Malu adalah satu perasaan yang wujud dalam jiwa seseorang yang mendesaknya supaya menghindarkan diri dari segala perbuatan yang keji dan melakukan segala perbuatan yang terpuji. Sumbernya adalah dari hati atau jiwa yang sedar akan nilai diri, yang percaya kepada pengawasan Ilahi atas gerakgeri dan lintasan hati, yang menyebabkan diri terpelihara zahir dan batin dari segala perbuatan dan unsur-unsur yang membawa kepada kemurkaan Ilahi.
Malu seperti ini dikatakan malu kepada Allah, sedangkan orang yang malu kepada manusia akan bersikap malu sewaktu berada bersama-sama manusia dan malunya akan hilang ketika tiadanya manusia. Malah, ada kalanya malu seolah-olah tidak ada lagi dalam diri yang menyebabkan tutur kata, tingkahlaku dan segalanya menyakitkan hati.
Sepatutnya, Seorang hamba hendaklah malu untuk meninggalkan kewajiban terhadap Allah atau melakukan laranganNya. Seorang anak hendaklah malu sekiranya tidak menghormati ibu bapa dan seorang pelajar sepatutnya malu untuk berlaku biadap terhadap guru. Namun, pada hari ini tidak terbilang hamba yang mengaku Islam tetapi hilang malu terhadap penciptanya. Terlalu ramai anak yang mendurhaka kepada kedua ibu bapa. Malah tidak kurang juga para pelajar yang tidak beradab terhadap gurunya. Mereka kelihatan meronta-ronta untuk kembali ke zaman Jahiliah setelah dibebas dan diangkat ke martabat yang tinggi oleh baginda Rasulullah saw.
Ingatlah, malu dan iman itu saling berkait rapat antara satu sama lain. Apabila tercabut salah satu darinya, maka akan tercabutlah yang satu lagi. Dan, walau siapa pun kita, kehidupan ini akan disusuli dengan kematian. Jadi, kemanakah arah tuju kita?? Sama-samalah kita renungkan.
3 comments:
bila dah xde malu..ilang la maruah diri...tol x ustazah?
Betul tu. Tapi malu mesti bertempat...
disbbkan malu kita tak baca Quran di tempat awam tp kita tak malu tyg aurat kpd awam
Post a Comment