1.
Ummi : Ain, tutup TV, ngaji Quran pulak.
Ain : Kejap la... nak tengok kartun ni.
Ummi : Dari tadi lagi Ain tengok TV. Tutup le.....ngaji pulak.
Ain : Kedekutlah ummi ni.
2.
Ain : Ummi, Ain nak mandi swimmming pool.
Ummi : Petang ni le kita mandi. Sekarang ni panas lagi.
Ain : Boleh le...
Ummi : Panas lagi ni. Petang ni le.
Ain : Ummi ni kedekutlah.
3.
Ummi : Bersiap cepat. Kita nak gi Kota Bharu.
Ain : Ain taksir gi.
Ummi : Ain nak dok rumah sorang-sorang? Ummi ngan abah nak gi lama.
Ain : Ummi kedekuttt.
Semua situasi dibantainya kedekut. Sikit benorlah vokeb budak Ain nih.
Tuesday, January 31, 2012
Tuesday, January 24, 2012
Cerita Seminggu
Assalamualaikum. Lama tak update blog.
Cuti CNY lepas, adik ipar kawin. Jadi boleh tahan jugak makcik menyibukkan diri.
Tak sempat nak update blog.
Padahal makan je lebih, kerja tak seberapa. Hehehe
Siapa berani cakap gitu, nampak tak gunting kat bawah?. Nak makcik gunting mulut???

Inilah pengantinnya. Adik bongsu en. suami.
Lepas je kenduri hari tu, makcik tak tunggu-tunggu lagi. Terus cuti-cuti Malaysia.
Awal pagi Selasa lepas, kami tiga beranak terus ke KL. Dua malam berada di sana.
Pemandangan dari Sunway Putra Hotel
Berendam memang takleh tinggal
Suka le tu....
Maknya yang tak berapa nak suka sebab terpaksa melangut tepi kolam berjam-jam.
Dari KL perjalanan diteruskan menuju ke N9. Singgah Seremban kejap pastu terus ke Kuala Pilah. Acara diteruskan dgn melawat Muzium Diraja Sri Menanti.
Bersama Prof Dr Hj.Muhammad Fauzi, isteri dan anak-anak melawat muzium.
Model bergaya dalam muzium.
Seterusnya, kami dibawa oleh Prof Fauzi ke rumahnya.
Model tak berbayar posing depan pagar rumah.
Sebaik sahaja pintu pagar dibuka, makcik betul-betul terpegun.
Wowww...........
Ada sebuah masjid
Rumah Darat
Rumah ??? ( maaf...tak ingat rumah apa)
Rumah Darat dari pandangan sisi.
Dan rumah ketiga. Tempat kami tiga beranak bermalam.
Dengan angin sepoi-sepoi bahasa, suasana aman damai ....
Oh seronoknya berada di sini.
Oh seronoknya berada di sini.
Comel......melengkapkan lagi 3 buah rumah yang unik itu.
Ini pun sangat memikat hati.
Macam-macam barang antik ada
Siapa kenal benda ni?
Betul-betul rasa seperti berada di sebuah muzium.
Betul-betul rasa seperti berada di sebuah muzium.
Basikal pun banyak. Tetamu yang datang boleh berbasikal di sekitar kampung.
Ain ngan abahnya tak melepaskan peluang meronda menggunakan basikal ini.
Esoknya, selepas makan pagi kami meneruskan perjalanan ke Taiping, Perak. Petangnya macam biasa terjun kolam dan pagi esoknya melawat Zoo.
Esoknya, selepas makan pagi kami meneruskan perjalanan ke Taiping, Perak. Petangnya macam biasa terjun kolam dan pagi esoknya melawat Zoo.
Dapat berendam. Suka le.....
Lawatan sambil belajar???
Penat berjalan, posing...
Posing lagi....
Dah habis satu pusingan, kami bertolak balik.
Alhamdulillah, kelmarin sampai di rumah jam 5 ptg selepas 5 hari 4 malam meninggalkan rumah kuning.
***Terima kasih kpd Prof Dr Hj Fauzi, isteri dan anak-anak kerana menyediakan tempat tinggal yg istimewa utk kami bermalam. Juga kerana makan minum yg sangat menyelerakan sepanjang kami berada di Kuala Pilah.
***Terima kasih juga kepada En Othman (abg Man ) dan isteri kerana mengambil dan menghantar serta menjamu kami sekeluarga. Mee udang sangat yummyyy..........
Saturday, January 21, 2012
Sayang Kawan....Doakan Mereka
Doakan kesejahteraan kawan. Selalu tak? Tahniah kpd yang mengangguk. Nampaknya anda kawan yang baik. Tapi kalau setakat selalu jumpa, manis mulut tapi kedekut nak doakan kawan, adakah boleh dikategori kawan yang baik? Bagi saya, tak selalu jumpa pun ok la kot. Tapi setiap kali jumpa mesti cakap yang elok-elok dan yang lebih penting sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka dunia akhirat.
Tolong ketika dia susah juga.....
Tolong ketika dia susah juga.....
Friday, January 20, 2012
Memang Nak Bijak
Assalamualaikum....Dah Jumaat.
Makcik nak membebel kejap. Ringkas je. Hehehe
Bijak......Semua orang nak jadi bijak.Kalau boleh kita nak semua anak pinak, saudara mara dan rakan taulan kita bijak semuanya. Bagus... satu harapan dan doa yang baik. Bila dah bijak, mudah-mudahan ianya dapat digunakan untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan negara dengan meletakkan agama di tempat yang paling utama. Tapi sayugia diingat, penyalahgunaan kebijaksanaan boleh mendtgkan penderitaan yang bukan sedikit.Yelah kan.... kesan kejahatan yang dilakukan si bodoh tidak sehebat kesan kejahatan yang dilakukan sang bijak pandai.
Jadi, tolong titik beratkan pendidikan agama kpd anak-anak kita..
Selamat berkenduri kendara.

