Saturday, July 7, 2012

Malang Tak Berbau

Dalam pukul 3 petang tadi, Ain bising lapar...lapar...lapar. Makcik pun turun kat bawah, ambik tepung gandum, bawang, telur dan ikan bilis. Bancuh semuanya lalu mula menggoreng. Satu kuali dah masak dan semasa makcik  nak memasukkan bancuhan seterusnya ke dalam kuali yang tengah panas itu, tiba-tiba bekas yang mengandungi bancuhan itu terlepas dari pegangan dan menjunam ke dalam kuali. Minyaknya yang panas itu  tertumpah di atas tangan dan terkena juga bahagian perut dan peha makcik. Uwaaa....panas dan pedih rasanya.  Terus makcik meluru ke bilik air yang berdekatan.

Dengan menjunamnya bancuhan  itu bersama bekas-bekasnya ke dlm kuali, maka tamatlah acara menggoreng petang ini. Sekarang, makcik tengah berujikaji. Makcik lumurkan semua bahagian yang terkena minyak panas tadi dengan minyak kambing gurun. Orang cakap minyak tersebut mujarab untuk kes-kes seperti ini. Jadi, sekarang makcik sendiri yang menjadi bahan ujikajinya.Kita tengoklah nanti bagaimana hasilnya.



Kuat jugak makcik menjerit  tadi.

14 comments:

AdaM Hawa said...

alahai kak.. hope cepat sembuh..

Rumah Kuning said...

Adam Hawa,
sikit je tapi jenis tak biasa dpt sakit. kecoh je lebih. hehehe

Bint Lazim said...

Seriau baca cerita che sue.. Semoga cepat sembuh!

Rumah Kuning said...

nor,
ok dah. sikit je...hehehe

Irfa said...

oh kak..
saya yang menjerit
*dalam ati la*
kena sikit pun sakit,ini byk tpt pulak tu

Rumah Kuning said...

irfa,
ketentuanNya tp syukur api terus padam bila tersiram minyak. Kalau terbakar, lagilah berbahaya.

nordee said...

alahai kesiannya....semoga cepat sembuh yer....

Ibuhani said...

Ya Allah.......smoga cpt sembuh ye! Hrp cara yg RK buat tu betul.......

Rumah Kuning said...

nordee,
t kasih. ok dah sikit

Rumah Kuning said...

ibuhani,
TQ. sikit je kak. hehehe

Marya Yusof said...

As salam RK,

Adus... tak terbayang keperitan kena minyak panas tu...sy klau kena setitik da jd sgt kecoh tau! Moga cepat sembuh :))

rumah kuning said...

Marya,
Sikit je....tapi sakit jugak tAu.

pB said...

kalau pB keno minyok panah , 'pB akae ambik minyok bekah goreng gapo-gapo pah tu chomor tepak hok keno minyok panah tu ...

kering , chomor
kering , chomor

insyaallah , tak akae tinggal parut

Rumah Kuning said...

pB,
semula2 bulehlah kita tra. tapi mitak2 tak kena dah lepah nih. hehehe