Friday, January 4, 2008

7.00 pagi yg gelap

Sesi persekolahan 2008 telah dua hari berlalu. Ini bermakna telah dua hari aku melalui hari-hari yang..................... ( sibuk/kelam kabut/berserabut?). Anda dibenarkan memilih & mengisi sesuka hati.Hehehe.
.
Hari pertama Si Ain tak sabar-sabar nak ke sekolah. Aku dah sedia maklum sebabnya...nak menunjuk beg baru, kasut baru dan segala yg baru.Hari kedua ni dia komplen gelap/malam lagi dah nak ke sekolah. Padahal jam sudah terlalu hampir dengan angka 7.00 pagi. Ain...Ain...Tapi, memang betul pun.
.
Suasana di sekolah seperti biasa, tak ada yg luar biasa. Banyak perkara yg perlu diuruskan terutama kpd guru-guru tingkatan. Nasib baik ramai pelajar telah menjelaskan bayaran tambahan pada hari pendaftaran yg diadakan semasa cuti persekolahan baru-baru ni. Dah lama cuti , kerja le pulakk.
.
Dua tiga hari ni hujan menjadi-jadi pulak. Macam nak banjir je. Ini menyebabkan 7.00 pagi ku semakin gelap.Gelap macam mana sekali pun aku mesti keluar dari pagar rumah sebelum 7.00 pagi. Kalau tak, mesti jalanraya dah meleleh ngan segala macam jenama jemm dan aku akan kelewatan sampai ke sekolah. Kalau acapkali merah, mesti boss marah. Betul tak?? Kalau awak jadi boss, awak pun marah!!
.
P/S- Sabtu ni ada gotong royong. Semua warga Panji diwajibkan hadir.

4 comments:

Orked said...

Salam....cikgu. Kembali spt biasa ye.

KakJie anak² dah besar, makbapa tak perlu ke sekolah lagi. Cikgu bagi je surat itu ini, bayar itu ini....esok je pergi bawa duit.

Buku² latihan semua cikgu dah suruh beli sebelum cuti tahun lepas. Hari pertama terus belajar. Cikgu Intan tak berubah 3 tahun turut². Senang ye, cikgu dah kenal sikap dan kemampuan anak murid dia dah..sejak 2 thn lepas.

afandi said...

Salam ziarah

hai cikgu sibuk menguruskan sekolah lah sekarang ini. Rutin cikgu kan, yuran sekolah bnayk hal katanya?

Qaseh Bidadari said...

mama dah start sakit kepala dah ni..lalala...

Anonymous said...

Sakit kepala...kenapa pulak mama??Ralaks2...