Wednesday, December 26, 2012

Ketika Hujan Bulan 12

Tengahari Ahad lepas, sekali lagi kami tiga beranak bertolak ke KL. En suami ada hal sikit.  Pagi tu dia ada meeting di sekolah. Kalau tak , memang kami suka bertolak awal pagi. Memandu dlm hujan dan "jem" yang meleleh-leleh  bukanlah sesuatu yg menyeronokkan. Nasib baik keluar je dari negeri Cik Siti Wan Kembang, takde hujan walaupun cuaca tidak panas terik. Sampai Sunway Putra lebih kurang jam 9 mlm. Macam biasa suka dok situ sebab bila en suami ada urusan, saya boleh jln2 the mall  di bawah. Tak perlu naik teksi hatta melintas jln sekalipun. Dari sisi Ain pula, semestinya ada swimming pool yang best. Walaupun ada adik ipar, anak-anak saudara, sepupu sepapat, "warih warah" yang ramai di Kl tapi kami lebih suka tinggal di hotel. Bukanlah nak dok selesa sangat tapi tak nak menyusahkan mereka. Jangan ada yang berkecil hatilah ya. 

Esoknya, kami (saya dan Ain) berjimba berdua.  Mlmnya saya menghabiskan " I Love You, Stupid!" Sebelum ni rasa tak seronok, tapi bila diteruskan bacaaan,  seronok le pulak. Betul la... best novel tu. Walaupun tajuk macm tu tapi bukan cerita cinta budak remaja akak-akak yo.

Selasa, lepas breakfast dan Ain berendam sekejap, kami bertolak balik. Perjalanan lancar hinggalah sampai  area Lipis rasanya. Ada kemalangan melibatkan 3 buah kereta (yg makcik nampak).
 Cuba tengok pic di bawah.  Cerita seterusnya berdasarkan pic di bawah.

Punyalah panjang, kenderaan yang berderet dari kedua-dua hala. Accident tu depan sikit dari lori kat depan tu. Dalam berderet-deret tu, ada juga dua tiga buah kereta yang tak sabar dan memotong ikut kiri. Rasanya tak lepas jugak sebab kat depan tu ramai polis. Bomba lagi. Geram je kita tengok.... orang lain pun nak cepat jugak. Sabar la sikit. Nak terkencing kot  Hehehe  
Tiba-tiba,  sebuah 4WD selang sebuah depan kereta makcik, mencilok ke kiri. Eh, apahal tu. Nak potong kiri jugak ke? Tiba-tiba..... tiga beranak punya la terkejut. Rasa-rasanya  lelaki tu buat apa???  Selamba je Ain cakap.  Macam k.........g,  pancut je kat tayar.  Maaf lah ya. Itu kenyataan spontan anak saya yang berumur 10 tahun. 

Selepas setengah jam melangut dlm kereta dengan hujan rintik-rintik, kami meneruskan perjalanan. Seterusnya singgah solat dan makan di R&R Gua Musang.  Masa saya masuk surau tu, saya nampak seorang kanak-kanak dlm umur tiga tahun (berdasarkan saiz) sedang solat bersama dua perempuan dewasa di sebelah. Mungkin ibu dan neneknya. Kanak-kanak tu lengkap pakai telekung. Saya dan Ain solat di belakang mereka. Lepas mereka solat, perempuan dewasa tersebut, buka telekung kanak-kanak tersebut, pastu buka seluar, buka pampers yang dah super gemuk dan tukar dengan pampers baru. Uwa..... tukar pampers atas sejadah,dengan sebelah kanannya orang tengah solat, belakangnya juga orang tengah solat. Ibu-ibu, Macamana kalau air kencing tu terkena sejadah, terkena lantai. Buat kerja tu pulak depan orang yang tengah solat. Bukannya takde tempat lain yang  sesuai untuk menukar pampers. Tolonglah.....

Masuk je K. Krai, hujan dan gelap  (takde la macam mlm). Dipendekkan cereita, pukul 7 lebih kami sampai di rumah. Malam ada tetamu dan 11 lebih ZZzzzz. 





