau luar negara.  Dari info itulah makcik buat persediaan,  buat perancangan supaya  perjalanan makcik  menjadi lebih menarik dan tidaklah kelam kabut mahupun ribut.

Sekali lagi terima kasih untuk semua.

Friday, February 17, 2012

Siapa Tak Siap Kerja Sekolah, Kena Denda

OK tak kalau murid-murid tak siap kerja sekolah, cikgu denda. Ok le kan.... asalkan jgn denda yg bukan-bukan. Ke tak Ok?  OK le tuuu....sebagai peringatan, lain kali mesti buat.
Sebagai ibu prihatin,(perasan le tu) tiap-tiap mlm makcik tolong budak tahun 4 ni buat kerja sekolah. Tapi kan, bukan semua subjek makcik tahu. Sedar diri di situ.hehehe  Nasib baik ada pakcik google. Ia banyak membantu makcik. Yang terkini makcik diminta oleh si kecik kat bawah ni utk senaraikan 10 peribahasa berserta maksudnya. Dedulu ada buku peribahasa tapi dah berzaman tak guna. Mestilah  dah jadi abu di  tempat pelupusan sampah. Makcik terus dptkan khidmat pakcik google  dan hasilnya bukan setakat 10, berpuluh-puluh pun boleh makcik senaraikan. Kacang je.... Barulah tuan punya kerja sekolah boleh tersenyum.


Dunia Akhirat Kita Nak

Kelmarin, ada  sambutan Maulidur Rasul di sekolah.  Ada ceramah, kuiz, selawat dan bersambung pulak dgn majlis perpisahan PK Ko yg naik pangkat jadi PK Pentadbiran  dan PK Petang yang jadi PK HEM. Kedua-duanya akan berpindah ke SMK Badang. Majlis berakhir dengan jamuan nasi di kantin sekolah. Berselera kanak-kanak ribena  makan nasi berlaukkan gulai kawah. Lupa nak snap gambar diorang.

Nampaknya warga sekolah semakin sibuk. Biasa la kan... macam-macam program telah dan  akan dijalankan. Antara yg sempat saya catat masa taklimat guru baru-baru ni:

Ahad 19 Feb (lps sek) - Masyuarat kecemerlangan SPM & PMR
19 Feb (ptg) - Bermula latihan rumah sukan
26 Feb - Bermula kelas tambahan lepas sek.
27 Feb - Ada program utk pemimpin pelajar.
28 Feb - Pelancaran Program Guru Penyayang.
28 Feb - Ceramah AADK
5 Mac - Program LPPN bersama pelajar ting 4
6 Mac - PKBS 1 bermula
3 Mac - Sek  ganti
3 Mac (ptg) - Mesyuarat PIBG

Semua ni utk awak ya.....murid-murid sekelian.
Jgn buat-buat lupa, USAHA JADI YANG TERBAIK.


Dan semoga  mendpt ganjaran setimpal dari Yang Maha Esa.

Wednesday, February 15, 2012

Ikan Tongkol Portfolio

Balik sekolah, terus ke dapur. Keluarkan ikan. Selepas digaram kunyitkannya, goreng. Kemudian, terfikir...kuahnya takde. Terus kupas bawang, tumbuk dan masukkan dlm ikan tadi. Dah layu dan naik bau, tuangkan kicap.Jadilah ikan tu lembab-lembab sikit. 
ok...siap. Gandingkan dgn sambal belacan. Fuhhh sedapnya. 
Hairan...kenapa sedap sangat.
Oh...patut le sedapppp. Rupanya hari ni tak pergi kantin. Bila lapar, semuanya jadi sedap.

Ikan tongkol je pun.
Kalau awak masak macam ni dan rasa tak sedap. Itu tandanya awak belum  lapar.
Jadi, tunggu lapar dulu baru makan.
Gerenti sedap.

Ain: ummi, cikgu suruh buat portfolio.
Malam ni berportfolio lah makcik.

Monday, February 13, 2012

Wahhh...Dia

Pagi tadi dia hantar SMS.
Cerita Cikgu Nasir dalam  New Straits Times hari ni muka surat 14.
Saya reply : Sekolah saya tak langgan NST.
Maka saya terkelip-kelip cari NST guna telefon.
Alhamdulillah.... jumpa.