Wednesday, January 18, 2012
Sayangi Mulut Comel Kita
Assalamualaikum adik kakak semua
Cakap sembarangan orang tak suka,
Akan menyebabkab berlaku sengketa
Usah cakap ikut sedap mulut dan telinga.
Jangan main agak-agak, rasa-rasa sahaja.
Kalau tak jelas, zip mulut kita,
Sayangilah dia supaya tidak menyusahkan sesiapa terutama tuannya..
Akhir sekali, maafkan saya jika ada yang terasa.

Tuesday, January 17, 2012
Tahu...Mesti Usaha
Pagi tadi baru tahu lepas sekolah ada taklimat.
Masa taklimat, Tuan Pengetua umum cuti TBC adalah seminggu. Yeayyy......
Telefon en suami minta belikan makanan tengahari..
Jadi, tengahari tadi kami berpizza-pizza saja. (tiap kali suruh beli makanan, mesti pizza..pizza..pizza.....haihh)
Malam, bermee-mee pula.
No nasi di rumah kuning hari ni
Boleh kurus ke???
Mega lawak punya soalan. Hehehe abaikan.
nota kaki :
Banyak sebab untuk jadi gemuk.
Nak kurus mesti dengan usaha.

Monday, January 16, 2012
Sehati Sejiwa
Antara kawan-kawan sebilik, saya yang paling awal sampai. Sebaik sampai terus ke ruang belakang iaitu tempat penyimpanan alatan
Saya : Zu, mari le sini kejap (Ada benda nak tunjuk. Rahsia....sebab tu menyorok kat belakang).
Dia pun datang......
Eh....kita pakai baju sama la. kah kah kah ....
Lepas tu bunyi pulak ada orang masuk.
Zu : Kak Dah, mari tengok ni. Tadaaa.... kami bergaya ala ala model 60 an.
Baju sama??? kah kah kah
Kemudian datang pulak seorang lagi kawan. Kami bertiga masih lagi di bahagian belakang.
Kak Dah : Zun, mari tengok ni kejap. Diorang pakai baju sama.
Zun pun datang......
Ehhh....Zun pun pakai baju sama. Kah kah kah.... Nasib baik tak retak bilik.
Tanpa dirancang, tiga daripada empat orang kawan sebilik pakai baju corak sama.
Inilah rupanya baju kami hari ni
Mesti awak pun berkenan. Hehehe
Pesanan Ikhlas Dari Penaja
Amboi mbong.... jangan le berkira sangat....Nampak benar tangkai jering, tahi hidung masin. Kita takkan jadi miskin hanya kerana berkongsi sedikit daripada harta kita dengan orang lain. Percayalah.....Esok esok kalau kita susah, InsyaAllah orang pulak tolong kita. Awak nak rasa ke, masa awak susah nanti, orang biarkan je. Mesti tak nak kan? Jadi, jgn le nak sedekah seringgit dua pun terketar-ketar. Opsss sorry seribu lori.
Sunday, January 15, 2012
Tiap Detik, Tiap Saat Umur Kita Bertambah
PadaMu ya Allah, hamba yang lemah ini memohon
Jadikanlah kehidupanku ini sebagai ladang yang di akhirat kelak bakal ku kutip hasilnya.
Amin.
Hari ni birthday saya
Syoknya..... kalau dapat benda yang boleh disangkut kat bahu tu. .
Sungguh bermata duitan makcik ini. Hehehe
Saturday, January 14, 2012
Sabtu Yang Biasa
Lepas subuh bermalas-malasan atas katil
Makan minum. Nasi goreng, tea o je pun. Takde banda lain ke?
Lipat kain
Iron baju
Kemas rumah.
Gaduh-gaduh berebut remote TV ngan ain.
Kejap tadi jadi guru bahasa arab juga kpd murid tahun 4 itu.
Memang biasa le kan?
