Thursday, December 6, 2012

Codiaeum Variegatum Le Pulak

Dulu-dulu Codiaeum Variegatum  atau pokok puding ni byk orang tanam di sekeliling rumah. Tapi beberapa tahun lepas, pokok ni dah tak femes.  Makcik pun kurang berkenan sebab takde bunga. Makcik byk tanam pokok bunga kertas sebab bunganya cantik.

Dua tiga bulan lepas, beria-ia MIL bercerita tentang kebangkitan semula pokok puding.  Makcik perhati, keliling rumahnya dah ditanam berpuluh-puluh pokok tersebut. lepas tu, makcik  mula perhati halaman rumah orang di sepanjang jln.  Eh...Betul le. Banyak pokok puding dengan bermacam jenis dan berbagai warna. Cantik....

Mengingatkan  pokok bunga kertas  aka bougainvillea.makcik yang selalu je mengguris calarkan tangan dan lengan makcik, macam teringin je nak gantikan pokok-pokok tu dengan pokok puding. 
Dan dipendekkan cerita, makcik mula membuang pokok bunga kertas makcik. Operasi tersebut berakhir dua tiga hari lepas bila rumah kuning dah bebas dari semua jenis pokok bunga kertas. 
Sekarang, makcik mula tanam beberapa batang pokok puding.
Pasu kosong byk lagi. Hehehe sikit-sikit lama-lama jadi byk. 

 Daun merah belum ada.



6 comments:

Yellow said...

Memang rumah kuning byk pasu, sebijik dah kena culik ke puchong!!

Hahahahah

Rumah Kuning said...

yellow,
pasu byk sbb semua pokok kena tanam dlm pasu. nasib org tanah sekangkang kera. hehehe

MystoryPic said...

Kak..
Kalau rumah ada tanah... seronok bercucuk tanam ni... sejuk je halaman rumah kan... tapi apa kan daya dok kat KL ni semuanya rumah merpati

rumah kuning said...

MystoryPic,
halaman rumah saya yg kecik ni pun penuh dgn rumput je. pokok bunga hanya dua tiga batang. hehehe

Rashid said...

oooo pokok puding rupanya nama dia. hehe .. pernah tengok tapi tak tau namanya..

Rumah Kuning said...

cikgu rashid,
puding ni hanya boleh tengok tapi takleh mkn.