 
6 hari lagi, sekolah buka.
Harap maklum. hehehe
Sekian, Wassalam


Saturday, December 22, 2012

Sunday, December 16, 2012

Jalan-Jalan Bandung

Sebenarnya sebelum pergi Bandung hari tu, agak berdebar sebab first time ke luar dari Malaysia tanpa menggunakan travel agency. Hanya bertiga beranak pulak tuh. Kami bertolak dari LCCT pada jam 6.40 pagi 10/12/2012. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sampai je Lapangan Terbang Husein Sastranegara, Bandung, supir (Pak Dadang) dah  tunggu. Alhamdulillah. Kami terus ke Utari Hotel. Saya dah tempah hotel ni beberapa minggu sebelum datang Bandung. Hotel yang bersih dan agak selesa dengan harga Rp450.000 ( RM142.00 )  semalam. Lepas check in hotel, tanpa berlengah lagi kami terus ke Tangkuban Perahu. Kalau tak silap, kami dikenakan bayaran masuk Rp165.000.  Sekejap je kami di sini. Lepas tengok sana, tengok sini, lari sana, lari sini  (ramai panjual yang mengekori  ke mana kami pergi), ambil gambar  empat lima keping, kami meninggalkan Tangkuban Perahu. Masa tu hujan renyai-renyai.  
Seterusnya singgah makan tengahari di restoran Kampung Daun.  Makanan ok, harga pun takde lah mahal sangat. 4 orang makan ( kami 3 org  + Pak Dadang  RM80 lebih.  Tapi kuciwa sikit sbb takleh mkn gurame bakar. Ada ke patut budak yg ambik order tu cakap, dia lupa tulis.
Acara seterusnya adalah ke Cibaduyut. Sepanjang perjalanan tu, kami bertiga tidur je memanjang. Mengantuk sebab mlm sebelumnya sampai LCCT dah dekat pukul 12 mlm. Pastu tidur je di kerusi sampai pagi. Tak sampai 20 minit pun kami berada di Cibaduyut ni. Banyak barangan kulit tapi semua macam tak berkenan.  Langsung tak beli apa-apa kat situ.
Seterusnya ke Toko Tiga yang femes emos dengan jeans itu. Kat sini memang best. Makcik tak tahu le murah ke mahal tapi pakcik ni cakap murah dari kedai di Malaysia. Kedai ni siap ada tempat solat lagi walaupun agak sempit.  Dari Toko Tiga, kami ke Rumah Mode. Orang yang pakai berfesyen2 mungkin  suka ke Rumah Mode tapi orang macam makcik ni, sekadar tengok-tengok jelah. Takde yang berkenan di hati. 
Acara seterusnya adalah makan malam walaupun masa tu bukanlah malam lagi. Kami singgah makan di Restoran Sedarhana (masakan padang). Empat orang makan tak sampai pun RM50.00. Lepas makan, balik hotel, berehat.  Malam, ZZzzz dengan lenanya. Habis satu hari di Bandung.

Hari kedua. Breakfast di hotel. Pukul 9 lebih Pak Dadang  sampai dan kami terus ke Pasar Baru. Pasar Baru ni macam Pasar Siti Khadijah, cuma lagi besar dan macam-macam ada. Lain kali kalau nak datang sini, kena tuju /cari benda yang kita nak beli je. Takyah berjalan keliling pasar ni macam nak patah kaki. Hehehe kami le tu. Dalam pukul 12 lebih, kami keluar dari pasar ni lepas Ain bising sakit / lenguh kaki. Seterusnya, makan di Restoran Simpang Raya dan singgah beberapa FO. Salah satunya Donatello. Seterusnya balik hotel. Petang, rehat. Malam, keluar ke FO berdekatan hotel. Supir boleh berehat panjang sebab petang kami tak keluar dan malam kami keluar sendiri.  Lupa nak cakap, supir ni kawan yang tolong carikan. Bayarannya  Rp 1.5 juta (RM475.00) untuk 3 hari. 
Sepanjang kami berada di Bandung ni, tiap petang dan mlm  hujan  Masa kami keluar mlm tu pun, baru masuk satu FO, dah hujan selebat-lebatnya. Akhirnya, kami  meredah hujan balik ke hotel.

Hari ketiga kami ke Trans Studio. Suka le budak 10 tahun nih. Tiket masuk, tua muda semua sama. Isnin - Jumaat Rp 150,000. Sabtu, Ahad Rp 200,000. Trans Studio ni buka pukul 10 pagi ya anak-anak. Jadi, takyah datang sini awal sangat. Kami dok dalam tu hingga jam 1 lebih. Kat sini, bapaknya pulak yang sakit/lenguh kaki. Si anak cergas je ke sana ke mari, main itu main ini. Sssshhh yang mencabar tak main pun. Takuttt.... Keluar dari Trans Studio, terus ke kedai makan. Sekali lagi kami ke restoran masakan padang. Seterusnya, sebab esok dah nak balik, bermulalah misi mencari beg. Masa datang, kami bawa sebijik hand luggage je. Jadi, bila balik haruslah beg pun beranak. Seterusnya pergi ke Heritage. Kalau nak ke Bandung lain kali lah kan, Heritage ni FO yang wajib pergi. Banyak je benda yg makcik berkenan kat sini.  Satu lagi, Donatello. Wajib pergi. Hehehe.   Dari Heritage, kami singgah di Amanda. Orang cakap brownies dia sedap. Jadi, makcik beli le sikit takut kempunan.  Petang, rehat. Malam, makan je di hotel. Sebenarnya, makanan di Utari Hotel ni sangat murah berbanding dgn hotel-hotel di Malaysia.  