Lepas ni nak gi Kota Bharu kejap.
Nak shopping barang-barang
Sekian, entry biasa-biasa dari rumah kuning.
Nasi Goreng Biasa yang dimasak pagi tadi
Friday, January 13, 2012
Entry Tertangguh
Pic 3 Jan lepas. Hari pertama persekolahan 2012.Tahun baru, uniform baru. Azam pun mesti baru. Takmau malas-malas macam tahun lepas. Takmau bergame dan berkartun sampai tak ingat buku. Bila periksa mesti usaha sampai dapat nombor yg cantik-cantik seperti 1, 2 atau 3 bukannya cantik seperti 22, 33 atau pun 44 dan 55.
Makcik ni dah tahun 4. Cepatnya masa berlalu. Dah cerdik sikit. Dah boleh tolong senduk nasi, angkat gelas,angkat pinggan. Dan dah boleh jadi kawan ummi.
Rumah sapa le semak molek ni? Tak kesah...
Rumahku Syurgaku.
Syukur
Sekali pun tidak kaya raya tapi kita tidak papa kedana. Anda yang tengah baca blog ini pun tidak papa kedana juga kan? Kalau papa kedana, mana mungkin anda melayari internet. Mesti telefon takde, komputer takde, laptop pun takde. Makan sedap-sedap pun sudah tentu takde. Jadi, kita semua mesti bersyukur dengan semua nikmat yang kita miliki ini. Syukur dengan hati, syukur dengan lidah dan dengan anggota badan juga. Kecil besar, banyak sikit yang kita miliki, jangan disalahguna, nikmatilah bersama-sama pada jalanNya.
Thursday, January 12, 2012
Bijak......Bijak
Sebaik sahaja menamatkan perbualan telefon dgn en suami yg masih dlm perjalanan balik dari sekolah..
Ain : Ummi, abah sapa mana dah?
Saya : P. Chepa.
Ain : Lepas P. Chepa mana pulak?
Saya : Padang Tembak.
Ain : Lepas Padang Tembak?
Saya : Pulau Belanga.
Ain : Lepas Pulau Belanga?
Saya : Dusun Durian.
Ain : Lepas Dusun Durian?
Saya : Tak tahu eh......
Ain : Lepas Dusun Durian, rumah kita. Lepas rumah kita makan nasi. Lepas makan nasi, tidur. Hehehe
Nota kaki : macamana nak tidur. Ummi ada sebukit kain kotor yg perlu dibasuh dan sebukit kain bersih yg perlu dilipat.

Mahu Tanya Sekali Lagi
Bolehkah
Merendah diri ketika berkedudukan tinggi,
Memaafkan ketika berdaya membalas,
Adil ketika kuat?
Apa?
Boleh?
Alhamdulillah
Wednesday, January 11, 2012
Buat Yang Betul Betul-Betul
Kadang-kadang kita (makcik la ni) tahu benda tu tak perlu /takyah beli tapi selepas begitu begini, lastnya terbeli jugak. Mungkin masa tu nafsu dapat kawal akal. Bukan mungkin le ya dak.... memang nafsu yang jadi raja masa tu. Seminggu atau sebulan lepas tu mulalah menyesal. Masa nak beli dulu, punyalah teringin. Nak gunalah konon-kononnya. Pastu berdebu je kat mana-mana, membazir.. Kalau itu yang terakhir, OK lagi. Masalahnya berulangkali terjadi dan berulang kali menyesal. Memang tak patut. Eh...tajuk lain, isi lain.
OKlah, yang makcik nak cakap di sini, mengetahui perkara yang salah tidak memadai jika kita tidak melakukan perkara yang betul. Sepatutnya bila kita tahu benda tu salah, kita takyah le buat. Ni tahu salah tapi buat jugak. Banyak lagi perkara baik yang boleh kita buat cik kak oii.
Sekian.

