Semoga tautan kasih antara kita kekal selamanya dan diberkati Yang Maha Esa.
Sunday, April 29, 2012
Friday, April 27, 2012
Kembali Semula
Lebih seminggu takde en3. Kalau jiwa tak tenang, benda yang wajib pun tak jadi khusyuk. Apatah lagi benda yang tak wajib. Langsung takde mood nak buat. Biasa le... hidup ni tak boleh lari dari sedikit sebanyak masalah. Kadang-kadang bila kita tak suka buat sesuatu benda, dah rasa macam masalah. Hehehe takde apa pun. Tutup cerita.
Minggu lepas Sabtu pun sekolah. Lagi le macam tepu je kepala otak. Betul le....sampaikan bila pergi cari barang yg kita suka pun semua tak berkenan. . Lastnya terbeli mainan kat bawah. Pandai sungguh si Ain memujuk.
Minggu lepas jugak ada berita yang tak berapa seronok didengar. Perancangan ke Jordan pada cuti sekolah nanti terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan. Belum ada rezeki untuk menjejak kaki di bumi Jordan nampaknya. Kita merancang tapi Allah yang tentukan. Jadi, dari KL InsyaAllah kami akan terus ke Jeddah, Madinah dan Makkah tanpa singgah Jordan. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Amin.
Di sekolah, rakan-rakan guru tengah bertungkus lumus (hehe bertungkus lumus ke?) menyiapkan kertas soalan untuk periksa pertengahan tahun. Kalau tahun-tahun lepas soalan dibeli tapi tahun ini tidak lagi.Mesti bikin sendiri buk. Saya? Dah siap..... Alhamdulillah. Kepada murid-murid yang baca blog ini, periksa dah dekat. Baca buku!!!!
Malam tadi singgah Matta Fair di KB Mall. Kerja ambil je pamplet yang dihulur. tapi takde satu pun yang tersangkut. Makcik rasa macam tak murah pun.
OK lah.... selamat berhari jumaat.
Ada orang tu hari jumaat n sabtu pun kena kursus.

Wednesday, April 18, 2012
Cerita Stokin
Pagi tadi
Ain hanya jumpa sebelah stokin dalam almarinya.
Biasa le benda kecil.
Sebelum keluar rumah, kami selongkar kain yang belum berlipat untuk mencari stokin.
Dalam samar-samar dek mentol lampu yang terbakar saya jumpa sebelah stokin.
Dah tahu, mesti stokin abahnya.Isteri mithali... sentuh je dah kenal. hehehe
Tapi makcik hulurkan jugak kepada si budak tahun 4 itu.
Tak sangka dia pun kenal. "Ini stokin abah"
"Takpelah... hitam jugak. Pakai je lah"
Kami pun keluar rumah dengan budak tahun 4 membawa kasut dan stokin di tangan.
Biasa le...pakai stokin dan kasut dalam kereta. Jimat masa.
Tiba-tiba..... " Ummi!!! stokin abah ni berbelang-belang"
Rasa nak ketawa guling-guling.
Tapi terpaksa le tahan....
Dibuatnya orang tu tak nak pakai dan suruh pusing balik. Tak ke haru...
" Takpe lah...dalam kasut...orang tak nampak pun".
Ni nampak belang-belang kat betis"
"Kalau Ain tak selak, tak nampak...."
Dalam hati...kah...kah...kah....
Sampai sekolah, nasib baik dia nak turun.
Selamat....

Friday, April 13, 2012
Jom ..Melawat Kelantan
Hari ni tak jadi nak jln2 ke Trengganu. Jadi, esok saya nak jadi macam orang luar yang datang melawat Kelantan. Nak jalan-jalan, makan-makan. Mesti makan -makan sebab makanan kat sini murah. Pastu nak pergi kb mall, pantai timur, parkson. Yeayy mesti ada acara beli-beli barang macam rugiii kalau tak beli. Dah datang jauh-jauh, takkan tak bawa balik buah tangan. Lagipun dua tahun lagi baru datang balik. Syok wei.... handbag atas parkson byk pilihan. Hehehe... Tapikan... orang melawat kelantan naik supermarket ke? Rasanya diorang naik pasar siti khadijah beli keropok, beli serunding dan yang seangkatan dengannya. Alaa...esok tak naik pasar Siti Khadijah pun takpe. Makcik tak kesah. Yang penting Parkson depan pasar tuh.
Lepas jalan-jalan, beli-beli barang tu, kalau masuk restoran syam pun best gak. hehehe
Lepas jalan-jalan, beli-beli barang tu, kalau masuk restoran syam pun best gak. hehehe
Tidur Mesti Cukup
Malam tadi ada program kat sekolah. Makcik bersama seorang lagi kawan diminta mengawal kanak-kanak ribenna peserta program. Senang cakap, makcik kena tidur kat sekolah malam tadi. Bila dah tidur beramai-ramai tu, macam biasa le, seksa nak memaksa supaya diorang tidur. Asyik bersembang sampai lewat malam. Tak pasal-pasal dengan makcik-makcik tidur lewat.
Dan pagi ni, sedapnya makcik tidur. Hingga tertangguh program kami nak ke Trengganu.
Dan pagi ni, sedapnya makcik tidur. Hingga tertangguh program kami nak ke Trengganu.
Wednesday, April 11, 2012
Lala Oh Lala, Dimana Dikau?
Pagi tadi, saya gi Maiden, KK semata-mata nak cari lala. Satu-satunya tempat di negeri Kelantan yang saya pernah jumpa lala ni. Lain-lain tempat tak pernah jumpa.
Kepah macam kat bawah ni memang banyak kat sini tapi rasanya. agak kurang jika dibanding dengan lala idaman hati..Masa dok Perak dulu, boleh je beli lala kat pasar pagi /pasar malam. Sedappp... .Aiyaaa.... Asyik sedap sesaja...ini macam,bila mau kurus?
Sambung cerita, masuk-masuk Maiden terus mencari lala. Macam mengidam je kan. Hehehe. Tapi kan...Sedih...takde lala weh. Yang ada hanyalah siput ni.
Siput ke ni? Siput bagi saya, yang boleh sedut-sedut je. Yang ni tak leh sedut. en suami cakap namanya siput sudu. Dia pernah makan tapi makcik idak le penoh makan lagi seumur hidup. Jadi, dek kempunan tak jumpa lala, makcik beli le jugak siput sudu nih. Balik rumah, terus goreng. Tumis bawang putih, bawang merah, lada, pastu ketuk serai, campak je dalam tuh. Selesai. Eh, bila masa masukkan siput tuh? Pandai-pandailah ya. Rasa? Takleh lawan lala. Nak lala jugak.
OK lah, Selamat Bercuti.
Tuesday, April 10, 2012
Kita Berbeza
Kadang-kadang apa yang kita suka, orang tak suka.
Orang suka, kita pula tak suka.
Kita tak boleh paksa orang, orang pun tak boleh paksa kita.
Kita boleh jadi kita, tapi kita tak boleh jadikan orang seperti kita
Orang juga tak boleh jadikan kita seperti kehendaknya.
Jadi...jangan paksa-paksa.

