Wednesday, April 4, 2012

Istimewa di Tasik Raban

Sepanjang ulang alik dari Kelantan ke Perak atau sebaliknya, kami jarang melepaskan peluang untuk singgah di tasik Raban. Mendapatkan ikan pekasam yang enak dan menikmati ikan bakar dan lauk kampung yang memang menjilat jari. Masa mengajar di Perak  dulu, biasanya 2 minggu sekali, kami balik kampung. Jadi, tuanpunya restoran tu dah kenal dan acapkali jugak kami dapat makan free. Al Fatihah untuk bekas tuan punya restoran tersebut yg telah kembali ke rahmatullah beberapa tahun lepas. Sekarang, bila sekali sekala mengunjungi negeri Perak, kami masih setia dengan restoran tersebut. Masih menyengat walaupun saya sudah tidak kenal siapa pemiliknya sekarang.
lala masak lemak, ikan bakar dan ulam. sedappp....
tapi saya tak suka pinggan besi tu.

8 comments:

QueeN TerataI said...

Tasik raban ni kat Perak yer? Area mana tu kak?

Rumah Kuning said...

Queen Teratai,
dekat lenggong. best mkn kat situ.sangat byk pilihan dgn lauk pauk kg.

Paragass said...

pernah juga singgah kalau tak silap. masa on the way balik kampung, dari KL-kedah. ikut jalan grik tu. lalu sini laa.. Sedap!

Salam kenal, =D

Ibuhani said...

Masa anak k.ani kt MRSM Lenggong/Chenderoh slalu gak gi tasik raban ni.....lama x gi dh tmpt ni. Mmg sedap makan kt sini.

Rumah Kuning said...

Paragass,
tempat pun luas elok. senang parking. t kasih singgah rumah kuning

Rumah Kuning said...

ibuhani,
tem tu memang disukai ramai. memang berbaloi pun singgah. kuat promosi ni. hehehe

Irfa said...

mesti lalu tasik raban bila balik kg nenek cik abe kat Lenggung :)ada satu kali raya balik sana ..tasik tu melimpah..air masuk keta sib baik enjin x mati masuk air

Rumah Kuning said...

irfa,
tak penah pulak lalu masa banjir. nasib baik irfa tak jadi mangsa banjir kat situ. hehehe