Tuesday, January 10, 2012
Dapat RM12,000.00 Yeayyyyy
pengirim
Syarikat POWER ROOT SDN.BHD
No Sim-Card CelCom anda
t'pilih berjaya
MENANGI
RM12,000.00
No Siri 773123
Sila call office;
014'855'8***
HJ.MOHD RAZAK
Begitulah SMS yang makcik terima tengahari tadi.
Kejap, nak berangan beli kasut.... hbag..... sofa.......
Sampainya hati.... power root konon
OK, Assalamualaikum.

Sunday, January 8, 2012
Tak Kira....Janji Ada N3
Hari ni lepas kelas ada meeting. Dalam perjalanan balik rumah dalam pukul 3 lebih, singgah pasar. Beli ikan, sotong dan ayam. Sampai rumah, lepas solat terus bersilat di dapur, masak. Taknak Ain cakap : Ummi, rasanya dah lama ummi tak masak. Hehehe. Lepas masak, mestilah makan. Pastu rehat Pukul 5 lebih, basuh dan sidai kain le pulak. Seterusnya siapkan rencah untuk masak bekal budak darjah empat yang beria-ia nak berbekal gi sekolah. Pagi esok senang...masukkan dlm kuali je Sebelum maghrib, iron kain baju. Malam, ngaji dan acara bebas.11.30 tidur.
Friday, January 6, 2012
Sayangi Diri
Budget jadi master chef M'sia. Boleh?
Tuesday, January 3, 2012
Sungguh Tak sampai Hati
Hari pertama buka sekolah dah MC.
Dah sensorang dok di rumah, makcik tidur je.
Tidur sekejap terjaga, tidur lagi. Begitulah entah berapa kali tidur dan berapa kali jaga.
Dan tiap kali tidur tu macam-macam makcik mimpi.
Kejap tadi, mimpi makcik sambung belajar di Univ. Makcik je sambung belajar tapi ngan Ain dan abahnya sekali dok di asrama. Tengah syok bersembang dgn kawan-kawan seasrama, tiba-tiba telefon berbunyi.
Dan makcik terjaga.

Monday, January 2, 2012
Bila Sedikit Nikmat Ditarik
Kelmarin..... masih boleh tahan.
Malam tadi......tegak, ke kiri, ke kanan, atas lantai, atas bantal
Semuanya sakittt
Rasa nak merangkak masuk bilik air
Sudahnya berisyak dan bersubuh atas kerusi
Uwaaaa...........
Malam tadi......tegak, ke kiri, ke kanan, atas lantai, atas bantal
Semuanya sakittt
Rasa nak merangkak masuk bilik air
Sudahnya berisyak dan bersubuh atas kerusi
Uwaaaa...........
Sunday, January 1, 2012
N3 Sulung 2012
Beberapa hari lepas.
Ain : Abah, bakpo tak citer-citer dale blog abah kita gi jale-jale makae angin tuh?
Abah : Pade Ain nge ummi je citer benda-benda gitu..
Ain : Emmm ummi...dia buat karangan.
Ummi : OOO....... ikut ummi le, blog ummi
9.00 pagi 1/1/2012
neng...neng...neng (bunyi telefon)
Saya angkat. Hello. aaa.... Kak Dah.
Kak Dah : Eh... meeting la hari ni.
Saya : Meeting gapo?
Kurikulum.
Saya tak terlibat meeting kurikulum.
OOO.......
Dan sepanjang perbualan dua tiga patah itu saya dpt dengar dgn jelas orang tengah bercakap menggunakan pembesar suara.
T kasih kepada kawan-kawan yang sentiasa mengingatkan bila saya terlupa.
Masih macam karangan? Sudah tentu tidak...... hehehe

Subscribe to:
Posts (Atom)