Sunday, April 8, 2012
Jangan Ganggu Orang, Buat Kerja Kita
Sekeliling kita
Ada yang suka mengata.
Ada yang sinis bila berbicara.
Cakap tidak bertapis banyak juga.
Ada yang kerja sedikit pun mesti berkira.
Yang kaki komplen pula tak kira lokasi dan masa.
Jadi, untuk hidup yang ceria, takyah le nak ambil kira, berkecil hati dalam semua perkara.
Yang penting jangan ganggu orang, buat kerja kita.

Keluar Masuk Perkara Biasa
Ada yang isi borang/minta pindah dan ada yang minta masuk. Ada juga yang dipindah dan ada yang dibawa masuk.Fenomena biasa bagi cikgu-cikgu seperti saya. Berhampiran sekolah saya, ada dua buah sekolah menengah baru dibuka. Jadi, terdapat beberapa orang guru yang dipindahkan ke dua sekolah tersebut. Ada yang suka dan ada yang tak berapa suka. Bagi saya sendiri, jika diberi pilihan saya taknak lagi berpindah kemana-mana sekolah lain. Tapi kalau dipindahkan, nak buat macamana. Saya menurut perintah. Eh...taksir!!!! Malas nak sesuaikan diri di tempat baru, suasana baru.
Alasan yang takde markah. Hehehe
Alasan yang takde markah. Hehehe
Friday, April 6, 2012
Jangan Makan Banyak, Nanti Gemuk
tajuk en3 tak sedap langsung. hehehe
Thursday, April 5, 2012
Kenapa Saya Suka Hari Ni?
Lepas sekolah tadi, makcik ikut kawan-kawan ke restoran Syam. Ada jamuan sikit. Dan tadi makcik terambik gambar sekeping dua. Dapat le buat modal nak menunjuk kat makcik tuh yang makcik nih makan sedap-sedap harini. Hehehe tak patut...tak patut.. Tapi hari ni makcik tak minum ciku ais.Ciku ais tu kita minum bersama ya. Makcik sana belanja. Hehehe makcik sini tunggu tau.
makan...makan ...makan
Biasanya kami makan tiga beranak tapi tadi kami mkan ramai-ramai.
Seronok sambil bercerita macam-macam.
Biasanya kami makan tiga beranak tapi tadi kami mkan ramai-ramai.
Seronok sambil bercerita macam-macam.
Wednesday, April 4, 2012
Istimewa di Tasik Raban
Sepanjang ulang alik dari Kelantan ke Perak atau sebaliknya, kami jarang melepaskan peluang untuk singgah di tasik Raban. Mendapatkan ikan pekasam yang enak dan menikmati ikan bakar dan lauk kampung yang memang menjilat jari. Masa mengajar di Perak dulu, biasanya 2 minggu sekali, kami balik kampung. Jadi, tuanpunya restoran tu dah kenal dan acapkali jugak kami dapat makan free. Al Fatihah untuk bekas tuan punya restoran tersebut yg telah kembali ke rahmatullah beberapa tahun lepas. Sekarang, bila sekali sekala mengunjungi negeri Perak, kami masih setia dengan restoran tersebut. Masih menyengat walaupun saya sudah tidak kenal siapa pemiliknya sekarang.
lala masak lemak, ikan bakar dan ulam. sedappp....
tapi saya tak suka pinggan besi tu.
tapi saya tak suka pinggan besi tu.
Tuesday, April 3, 2012
Bukan Tidak Berusaha
Bila dah usaha tapi Allah masih tak izinkan, tak makbulkan, redhalah dengan ketentuanNya. Lapangkan dada dan usah bersedih dengan kekurangan diri. Percayalah perancangan dan ketentuanNya adalah yang terbaik untuk kita.
Cukuplah Allah sebagai tempat bergantung. Cukuplah....
Cukuplah Allah sebagai tempat bergantung. Cukuplah....
Subscribe to:
Posts (Atom)