Friday, March 29, 2013

Kemarau Di Hati

Sekarang dah masuk musim kemarau. Di sini la, di tempat lain makcik kurang pasti. Musim panas sampai rumput depan rumah pun dah mulai kuning dan kering. Rumput kering  ok lagi, jangan poket yang kering. Taknak bagi poket kering, kena belanja dengan berhemah. Ikut keperluan dan kemampuan  semestinya. Makcik pun pandai cakap je, ikut belum  tentu boleh. Hehe. Tapi kan,  kalau tiba-tiba anak demam, masa tu pulak poket tengah kering, macamana nak bawak pergi klinik?  Atau tiba-tiba ada kematian atau sakit demam ahli keluarga di kg halaman, macamana nak isi minyak jika poket dah kontang. Takkan nak mintak  mak ayah  masukkan duit untuk kita isi minyak balik kg. Malu wei  Sebab tu lah, jangan bagi poket kering atau kontang sama ada awal, tengah atau hujung bulan.  "Samah dua"  mesti ada untuk kegunaan pada masa-masa terdesak. 

Yang ni memang sedap
 terutamanya pada musim kemarau yang kering kontang ini.




Kemarau di hati?
Maaf, karangan dah keluar tajuk.

7 comments:

MystoryPic said...

Kat KL tiap2 petang hujan ribut petir bagai... kadang hujan pagi....

Rumah Kuning said...

MystoryPic,
kat sini panas. rasa nak mandi sepuluh kali sehari. hehe

fatal1ty said...

salam,
Amalkan makanan sunnah?

Sila layari http://ijustbought.blogspot.com/
Facebook http://www.facebook.com/TimurTengahEnterprise
untuk berbagai produk dari timur tengah.

Terima kasih.

Ibuhani said...

Pilah lg lah panas..dh tu x hujan plak! kwsn terkering Msia kan....tp kwsn jer kering x per jgn poket yg kering waktu memerlukan!

Rumah Kuning said...

ibuhani,
kalau dua-dua kering. lagi haru. hehehe

Irfa said...

kemarau sokmo :)
baniir sesekali je..

rumah kuning said...

irfa,
kemarau dan banjir. dedua taknak. kalau boleh, nak sedang2 sajaaa.hehe