Selepas sekolah Selasa lepas, saya memborong macam-macam jenis buah sebab dah janji untuk membawa rojak buah ke sekolah pada hari Rabu. Kawan nak buat jamuan di biliknya. Jadi, saya tumpang sekaki. Sebelum Isyak, saya telah menyiapkan apa yang perlu dari memasak , menggoreng kacang, mengupas mempelam, nanas, limau bali, betik dan sebagainya. Dah siap semua, simpan dalam peti ais untuk dipotong awal pagi Rabu. Sebelum naik ke atas, semestinya saya mencari buah hati si handphone saya. Ada mesej. "Jamuan esok tak jadi. Tunda minggu depan".
Hari Rabu, seorang kawan tel suami. Mereka sekeluarga nak datang ke rumah pada petang atau malam Khamis. Balik sekolah petang Khamis, saya singgah di kedai. Beli bahan-bahan dan lauk untuk masak mee kari. Sebelum asar, mee kari dah siap. Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai. Ain yang excited tunggu ( yang nak datang tu ada kawannya ) pun sampai terlena.
Sebelum jam 9 mlm, suami hantar sms dan dia reply : "Tak jadi datang"
Kelmarinnya pulak, kawan dari SMK Dato' Ahmad Maher call memaklumkan geng-geng dari SMKDAM akan datang ke rumah pagi Jumaat.Pagi tadi le. Cadang nak jamu laksa tapi suami cakap nanti diorang tak jadi datang macam malam tadi. Jadi, saya beli kuih je. Kalau tak jadi, tak le terkilan sangat. Pukul 11 lebih, kawan tersebut tel memaklumkan mereka tak jadi datang pagi tadi. Katanya, mereka akan datang selepas solat Jumaat. Entah jadi, entah tidak. Yang pasti, saya tak jadi pergi tempat sepupu bertunang kerana menunggu kawan yang nak datang pagi tadi.
sedikit kesal di sini
8 comments:
Kebetulan kan cp, takpelah....rugi wooo tak dapat rasa mee kari dan rojak buah...Sudikan ambil award kat blog Mektie
Salam singgah sambil tarik nafas...
Sedihkan kalau asyik tak jadiii jer..
sabarlah..Allah jua sebaik-baik pengatur perjalanan hidup manusia..
atie,
t kasih berjuta lemon. hehehe
kebetulan yg jarang2 berlaku.
pinatbate,
memang terkilan tapi nak buat macamana.mungkin mereka pun ada masalah yg tidak dpt dielakkan.Ok le..
tak der rejki mau jumpa ...
pb,
betul tu.takde jodoh nak juppe
lor lenkali kol combi mesti dtg sbb ade mee kari :)
combi,
betul ke??? usahkan nak datang rumah kuning, negeri cik siti wan kembang pun belum pijak. hehehe
salam, akak, jemput saya, sure saya dtgnya, umah saya ngan umah akak tak jauh mananya, hikhik, 10 minit je sampai, hehe
Post a Comment