Thursday, February 12, 2009

Januari Yang Sibuk?

Antara Januari dengan Februari sama saja dari segi kerjanya.
Adunan kelas serambi, sukan, persatuan, kelab, unit beruniform, taklimat, meeting memantapkan lagi kesibukan guru-guruku.
Oh....terlupa pula buku rekod mengajar, buku register murid, program itu program ini, borang itu borang ini yang mesti diisi.
Juga buku latihan dan nota murid mesti ditanda.
Walau apa pun, Alhamdulillah kita masih punya kerja.
Dan pupuklah minat dan cinta kepada kerjaya yang kita pilih ini.

Tarik nafas
Hembus
Tarik nafas
Hembus


Adakah jawapan kita sama semasa menjawab soalan penemuduga untuk jawatan ini dulu.
Jawapan saya? Saya memilih kerjaya sebagai seorang guru kerana ingin mendidik anak bangsa..............Saya juga ingin................. dan................di samping itu...................

12 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah... cikgu kuat,kan?
tabah....insyaallah mendapat balasan dari Ilahi

suruh la dak kecik tu urut

TokNabe said...

salam cikgu panji.

Samakan rutin awal tahun ni dengan awal tahun lepas?. :D

Gitulah rutin cikgu tiap2 tahun.... bila agaknya nak berubah.

Hjh Nik Zulina said...

Syukurlah ada kerja. Kalau tak dak keja boring jugak tau.. Acu cuba ambil cuti tanpa gaji bagi bulan januari dan februari saja... insyaallah relaks la sikit sebab bila masuk keja bulan mac semuanya orang dah beres..

atie said...

salam, tulah rutinku juga sehari2. Sekurang2nya masih kerja kan...

Intan said...

Salam cikgu,

Dah mcm tu rutinnya, cikgu. Sabar byk2. Syukur kerana masih berkerjaya.

Kita pun syukur dpt kerjaya baru yg lebih stabil di saat org lain dilanda krisis ekonomi yg teruk.

cikgu_kono said...

salam kak..
standard r..nama pun cikgu..org hy nampk cgu masuk keje pg blk tgahari tp..nmpak tk keje2 yg kita wt blk tuh?? kita nih nak mndidik org supaya jadi mcm org...saborlah kak..

echah_syed said...

abe dah hampir nak pencen jadi cikgu tapi tetap menten & dedikasi.alhamdulilah ALLAH bagi kesihatan yg baik & semangat mendidik kental dijiwa. :)

bila kita ikhlas semua pun dipermudahkan.insyaALLAH :D

Anonymous said...

salam

hehe cikgu keje mulia...
sbr2 dan tabah ye cp...
jaga kesihatan baik2... :)

> jwpn tu standard la utk sume pendidik ngan juga pengajar hehe

Anonymous said...

kujie,
kuat...ada ketikanya lembik.hehehe

tok,
bila le agaknya cikgu ni kerjanya ngajar semata-mata. mesti best

na,
apa pun sabar je la.doh nok jadi cikgu sangat.betul dak?

Anonymous said...

atie,
Alhamdulillah kita masih punya kerja dan sumber rezeki yg halal.

intan,
rasanya masih tidak terlambat untuk cp ucapkan tahniah. semoga intan cepat menyesuaikan diri.

cikgu_kono,
tugas guru sekarang ni rasanya amat mencabar.

combi,
itu bermakna dah semakin dekat untuk combi sekeluarga balik menetap di semenanjung.Tak gitu??

Anonymous said...

manje,
Alhamdulillah krn kita masih diberi kekuatan dan kesihatan utk terus memikul tanggungjawab ini.

Anonymous said...

Betullah..tu..org tgk keja guru ni cam senang. Byk kena buat..mengajar..perkhemahan, ujian berpusat dll. Tahniah kpd semua cikgu2