Wednesday, July 25, 2012

Heroin Beli Kuih Basi

Ini cerita sebelum Ramadhan.
Punya teruknya makcik nih. Kejap jadi Sharmin, kejap jadi Alisa, pastu Intan, pastu  Zahlia, Farah.  dan ramai lagilah. Jadi, nak tak nak masa tu makcik memang  budget heroin. Kalau dah namanya heroin, mestilah cantik.Hehehe. Begitulah penangan bila dah gila novel. Masa tu, blog pun dah tak berapa nak layan.  Ada je masa terluang, mesti teringat-ingat  nak membaca. Membaca kan jambatan ilmu. Hehehe. Tapi, bila masuk Ramadhan ni, makcik dah insaf. Dah tak berapa gila novel lagi. Baca jugak le sikit-sikit. 

Ini  nak cerita pasal makcik beli kuih di PARAM petang tadi.(Dah 4 hari kita puasa ya. Kejap je) Sebenarnya makcik jarang beli kuih muih ni. Bulan-bulan puasa ni kurang berminat.makan kuih. Tapi petang tadi, makcik pergi memang dengan tujuan nak cari kuih. Ada kawan-kawan en suami nak datang. Banyak jugak makcik beli sebab yang nak datang pun ramai. Diorang datang lepas terawih. Jadi makcik pun buka le nak hidang. Tengok-tengok.... semua dah basi. Sejuk-sejuk je melayang RM23.00. Perasaan? 1@#$%^&&**(  Sabar je lah... Nasib baik terbeli jugak 3 biji murtabak raja. Itulah yang menyelamatkan keadaan. Alhamdulillah.


Rupa je cantik tapi.......



Saturday, July 21, 2012

1 Ramadhan

      Alhamdulillah kita masih bernafas di bulan yang penuh keberkatan ini..

SELAMAT BERPUASA
dan
                            Usah biarkan peluang yang terhidang di hadapan mata berlalu begitu sahaja.

Saturday, July 7, 2012

Malang Tak Berbau

Dalam pukul 3 petang tadi, Ain bising lapar...lapar...lapar. Makcik pun turun kat bawah, ambik tepung gandum, bawang, telur dan ikan bilis. Bancuh semuanya lalu mula menggoreng. Satu kuali dah masak dan semasa makcik  nak memasukkan bancuhan seterusnya ke dalam kuali yang tengah panas itu, tiba-tiba bekas yang mengandungi bancuhan itu terlepas dari pegangan dan menjunam ke dalam kuali. Minyaknya yang panas itu  tertumpah di atas tangan dan terkena juga bahagian perut dan peha makcik. Uwaaa....panas dan pedih rasanya.  Terus makcik meluru ke bilik air yang berdekatan.

Dengan menjunamnya bancuhan  itu bersama bekas-bekasnya ke dlm kuali, maka tamatlah acara menggoreng petang ini. Sekarang, makcik tengah berujikaji. Makcik lumurkan semua bahagian yang terkena minyak panas tadi dengan minyak kambing gurun. Orang cakap minyak tersebut mujarab untuk kes-kes seperti ini. Jadi, sekarang makcik sendiri yang menjadi bahan ujikajinya.Kita tengoklah nanti bagaimana hasilnya.



Kuat jugak makcik menjerit  tadi.

Friday, July 6, 2012

Siapalah Kita

Sepanjang jadi cikgu, bermacam-macam jenis anak murid yang saya jumpa. Ada yang baiknya "takleh tek" kata orang Kelantan dan ada juga yang tak makan saman, tak dengar kata. Saya juga dah jumpa anak-anak dari keluarga yang kaya-raya rumah bak istana, kereta jika dicampur   empat lima  biji kereta cikgu, tak mampu beli sebiji kereta bapak mereka. 
 Yang fakir miskin pun ramai juga. Ada yang pengsan dek terlalu lapar dan ada yang hanya jumpa nasi sekali sekala. Bayangkan, ada anak-anak yang terpaksa mengikat perut di sekolah ketika rakan-rakan enak berbelanja dan menjamu selesa. Di rumah pula tiada apa yang boleh dimakan untuk menghilangkan lapar yang menggigit-gigit perut mereka...
Pengajarannya, syukur dengan apa yang ada. Usah komplen tak puashati sesaja. Ingat, kaya miskin kita adalah ujian Yang Maha Esa.  Jadi, usaha, doa, tawakkal, selebihnya biarlah  Allah yang tentukannya.

Tuesday, July 3, 2012

Oh Cikgu

Khamis lepas, pagi makcik pergi sekolah, baliknya tengahari Jumaat. Bukan le makcik tidur kat sekolah. Tapi, dari sekolah petang khamis tu, makcik terus ke Min House Camp. Anak-anak panji ada kem Celik Minda Al Quran kat situ. Lepas solat Isyak malam tu, makcik pergi Taman Kelip-kelip. Naik bot dalam gelap gelita semata-mata nak tengok kelip-kelip. Nasib baik kelip-kelipnya banyak. Cantik pulak tu. Esoknya, masa kanak-kanak panji bersiap-siap nak pergi solat jumaat, makcik lari balik rumah. Sampai-sampai kat rumah, terus tidur tak sedar diri. Ada ke orang tidur tapi sedar? Hehehe
Pagi Sabtu, pergi Min House Camp lagi dan makcik balik selepas majlis penutup. Ahad sekolah seperti biasa. Uwaaa... lepas sekolah ada kelas tambahan. Lepas sekolah hari Isnin ada mesyuarat dan hari ni lepas sekolah ada taklimat guru. Fuhhh.......

Kelas tambahan bererti makan di luar
Mesyuarat pun bererti makan di luar
Taklimat jugak bererti makan di luar.
Dapur langsung tidak berasap.