Wednesday, April 11, 2012

Lala Oh Lala, Dimana Dikau?

 Pagi tadi, saya gi Maiden, KK semata-mata nak cari lala. Satu-satunya tempat di negeri Kelantan yang saya pernah jumpa lala ni. Lain-lain tempat tak pernah jumpa.


Kepah macam kat bawah ni memang banyak kat sini tapi rasanya. agak kurang jika dibanding dengan lala idaman hati..Masa dok Perak dulu, boleh je beli lala kat pasar pagi /pasar malam. Sedappp... .Aiyaaa.... Asyik sedap sesaja...ini macam,bila mau kurus?


Sambung cerita, masuk-masuk Maiden terus mencari lala. Macam mengidam je kan. Hehehe. Tapi kan...Sedih...takde lala weh. Yang ada hanyalah siput ni.

Siput ke ni? Siput bagi saya, yang boleh sedut-sedut je. Yang ni tak leh sedut. en suami cakap namanya siput sudu. Dia pernah makan tapi makcik idak le penoh makan lagi seumur hidup. Jadi, dek kempunan tak jumpa lala, makcik beli le jugak siput sudu nih. Balik rumah, terus goreng. Tumis bawang putih, bawang merah, lada, pastu ketuk serai, campak je dalam tuh. Selesai. Eh, bila masa masukkan siput tuh? Pandai-pandailah ya. Rasa? Takleh lawan lala. Nak lala jugak.

OK lah, Selamat Bercuti.





8 comments:

Ibuhani said...

kepah n lala tu mmg fav kami tp yg panjang2 tu ada org panggil pahat. Pahat tu x pernah makan lg....sdap ke?

Rumah Kuning said...

ibuhani,
sedap jugak tapi lala lg sedap.

Marya Yusof said...

Betul, yg panjang2 tu org panggil pahat... Pernah jumpa kat sini tp xpernah nak cuba masak..huhuu... Saya suka lala, sodap...adus kecur ayaq liuq!

Rumah Kuning said...

marya,
betul le tu. dah dua orang cakap namanya pahat. kat peru pun ada ya.

~::Chenta::~ said...

uuuuhhh sedapnya ..
n bykkkk kolestrol!!
hik hik hik


Fav Chenta!

Rumah Kuning said...

chenta,
kolestrol belakang kira. hehehe sedap punya pasal...makan.

Irfa said...

pepahat oghe sini panggil,,tp tak suka..sbb rasa geli ;)

Rumah Kuning said...

irfa,
geli mungkin sbb bentuk dia yg panjang tu.