Nampak tak kenderaan merah di luar pagar kuningku itu?
Ni dia... pic yang dekat sikit. Makcik segan nak gi snap dekat-dekat. Kalau masih ada yang tak nampak, mari sini makcik cerita.
Ceritanya begini, sebelum ke masjid untuk solat Jumaat tengahari tadi, jiran sebelah rumah saya dengan rajinnya telah membakar sampah berhampiran rumahnya. Dan semasa warga lelaki berada di masjid, api dari tempat pembakaran sampah tadi telah merebak dengan maraknya hingga kepada lalang-lalang, semak-semak, lengkuas-lengkuas,
Keadaan memang kelam kabut kerana api marak dengan cepat, angin agak kuat dan yang ada hanya golongan yang lemah. Jadi, jiranku telah dipanggil pulang dari masjid. Sambil mengangkut air dan menyimbahkannya, jiranku telah melaungkan azan. Saya telah menggunakan sepenuhnya dua batang paip di halaman rumah dengan memancutkan air ke kawasan kebakaran. Rumah saya paling dekat wei....
Akhirnya, sebaik sahaja kaum lelaki pulang dari masjid, api telah berjaya dipadamkan. Bomba Dan Penyelamat telah sampai dengan bergayanya sebaik sahaja api berjaya dipadamkan sepenuhnya. Maka, sempatlah saya mengambil pic kenderaan merah itu kerana api telah padam dan keadaan telah tenang.
Walau apa pun, Alhamdulillah.
8 comments:
Kenaling sungguh kalu gitu... Baru ni dekat rumah na pun gitu jugak tapi nasib baik la ada ilmu-ilmu ahli bomba sikit-sikit.. dapatlah dikalahkan api tu...
api kecik2 boleh buat saing.... kalu dah besar... make rumoh tu!.
tak setuju dgn ayat mu "yg ada hanya golongan yg lemah" :(
mana lemahnyer.."tgn yg menghayun buai bole menggegar donia"..
ramai lelaki tersungkur hanya kerana godaan wanita.. :p
awas lelaki..!
caiyoklaa :D
salamms cikgu.. gambo lori bomba nak watper.. maner gambo api yg sedang marak tewww..
na,
ilmu bomba ni tak nuntut lagi.hehehe
tok,
kenaling wei...semak byk, kering kontang pulak tu. cepat je narrat.
combi,
setuju tu... tapi fizikalnya lemah walaupun otaknya ligat.hehehe
en_me,
masa api tengah marak tak sempat snap gambar sebab sibuk tolong pancutkan air paip.
bahaya gak kalo bakar2 masa tgh panas dan berangin..teringat tlg ayah padamkan api masa kebun terbakar dulu..berpunca dr puntung rokok org campak..dahlah ayah baru pas meracun..so rumput2 kering tu apa lagi..separuh kebun terbakar...
ija,
kelantan sekarang ni memang panasss. rumput depan rumah pun dah mati.
Post a Comment