Wednesday, July 25, 2012

Heroin Beli Kuih Basi

Ini cerita sebelum Ramadhan.
Punya teruknya makcik nih. Kejap jadi Sharmin, kejap jadi Alisa, pastu Intan, pastu  Zahlia, Farah.  dan ramai lagilah. Jadi, nak tak nak masa tu makcik memang  budget heroin. Kalau dah namanya heroin, mestilah cantik.Hehehe. Begitulah penangan bila dah gila novel. Masa tu, blog pun dah tak berapa nak layan.  Ada je masa terluang, mesti teringat-ingat  nak membaca. Membaca kan jambatan ilmu. Hehehe. Tapi, bila masuk Ramadhan ni, makcik dah insaf. Dah tak berapa gila novel lagi. Baca jugak le sikit-sikit. 

Ini  nak cerita pasal makcik beli kuih di PARAM petang tadi.(Dah 4 hari kita puasa ya. Kejap je) Sebenarnya makcik jarang beli kuih muih ni. Bulan-bulan puasa ni kurang berminat.makan kuih. Tapi petang tadi, makcik pergi memang dengan tujuan nak cari kuih. Ada kawan-kawan en suami nak datang. Banyak jugak makcik beli sebab yang nak datang pun ramai. Diorang datang lepas terawih. Jadi makcik pun buka le nak hidang. Tengok-tengok.... semua dah basi. Sejuk-sejuk je melayang RM23.00. Perasaan? 1@#$%^&&**(  Sabar je lah... Nasib baik terbeli jugak 3 biji murtabak raja. Itulah yang menyelamatkan keadaan. Alhamdulillah.


Rupa je cantik tapi.......



8 comments:

pB said...

orghe nego lonni ....
hmmm ....
payoh nok komen .....

Rumah Kuning said...

pB,
ambo pun tak tahu nak kata gappo. cuma, kalu kita buat ko org, org akan buat ko kita balik.

nordee said...

alahai...siannya..apa nak kata tak ade rezeki

Marya Yusof said...

As salam RK,

Ala sayangnye... Takde rezeki lah tu...

Selamat berpuasa kak :))

Rumah Kuning said...

nordee,
betul tu. takde rezeki nk mkn kuih tu.lain kali beli lagi.

Rumah Kuning said...

marya,
sebenarnya kalau masak sendiri kan bagus. takde lah kes basi membasi nih. betul tak?

Ibuhani said...

Msk awal sgt tu.....x der rezeki!

Rumah Kuning said...

ibuhani,
dah takde rezeki. redha jelah....