Arakian disebabkan ingin berdating dengan kawan-kawan yang balik bercuti di Kelantan sekarang ni, aku telah menghantar Ain ke rumah mertuaku pada Ahad lepas. Maka berseronoklah aku dgn kawan-kawanku, juga berseronoklah anakku itu dek kerana ramainya kawan-kawan dan orang yang melayannya (adik-adik ipar semua tgh bercuti). Dan pada petangnya masa aku dan suami ingin menjemputnya balik, si Ain tak nak balik. Namun aku dan suami berjaya memujuknya supaya balik dengan janji kami akan menghantarnya semula pada keesokannya untuk bermalam di rumah mertuaku itu.
.
Maka, pada pagi keesokannya si kecil Ain telah menuntut janjinya itu. Janji tetap janji, si bapa telah menghantarnya seawal jam + - 9.00 pagi ke rumah mertuaku. Pada hari tersebut setiap kali suami menalipon ke rumah emaknya, tiap kali juga Ain dengan bangganya memberitahu bahawa dia akan tidur/bermalam di sana. Siap cakap... abah takyah tepon, Ain tak jerrit (menangis)......
.
Pada malamnya, sekali lagi aku menalipon dan bertanya: Ain tak nak balik ke? Dia terus menjawab: Nak balikkk...pagi esok. Dalam hatiku...amboi..betul ke ni?? Takpe lah, aku teruskan aktivitiku seperti biasa, ngadap internet, tengok TV segala. Tapi dalam hati...mesti Ain akan balik jugak malam ni sebab dia tak pernah tidur/bermalam di rumah orang lain tanpa aku dan abahnya.
.
Hampir 12 mlm, tiba-tiba telefon berdering. Di hujung talian terdengar, Ain nak balik. Ain nak tidur di bilik Ain. Suami bergegas ke rumah emaknya dan bila sampai je, Ain "tercongak" depan pintu. Kah kah kah. Siang tadi bukan main lagi. Dah malam baru tahu langit tinggi rendah......
No comments:
Post a Comment