Sejak akhir-akhir ini saya perasan sangat-sangat
Kedua ibubapa saya sudah terlalu uzur
Sudah hilang kudrat dan tenaga
Masa sakit, pening, demam lebih panjang daripada masa sihat
Saya perhatikan kedua-duanya semakin kurus
Makin banyak urat dan tulang yang timbul
Merah muka mereka telah berganti pucat
Tiada lagi boleh disebut makanan kegemaran
Pada mereka semuanya tidak membuka selera
Tiada lagi kudrat untuk berdiri lama
Tiada lagi tenaga untuk berjalan jauh
Ya Allah, kasihanilah mereka
Berkatilah hidup mereka
Bahagiakanlah hidup mereka dunia akhirat
Amin.
18 comments:
Ameen..
Dekati dan selalulah di samping mereka ketika mereka masih ada.
Ajaklah mereka berdua tu dok sekali di rumah pagar kuning tu..mudah-mudahan banyak lagi khidmat yang boleh diberikan..
panjangkan lah umur datuk dan nenek saya ya Allah. Agar dapatlah lagi saya pulang dan meluangkan sedikit masa bersama mereka.
CP masih beruntung sebab tinggal dekat dgn org tua...Ira nie dah la berjauhan..Ira sendiri pun kdg2 okay..kdg2 tidak...
Tapi, Ira harap sgt Allah panjangkan umur Ira dan dapat jaga mama dan abah Ira nanti..
Hrp2 kita dapat buat yg terbaik utk ibu bapa kita...amin
Amin.....
noor,
semoga diperkenankan.
toknabe,
betul tu...selagi mereka ada.
na,
tak mahu nyo dok ngan kita.
jee,
Amin.
Semoga orang jauh juga dipermudahkan segala urusan oleh Allah swt.
ira,
begitulah hendaknya. semoga kita dapat buat yang terbaik utk kedua ibu bapa.
Kujie,
Amin
berkati hidup mereka dunia akhrat..
amin.
kuina,
Amin
saya sayang cikgu juga.............
hehehe
Alhamdulillah ada jugak sahabat yg sayang.
BERBAKTILAH selagi mereka masih ada.
ITULAH ibadah kita.
Nama Cikgu telah tersenarai dalam Blog Abang Long.
Sila jawab sejujurnya.
TERIMA KASIH.
terkenang kat kedua arwah mertua & ayah combi..sebak rasenyer :(
ab long,
InsyaAllah.
combi,
semoga menginsafkan bhw kita juga akan ke sana.
Post a Comment