Friday, January 20, 2012

Memang Nak Bijak

Assalamualaikum....Dah Jumaat.
Makcik nak membebel kejap. Ringkas je. Hehehe
Bijak......Semua orang nak jadi bijak.Kalau boleh kita nak semua anak pinak, saudara mara  dan rakan taulan kita bijak semuanya. Bagus... satu harapan dan doa yang baik. Bila dah bijak, mudah-mudahan  ianya dapat digunakan untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan negara dengan meletakkan agama di tempat yang paling utama. Tapi sayugia diingat, penyalahgunaan kebijaksanaan  boleh mendtgkan penderitaan yang bukan sedikit.Yelah kan.... kesan kejahatan yang dilakukan si bodoh tidak sehebat  kesan kejahatan yang dilakukan sang bijak pandai.

Jadi, tolong titik beratkan pendidikan agama kpd anak-anak kita..
 Selamat berkenduri kendara.

10 comments:

Kakcik Seroja said...

Tanpa iman di dada, kebijakan mungkin menjadi satu senjata yang bahaya...

Rumah Kuning said...

Kakcik Seroja,
betul tu. orang bijak tak curi mempelam muda tepi rumah tapi diorang curi duit dlm akaun bank.hehehe

Munnafendy said...

betul yg penting agamanya dulu,bijak urusan dunia saja pun xbleh gk

QueeN TerataI said...

perlu bijak dalam segala hal di dunia dan akhirat...

rumah kuning said...

munnafendy,
a'aa... dua2 sama penting utk bahagia dunia akhirat.

rumah kuning said...

queen teratai,
betul. dan ianya perlu kesungguhan yg bukan sedikit.

Alin Marlini said...

mudah-mudahan bijak yang sempurna

rumah kuning said...

alin marlini,
t kasih singgah. begitulah hendaknya

Anak Wak Mail said...

didikan agama memang penting,,dan perlu diterapkan sejak anak kecil lagi,,ibubapa juga perlu memberi contoh yang baik kepada anak-anak..i.Allah..;)

Rumah Kuning said...

anak wak mail,
betul tu.perlu diambil perhatian oleh i/bapa,pengajaran dgn perbuatan lebih berkesan dari pengajaran dengan ucapan.