Wednesday, August 29, 2007

Semerbak Harum


Ada sesiapa yang teringin nak mandi bunga? Di kawasan rumah saya ni ada bermacam-macam pokok bunga yang berbau wangi. Tapi sekarang ni musim hujan, jadi bunga tidak tahan lama. Antara bunga yang sempat saya rakam pagi tadi :



Melati pucuk putih


Cempaka Putih







Bunga Cina



Bunga Melur


Melati


Bunga Kenanga


Kemuning

Semoga kita sentiasa menjadi bunga yang mengharumkan orang-orang sekeliling kita.



Cucuku Yang Kedua


Cucuku yang kedua ( cucu saudara le.. ),
Mohd Akil Hafizuddin b. Mohd Azhuzairi
Umur : 2 bulan

Tuesday, August 28, 2007

Allah yang menentukan segalanya

Buah hatiku

Ada ketikanya tatkala aku bersendirian,tersingkap kembali kenangan suka duka semasa usiaku masih kanak-kanak, dan seterusnya remaja. Betapa jauhnya perbezaan dunia kanak-kanak dan remaja seangkatanku jika dibandingkan dengan kanak-kanak dan remaja zaman sekarang. Berbekalkan wang saku sekecil 20 sen, aku setia menghabiskan enam tahun pembelajaran di sekolah rendah tanpa mengenal erti ponteng. Seterusnya dengan berhujan dan berpanas, aku menyambung pembelajaran di sekolah menengah. Masih terbayang penat jerih aku dan rakan-rakan mengayuh basikal saban hari di jalan yang berdebu merah ketika bercuaca panas dan berselut likat ketika turunnya hujan. Namun itu semua tidak melemahkan semangatku untuk terus belajar mencari ilmu. Segalanya aku lalui dengan redha sehinggalah aku dan rakan-rakan berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Terimakasih untuk ayah, ibu dan kedua-dua abangku, tidak lupa guru-guruku.


Ketika itu, hanya impian dan cita-citaku yang menjadi pendorong untuk aku terus menggapai sebuah kejayaan demi kejayaan. Sebagai remaja kampung yang merupakan anak ketiga dari tiga orang adik beradik ( aku mempunyai dua orang abang ), tinggal di sebuah rumah kampung yang sederhana, yang ketika itu masih menggunakan perigi dan timba, tanpa peralatan elektrik kecualilah seterika, menjadikan aku seorang remaja yang mengimpikan segala-galanya. Aku impikan jawatan yang bergaji bulanan ribuan ringgit, semoga nanti dapat aku miliki rumah cantik yang berbilik-bilik, dilengkapi pula dengan perabut dan alatan elektrik yang canggih. Aku impikan juga kereta yang besar menjalar. Dan sekiranya dipertemukan jodoh, aku impikan seorang suami yang baik. Bukan setakat itu, aku impikan anak-anak yang ramai kerana semasa kanak-kanak dan remajaku, aku sentiasa kesunyian kerana pada masa tersebut kedua-dua orang abangku belajar dan bekerja di luar negeri Cik Siti Wan Kembang. Segala-galanya ingin aku miliki....


Kini, alhamdulillah aku telah miliki pekerjaan yang baik. Aku juga telah miliki rumah tempat berlindung dari hujan dan panas, walaupun tidak besar tapi "saya suka rumah saya", ada kereta walaupun tidak menjalar-jalar. Ada suami yang baik, ada segala-galanya yang sesuai dengan keperluanku. Hanya satu yang belum aku milik... anak-anak yang ramai sebagaimana impianku suatu ketika dulu.


Duhai hati, usah bersedih dengan kekurangan yang satu itu. Setiap ketentuan Allah pasti ada hikmahnya. Jika dihitung nikmat Allah yang telah dikurniakanNya, sudah tentu kita tidak terhitung kerana banyaknya nikmat tersebut. Apalah sangat kekurangan yang satu itu. Jika itulah ketentuanNya, kita tidak mampu mengubahnya........

Thursday, August 23, 2007

Kenduri...Kenduri...Banyaknya Kenduri

Hari ini kami menghadiri kenduri menyambut menantu di rumah Kak Nik Zaharah (sepupuku) di "Bris Town". Sebenarnya sejak semalam kami berkampung di rumah beliau, menyiapkan mana-mana yang patut. Memang seronok bila dapat berkumpul beramai-ramai dengan ahli keluarga dan saudara mara. Dan seperti biasa macam-macam cerita dan berita yang terkeluar. Inilah menu yang kami siapkan untuk tetamu yang hadir. Semuanya sedap sehingga menjilat jari ...
Semua kenal...Ini nasi



Gulai kawah. Takdak hak ni, tak jadi kenduri..

