Tuesday, August 21, 2007

Wahai Ibu Bapa, Mari Bersama-sama Kita Mendidik

Diceritakan bahawa Khalifah Harun ar Rasyid telah menghantar anaknya kepada seorang guru iaitu Usmu'ii untuk belajar ilmu pengetahuan dan adab. Pada suatu hari Khalifah ternampak Usmu'ii sedang berwuduk dimana guru tersebut membasuh (menggosok) kakinya manakala anak Khalifah sedang menyimbah air ke kaki Usmu'ii. Lalu Khalifah mempersoalkan insiden tersebut kepada Usmu'ii dengan berkata : "Sebenarnya aku menghantar anakku kepadamu supaya engkau mengajar dan mendidiknya. Maka kenapakah engkau.......................... Ops, tolong sambung kisah ini. Siapa nak sambung?
Kalaulah ibu bapa sekarang berada di dalam situasi tersebut, sudah tentu guru tersebut tidak dapat tidur lena kerana akan menerima bertubu-tubi komplen, surat layang, sms kutukan atau pun surat saman kerana kononnya guru tersebut ... itu dan ini, begitu dan begini...Pendekata, mesti masuk surat khabar muka depan! Betul tak? Baiklah, saya sambung balik . " Sebenarnya aku menghantar anakku kepadamu supaya engkau mengajar dan mendidiknya. Maka kenapakah engkau tidak menyuruh anakku menyimbahkan air dengan sebelah tangan dan membasuh (menggosok) kakimu dengan tangan yang sebelah lagi?'
Fikirkan..

3 comments:

Mohd Faiz Bin Mohd Lazim said...

kenapa? suspennya..

Rumah Kuning said...

Kisah ini menunjukkan kpd kita bahawa guru adalah insan yang mesti dihormati.Saidina Ali pernah berkata: Aku adalah hamba abdi bagi orang yang mengajarku satu huruf....

Fauziah said...

betul tu akak sokong. la ni ramai murid yg bukan shj nakal malah biadap terhadap guru mereka.