Pagi Jumaat merupakan pagi aku dan keluarga berehat-rehat. Biasanya setelah jam menunjukkan angka 8.30 atau 9.00 pagi barulah aku 'bertiga beranak' akan ke pasar untuk membeli ikan, sayur dan sebagainya. Setelah balik dari pasar, maka bermulalah episod memasak, mengemas, membasuh dan seumpamanya yang seakan-akan tak cukup tangan.
Begitulah juga rutin ku pada pagi tadi. Setelah balik dari pasar, aku terus menyiang ikan, udang dan sebagainya sebelum disimpan di dalam peti sejuk sebagai bekalan untuk tiga atau empat hari. Selepas tu, aku mula memasak sambil menyapu dan mengelap ruangan dapurku yang kecil molek itu. Bila semua lauk dan kawan-kawannya sudah masak, teringin pula aku nak masak air gula yang rasanya sudah seminggu kekeringan di dalam peti sejuk. Biasanya air gula campur pandan jarang kehabisan. Bukan apa, senang bila nak bancuh air. Jadi, tanpa melengah masa, aku pun keluar ke belakang rumah, ambil daun pandan, seterusnya masukkan sekilo gula, masukkan air dan terus masakkan gula tersebut. Sambil menunggu air gulaku mendidih, aku memanfaatkan masa dengan menyapu rumah. Bila dah siap menyapu di dalam rumah, aku keluar pulak menyapu di luar rumah. Berpeluh-peluh dibuatnya.... Bila semua dah beres, lega rasanya. Kerja dah siap, teringin pulak nak makan buah dokong, aku pun pergi petik dokong di tepi rumah abangku. Sambil makan dokong, nampak pulak rambutan, ambil dua tiga biji kemudian balik rumah.
Yess...Tiba masa untuk bersantai... Aku duduk ruang tamu sambil baca surat khabar lama yang kebetulan ada di bawah meja. Sebenarnya kami dah lama tak beli surat khabar, baca kat internet je. Tiba-tiba, suamiku ( masa tu dia dok tingkat atas ) memanggil dengan kuat sekali... apahal pulak, orang tengah bersedap-sedap kat bawah .. Rupa-rupanya dia tanya, bau apa yang kuat menusuk hidung??? Aku pun bagai terkena "karan" letrik terus melompat ke dapur. MasyaAllah .... Asap berkepul-kepul, secepat kilat aku membuka semua tingkap dan pintu di ruangan dapur. Nak tahu apa yang telah berlaku? Lihatlah resepi terakhirku pada pagi Jumaat ni... Air Gula Pandanku Yang Hangus!!
5 comments:
haha..
nice one che su.
air gula hangus.
kalu wat puding gula hangus pong sedap.
haha..
Ooo...main-main ye? takpe, takpe...
huhuhu..
puding gula hangus..
gu saya slalu jah buat..
best2..
Gulo hangus ko suro tuh??
po nga suro hok hangus
Post a Comment