Ini pula ... cuba teka
Yang ini ....solok lada


Ayam masak pedas


Acar timun / Acar bakok
Ini ...Special punya tau.. acar umbut kelapa


Sambal ...biasanya menjadi rebutan selepas habis kenduri


Tembikai sebagai pembasuh mulut
Ini pula...dadih

Tuesday, August 21, 2007

Wahai Ibu Bapa, Mari Bersama-sama Kita Mendidik

Diceritakan bahawa Khalifah Harun ar Rasyid telah menghantar anaknya kepada seorang guru iaitu Usmu'ii untuk belajar ilmu pengetahuan dan adab. Pada suatu hari Khalifah ternampak Usmu'ii sedang berwuduk dimana guru tersebut membasuh (menggosok) kakinya manakala anak Khalifah sedang menyimbah air ke kaki Usmu'ii. Lalu Khalifah mempersoalkan insiden tersebut kepada Usmu'ii dengan berkata : "Sebenarnya aku menghantar anakku kepadamu supaya engkau mengajar dan mendidiknya. Maka kenapakah engkau.......................... Ops, tolong sambung kisah ini. Siapa nak sambung?
Kalaulah ibu bapa sekarang berada di dalam situasi tersebut, sudah tentu guru tersebut tidak dapat tidur lena kerana akan menerima bertubu-tubi komplen, surat layang, sms kutukan atau pun surat saman kerana kononnya guru tersebut ... itu dan ini, begitu dan begini...Pendekata, mesti masuk surat khabar muka depan! Betul tak? Baiklah, saya sambung balik . " Sebenarnya aku menghantar anakku kepadamu supaya engkau mengajar dan mendidiknya. Maka kenapakah engkau tidak menyuruh anakku menyimbahkan air dengan sebelah tangan dan membasuh (menggosok) kakimu dengan tangan yang sebelah lagi?'
Fikirkan..

Wednesday, August 15, 2007

Cepatnya Masa Berlalu

Esok, hari terakhir persekolahan sebelum bermulanya cuti pertengahan penggal kedua selama seminggu. Sekolah akan dibuka semula pada 26 Ogos nanti. Esok juga akan diadakan Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Jadi, esok macam-macam aktiviti akan dijalankan. Nampaknya jadual ku amat padat sepanjang cuti kali ini. Mana taknya, setakat hari ni, aku dah terima 6 kad jemputan. Paling jauh aku terpaksa pergi kenduri (belarak) sepupuku di Kuantan. InsyaAllah aku akan penuhi jemputan-jemputan tersebut setakat yang termampu. Selepas ke Kuantan, aku sekeluarga akan ke P. Dickson atau Cherating. Makan angin sket..Tengah fikir... sebab kedua-dua tempat tu kami sekeluarga belum pernah pergi. Tengok kat internet, macam dua-dua best.

Selain kenduri-kendara, dalam cuti ni jugak, seperti biasa akan ada kelas tambahan. So, aku akan mengajar sekurang-kurangnya sehari. Sebelum sekolah dibuka pada Ahad 26 Ogos ini juga, aku mesti menyelesaikan tugas-tugas menanda kertas peperiksaan UBS 2 yang baru selesai semalam. Ingat Cikgu, mesti selesai atau beres kerja-kerja menanda kertas!!Tiga kelas, banyak jugak tu. Cuti 9 hari, rasanya macam tak cuti jugak. Tak apa, inilah kerjaya yang aku pilih dan dengan kerjaya inilah aku mendapat RM. Selain tu, kerjaya ini juga, membolehkan aku berbakti untuk agama, bangsa dan negara. Ceewah, macam jawapan untuk soalan masa temuduga pulak... 

Nampaknya masa begitu cepat berlalu, hari terakhir minggu ketiga selepas buka sekolah nanti, akan bermula Ramadhan. Lepas tu Raya dan tak lama selepas tu, cuti akhir tahun. Kepada para pelajar sekalian, rebutlah peluang yang ada, tingkatkan lagi usaha untuk meraih kejayaan dalam peperiksaan yang bakal diduduki. Jangan tunggu lagi...Korbankan sedikit masa anda untuk kejayaan dan kesenangan pada masa akan datang.

Monday, August 13, 2007

Semoga Rohnya dicucuri Rahmat

This summary is not available. Please click here to view the post.

Seronoknya Tinggal Di kampung ( 2 )

Makan collek...best


Jambu ni biasanya tak ada siapa yang peduli

Duku dah masak


Dokong pun dah masak


Rambutan dah merah menyala


Friday, August 10, 2007

Cucuku Yang Sulung


Aku dah ada dua orang cucu. Ini cucu ku yang sulung,Hail Afiq bin Mohd Hafiz. Cucu saudara le....

Tuesday, August 7, 2007

Perkara Haram Yang Dianggap Biasa

Maksud sabda Rasulullah saw : Apa yang dihalalkan oleh Allah dalam kitabNya maka itulah yang halal, dan apa yang diharamkan maka itulah yang haram, sedangkan apa yang didiamkan tentangnya maka ia adalah yang dimaafkan, maka terimalah pemaafan dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak lupa.

Maksud hadis di atas jelas menunjukkan bahawa menjauhi perkara-perkara yang diharamkan adalah wajib. Namun, apa yang sering kita saksikan kini betapa ramainya umat Islam yang melakukan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah tanpa perasaan aib dan tanpa sekelumit pun perasaan bersalah.

Sebagai contoh, ramainya ibu bapa kini yang antaranya saban hari mengunjungi masjid atau surau, namun dayus / telah hilang perasaan cemburu terhadap ahli keluarga masing-masing. Mereka dengan rela hati membiarkan ahli keluarga bergaul dengan lelaki atau perempuan bukan mahram tanpa batas, tersenyum bangga melihat anak-anak atau isteri tidak bertudung, memakai pakaian nipis, ketat atau singkat. Malah ada di antaranya yang dibeli sendiri oleh sang suami / ayah atau ibu. Lupakah mereka sabda Rasulullah yang bermaksud : "Tiga (jenis manusia) Allah haramkan ke atas mereka syurga : Peminum arak, pendurhaka ( kepada orang tuanya) dan orang yang dayus ( iaitu ) yang merelakan kekejian dalam keluarganya."

Kepada ibu bapa / ketua keluarga sekalian, usah biarkan anak isteri mengheret kaki anda, ketika anda telah hampir memasuki syurga. Fikir-fikirkan....