Friday, July 6, 2012

Siapalah Kita

Sepanjang jadi cikgu, bermacam-macam jenis anak murid yang saya jumpa. Ada yang baiknya "takleh tek" kata orang Kelantan dan ada juga yang tak makan saman, tak dengar kata. Saya juga dah jumpa anak-anak dari keluarga yang kaya-raya rumah bak istana, kereta jika dicampur   empat lima  biji kereta cikgu, tak mampu beli sebiji kereta bapak mereka. 
 Yang fakir miskin pun ramai juga. Ada yang pengsan dek terlalu lapar dan ada yang hanya jumpa nasi sekali sekala. Bayangkan, ada anak-anak yang terpaksa mengikat perut di sekolah ketika rakan-rakan enak berbelanja dan menjamu selesa. Di rumah pula tiada apa yang boleh dimakan untuk menghilangkan lapar yang menggigit-gigit perut mereka...
Pengajarannya, syukur dengan apa yang ada. Usah komplen tak puashati sesaja. Ingat, kaya miskin kita adalah ujian Yang Maha Esa.  Jadi, usaha, doa, tawakkal, selebihnya biarlah  Allah yang tentukannya.

5 comments:

Irfa said...

dulu2 berangan nak jadi cikgu yang disayangi oleh murid2 yang susah.sbb saya guru yang baik lagi cantik.haha

Rumah Kuning said...

Irfa,
Hehehe "guru yang baik lagi cantik" guru sekarang banyak cabarannya. rasa nak nangis pun ada.

Marya Yusof said...

As salam RK,

Suka entry ni... Syukur dgn segala yg ada, anak2 kite sihat, suami sihat, cukup makan cukup pakai... Alhamdullillah... Hanya org yg terpilih shj menjadi guru... ALLAH pilih utk kite insafi segala sesuatu kan... syukur syukur...

Rumah Kuning said...

marya,
Alhamdulillah syukur dgn apa yg ada

Ibuhani said...

If we don't get what we want, we should apprsciate what we hv.......bersyukur dgn apa yg kita ada skrg. Alhmdllh!