 

Friday, February 10, 2012

Merapu Pagi Jumaat

Kelmarin, Khamis.
Bangun pagi, terkejut ada tetamu aka kawan bermalam dalam kereta depan rumah. Masa sampai, diorang tak sampai hati nak kejutkan kita sebab dah tengah mlm......kesian.
Tengahari baru tahu ada taklimat lepas waktu sekolah.  Sebenarnya dah diumum hari sebelumnya tapi saya tak perasan.
Lepas taklimat, balik rumah selesaikan apa yang patut. Kemudian terus ke TH Kota Bharu. Malangnya,  masa  sampai, pintu dah ditutup dari dalam walaupun masih ada yg tengah berurusan. Masa tu baru pukul 3.30. Memang hari Khamis TH tutup cepat ke? Ehhh...Siap bagi soalan.
OKlah, Nak gi basuh kain kat sungai  le pulak. Esok sekolah ganti. Jadi, hari ni kena kerja lebih masa. Masa cuti hari tu kemain lagi seronoknya. Hari ni, rasakan....  hehehe jom ke sungai basuh kain....

Kerana Kita Sayang Mereka

Dalam dunia sekarang, kita tak mampu nak sekat anak-anak kita dari berjumpa dan bergaul dengan bermacam jenis manusia yang sudah tentu bermacam-macam gaya dan cara hidup. Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita nak  mereka jadi anak yang baik  dan hamba Allah yang taat walau dimana mereka berada dan dengan siapa mereka bergaul.
Sebolehnya kita nak anak-anak kita jadi seperti ikan yang tetap tawar walau berada di lautan yang masin. Kita nak mereka baik tingkahlaku, tahu halal haram dan tidak sekali-kali mengabaikan amal ibadat walaupun ketika berada dalam kelompok orang-orang yang tidak mengambil berat soal tersebut.  Jadi, macamana kita nak mengelakkan mereka dari menjadi masin atau  terpengaruh dengan tingkahlaku dan cara hidup orang-orang di sekeliling yang kadang-kadang tidak sama/bertentangan dengan ajaran dan didikan kita? Tidak lain tidak bukan ianya memerlukan tunjang dan perdu yang teguh agar pengaruh atau badai yang menggila sekalipun tidak mampu menggoyah ketahanan dan keimanan dalam diri anak-anak kita.
Akhirnya, untuk kuat dan teguh, semai dan tanam sekarang secara berterusan....usah tunggu sehingga anak-anak kita menjadi buluh.



Tuesday, February 7, 2012

Baju Saya Saiz S

Baru balik dari rumah seseorang.
Ada meeting kat sana.
Rumahnya...fuhh  besar, luas, simple, comel....gabungan semua tu lah
Dengan kata lain, memang wowww ..... menarik tertarik.
Balik-balik  rumah,
Terus nampak berkulat, kelabu, berdebu, Entah apa-apalah
Rasa nak cat baru,  perabut baru, langsir baru....semua nak baru.
Hehehe
Macam tak bersyukur je.
Tak baik kan?
OK...OK
Syukur dengan apa yang ada.
Syukur sangat-sangat.


Dan mesti sedar
ukur baju di badan sendiri..

Saturday, February 4, 2012

Mood Takde Mood

 Belek-belek, pilih-pilih dan keluarkan sepasang baju dari almari.
Turun bawah untuk ambik tudung yang sepadan dengan baju yang dipilih.
Terserempak dengan periuk berbaki kuah sup semalam lalu membasuhnya.
Tiba-tiba : Saya gi sorang je lah.
Saya : Takpe ahh...
Naik atas, berinternet yg sekejap ok dan sekejap putus. Menyampahsss.....


Ainnn...... jom kita keluar.

Friday, February 3, 2012

Yang Pasti....Giliran Kita Akan Sampai

Assalamualaikum.
Kelmarin tengah ngajar-ngajar dlm kelas, tiba-tiba tercerita pasal mati. Saya cakap le kat budak-budak dlm kelas tu. Akan sampai masanya, orang datang  ramai-ramai kat rumah kita. Pastu dlm perjalanan datang/ dlm perjalanan balik, orang akan tanya : Eh, ramai-ramai ni nak gi mana?
Orang yg ramai-ramai tu akan jawab: Nak gi rumah Fatin/Syazwani/ Amirul (saya sebut nama budak-budak dlm kelas tu). Dia meninggal malam tadi.
Uwaaaa...diorang menjerit ramai-ramai.
Saya menyambung: Suka ke tak suka, bersedia atau tak bersedia, masa tu akan sampai. Giliran kita akan tiba.

Dan semua yang berada dalam kelas tu mendiamkan diri.