Masa remaja, kita punya waktu dan
kekuatan tapi kita tak punya wang/harta. Ada setakat lima enam ringgit, tak banyak benda yang boleh kita buat. Nasi dagang, nasi kerabu boleh le lepas. Itu pun selang dua tiga hari, terpaksa mencari ayat untuk menadah tangan depan mak bapak. Ohhh tak sukanya. Dalam hati, bila le aku nak besar, dapat kerja, nak pegang duit, nak beli macam-macam, nak beli makanan penuh peti ais. Itu impian makcik masa kecik-kecik dulu. Hehehe
Di alam pekerjaan pula, ramai antara kita punya harta dan kekuatan, tapi tak punya masa katanya. Sibuk dengan urusan kerja, keluar pagi balik malam. Tak sempat nak bertanya khabar jiran atau saudara mara. Kadang-kadang, anak sendiri pun, berhari-hari tak jumpa. Malah, kesihatan diri pun tak terjaga dek sibuknya dengan macam-macam urusan dunia.
Di kala tua pula, ramai yang ada harta dan ada juga masa, tapi kekuatan pula takde Harta ada, dah pencen, takyah lagi pergi kerja, tapi nak berjalan makan angin, tengok kejadian Yang Maha Esa luar dari negeri kita, tak dapat juga sebab nak melangkah pun tak terdaya, apatah lagi yang bertangga-tangga. Duit berguni pun apalah maknanya jika makanan pun yang ini "bisa", yang sana pun "bisa"
Jadi, pandai-pandailah mengurus masa dan apa yang kita ada. Mudah-mudahan dari ramaja, dewasa hinggalah tua, kita tidak menyusahkan sesiapa dan semoga hidup kita memberi manfaat kepada keluarga, sanak saudara dan masyarakat sekeliling kita. Kalau pun tidak mampu memberi manfaat, janganlah sampai menyusahkan mereka.
6 comments:
betul tu.igt balik senanng jd budak zaman skolah dulu.xde duit tp hati tenang je
kami adik beradik bukan anak org kaya dulu.kalau ayah beli sate..sorang dapat 2 cucuk je,kalau beli kepok leko pasar malam pun dapat 2 keping jugak.kalau beli kepak ayam ala kfc pun dapat sorang 2 ketul jugak..
smpi adik kata 'kalau dia dh besar,nak beli sekor ayam..makan sorang'
skrg dia dh keje..saya selalu sakat dia..skrg dah mampu beli la sekor ayam makan sorang.hehe.dia kata muntah nak abiskan ;)
irfa,
dulu2 semua mknn pun sodap. maklumlah jarang2 jumpa. sekarang ni, kalau org suruh listkan 5 benda yg sedap, rasanya macam blur taktau apa yg sedap.
hemmm......... itu la lumrah hidup kak... kita sebagai manusia pasti akan melalui itu semua... Allah bagi dan Allah ambilnya juga
MystoryPic,
sayu pulak baca komen ni.
"Allah bagi dan Allah ambilnya juga"
tulah kehidupan.....smoga kita diberkati Allah SWT dunia akhirat.
ibuhani,
Ameen.
Post a Comment