Friday, April 13, 2012

Jom ..Melawat Kelantan

Hari ni tak jadi nak jln2 ke Trengganu. Jadi, esok saya nak jadi macam orang luar yang datang melawat Kelantan. Nak jalan-jalan, makan-makan.  Mesti makan -makan sebab makanan kat sini murah. Pastu nak  pergi  kb mall, pantai timur, parkson. Yeayy mesti ada acara beli-beli barang macam rugiii kalau tak beli. Dah datang jauh-jauh, takkan tak bawa balik buah tangan. Lagipun dua tahun lagi baru datang balik. Syok wei.... handbag atas parkson byk pilihan. Hehehe...  Tapikan... orang melawat kelantan naik supermarket ke? Rasanya diorang naik pasar siti khadijah beli keropok, beli serunding dan yang seangkatan dengannya. Alaa...esok tak naik pasar Siti Khadijah pun takpe. Makcik tak kesah. Yang penting Parkson depan pasar tuh.

Lepas jalan-jalan, beli-beli barang tu, kalau masuk restoran syam pun best gak. hehehe



8 comments:

Marya Yusof said...

As salam RK,

Selamat berhujung minggu!

Teringat pergi Kota Bharu last year... Makanan mmg murah2... Byk lak tu... Shopping jgn xshopping! :)

Rumah Kuning said...

jln2, tengok2 pun dah ok. release tension... hehehe

nordee said...

bila la dapat pi Kelantan yer...

Rumah Kuning said...

nordee,
datang jgn tak dtg. hehehe

Rashid said...

Orang melawat kelantan pasti nak beli itu ini. Shooping sakan. orang pompuan lagi le. Rasanya rugi kalau tak pergi pekan rantau panjang ..

Rumah Kuning said...

cikgu rashid,
cukup le berjimba di kb nih. hehehe

Irfa said...

tiap kali kelik klate rasa nak berjalan-jalan tapi tak tehe ngan cuaca panah.huhu..meme nak keno ni,ngada-ngada sangat..macelah duk kat oversea ;)

Rumah Kuning said...

irfa,
lo ni lagi panah ting ting.hehehe