Hari keempat di Bandung, khidmat supir dengan bayaran Rp 1.5 juta dah takde. Kami pun dah tak berhajat nak kemana-mana.Lepas breakfast, packing barang (macam le byk sangat) Sebenarnya Rp pun dah kering. Hehehe. Dlm pukul 11 pagi, makan tengahari juga di hotel. Seterusnya bersiap untuk ke airport. Kami dah minta Pak Dadang hantar. Bayaran yang dikenakan adalah Rp 300,000 bersamaan RM 95.06. Saya ada tanya pekerja hotel, teksi dari hotel ke airport berapa? Dia cakap Rp 50,000 bersamaan RM 15,84.  Hehehe tapi sebab dah janji dgn Pak Dadang, rela je lah. Lepas solat zuhur, kami bertolak ke airport. Penerbangan kami jam 1.15 tapi  hari ketiga kami di Bandung, Air Asia hantar email memaklumkan  penerbangan AA dijadualkan semula ke apa istilahnya, maka dari 1.15 jadi 3.50 petang.  Nasib baik kami buka email. Kami sengaja pergi awal sebab kita tak tahu macamana keadaan di airport Husein Sastranegara itu. Dibuatnya macam pak arab bekerja. Haru..... Walau bagaimanapun Alhamdulillah, urusan berjalan lancar dengan pekerja-pekerjanya yang sangat baik budi bahasanya. Memang tabik spring.... Tapi kan, nasib baik kami pergi awal. Dapat le duduk di kerusi. Ruangan menunggunya, sempit sesangat sempit. Padat dan ramai yang terpaksa bersila di lantai.  Akhirnya, bye bye Bandung dan hampir pukul 7 mlm waktu Malaysia, kami sampai di LCCT. Mlm tu kami tidur di Tune Hotel. Flight kami ke KB pada pukul 6.35 pagi keesokannya.  Lain kalilah makcik cerita pengalaman pertama bersama Tune Hotel. 

Makcik ada tanya Ain, nak gi lagi tak ke Bandung. Laju je dia jawab. Nakkk tapi nak gi Trans Studio je. Sabor jelah.... 
Jom kita tengok gambar


 Tangkuban Perahu

 Trans Studio

 
                                  Di restoran Kg Daun                                   Pasar Baru


Di hadapan Donatello
 

                                                                    
Sekian tkasih.

Thursday, December 6, 2012

Codiaeum Variegatum Le Pulak

Dulu-dulu Codiaeum Variegatum  atau pokok puding ni byk orang tanam di sekeliling rumah. Tapi beberapa tahun lepas, pokok ni dah tak femes.  Makcik pun kurang berkenan sebab takde bunga. Makcik byk tanam pokok bunga kertas sebab bunganya cantik.

Dua tiga bulan lepas, beria-ia MIL bercerita tentang kebangkitan semula pokok puding.  Makcik perhati, keliling rumahnya dah ditanam berpuluh-puluh pokok tersebut. lepas tu, makcik  mula perhati halaman rumah orang di sepanjang jln.  Eh...Betul le. Banyak pokok puding dengan bermacam jenis dan berbagai warna. Cantik....

Mengingatkan  pokok bunga kertas  aka bougainvillea.makcik yang selalu je mengguris calarkan tangan dan lengan makcik, macam teringin je nak gantikan pokok-pokok tu dengan pokok puding. 
Dan dipendekkan cerita, makcik mula membuang pokok bunga kertas makcik. Operasi tersebut berakhir dua tiga hari lepas bila rumah kuning dah bebas dari semua jenis pokok bunga kertas. 
Sekarang, makcik mula tanam beberapa batang pokok puding.
Pasu kosong byk lagi. Hehehe sikit-sikit lama-lama jadi byk. 

 Daun merah belum ada.



Tuesday, December 4, 2012

Rupa Tiada, Rasa Ada

Mula-mula makcik nak tanya (ada orang nak jawab  ke pun) Hehehe takpelah. Kalaulah ada orang tersesat ke blog ni la kan. Dah tersesat tu, cuba tengok pic di bawah.  Rupa  karipap ke cekodok?
 Apa? Durian crepe?  Sukanya.... 
Sebenarnya makcik cuba buat durian crepe yang tengah glemer seantero alam sekarang ni. Ada rupa durian crepe ke pun?  Makcik google je resepi dan petang tadi terhasillah durian crepe yang gemuk-gemuk itu. Tak kisahlah ya, gemuk pun gemuklah.  Yang  penting Ain cakap sedaaap.

Biarpun tak kiut miut 
tapi makan sebiji terus kenyang.