Sunday, December 14, 2008

Malang Tidak Berbau

Sedang saya menyapu beranda rumah, tiba-tiba saya terdengar bunyi seperti sesuatu melanggar benda yang keras.
Saya menjenguk ke arah datangnya bunyi tersebut.
MasyaAllah.... seekor kambing sedang menanduk kereta yang diparkir di bawah garaj.

Ahh sudah... macamana ni?? Wei....kereta aku tu. Saya menjerit sambil menepuk tangan.
Si kambing mengundur dua tiga langkah kemudian kembali menanduk.
Suara saya didengari oleh Ain lalu dia pun turut sama menjenguk ke bawah dan turut menjerit ke arah kambing itu.

Si kambing terintai-intai keretaku yang berkilat (baru basuh) seolah-olah meninjau-ninjau lawannya dan menanduk lagi. Menanduk lagi dan lagi. Semakin lama semakin kuat.
Suara saya yang terjerit-jerit dari beranda rumah langsung tidak dihiraukan oleh kambing tersebut.

Tanpa membuang masa, saya melepaskan penyapu di tangan dan berlari turun ke bawah.
Bila sampai di depan pintu, melilau saya mencari objek yang boleh digunakan untuk memukul kambing tak guna itu. Tanpa apa-apa di tangan saya tidak berani untuk mendekatinya memandangkan tanduknya yang panjang dan tajam berkilat itu.
Rasanya telah berbelas kali kambing sesat itu menanduk kereta saya.



Ohh....ada penyapu di tepi pasu bunga. Apa lagi, saya terus capai dan berlari ke arah kambing tersebut. Berdebuk saya pukul tapi nasib tak baik, langsung tak kena kambing itu.
Walau apa pun mungkin disebabkan terkejut, kambing tersebut melarikan diri sebelum sempat saya mencapai semula penyapu yang terlepas dari tangan dek kuatnya saya memukul tadi.
Uwa.... siapalah tuannya?? !@#$%&!!$$%&&&&&&&!!!!!

Saya terduduk melihat bahagian pintu kereta yang ditanduk kambing tadi.
Banyaknya kemek dan terdapat dua tiga tempat yang hampir tembus.
Habis le gaji saya bulan ini.
Ain...jom le kita tangkap kambing tu. Kita jual untuk baiki kereta kita ni.
Jom le Ain.....

Tiba-tiba saya terdengar kambing mengembek dengan kuatnya.......
Ummi...esok ada tuisyen ke tak?
Saya tersedar dan melihat jam di dinding. Oh...baru 10.00 malam.


Pengajarannya dalam kehidupan seharian, boleh dengar, boleh baca tapi jangan terus percaya.

24 comments:

Чикгу Жаве the CJ said...

hehehe. nk kena cikgu nih. saja je buat org saspen. ngidam kambing nih sampai terbawa2 dlm mimpi. huhu

Abang Long said...

Berapa ramai lagi yang nak 'terkena' ?

cikgu panji said...

cj,
banjir2 ni sedap jugak kalau dpt pekena bbq kambing.hehehe

ab. long,
blog tak meriah sekarang ni. ramai yg masih pening terover makan daging

en_me said...

me memang tak cayerr, sebab takdok gambar gittewww.. ammvoiii cikgu

cikgu panji said...

en_me,
awal2 dapat kesan ye?? bijak2...

zairaza said...

hahaha saya baca kali kedua baru dpt. aiseh otak kurang bergerak time final neh..

cikgu panji said...

nor,
penulis tak berkesan la ni...

Ecah said...

uk uk bukti tade, tau dah.. err.. xbasoh kaki sblom tido ka? hihihi.. salam cikgu, saya link yerr..

cikgu panji said...

ecah,
lupa pulak blogger dgn kamera tak dpt dipisahkan.... saya pun nak link ecah.boleh ye?

lunaticg said...

salam...
mimpi rupanye yek?
kekekekeke...
tipah tertipu baca post ni.

cikgu panji said...

lunaticg,
maaf jika anda rasa tertipu.memang itu pun tujuannya.hehehe

Intan Rosnitta said...

Lorr... mimpi rupanya.

Kita pun sama terkena...huhu

:D

cikgu panji said...

intan,
sorryyy.....hehehe

Kujie said...

tu dia aihhh...moral of the story, jangan kilatkan kereta anda..biar berdebu mcm kereta saya..

erkkk..intan kata dia mimpi?

nak kena cubit niiiiiiiii...wahhh...baru kul 10 dah mimpi mcm tu...kejap lagimimpi kena kejar naga le pulak!

cikgu panji said...

kujie,
rasanya kereta berdebu lagi selamat. org pun tak suka nak menyandar kat kereta kita.hehehe

313trading said...

kalu mitok, selalu buleh

CIKGU PANJI said...

313trading,
nauzubillah min dzalik.

manje said...

salam cikgu

hehe kite nyaris2 nk pecaye... huhu

alia said...

ingat kan real...cis....cikgu terlebih sayang keta kot....sampai terbawak dlm mimpi

cikgu panji said...

manje,
kiranya penulis ni ada bakat jugak la ye? hehehe

alia,
bukan le sayang sangat...tapi sayang jugak le...

HappyIrfa said...

SALAM..
X BAIK TAU..SIB BAIK X LEMAH JANTUNG.SAYA MACAMM TERBAYANG2 KAMBING TU PUNYA TANDUK TGH MENANDUK KETA SAMPAI BERLUBANG

cikgu panji said...

Irfa,
sorry...bukan niatku utk melemahkan jantungmu. ceewah...hehehe

atie said...

Ha ha ha....dah agak dah

CIKGU PANJI said...

atie,
bijak awak mengagak ye...hehe