Antara edaran yang dibahagikan kepada guru-guru semasa Mesyuarat Guru pada pagi tadi. Mari sama-sama kita hayati walau siapa pun kita...
Kalau tak jadi pohon cemara,
Jadilah belukar di bawah lembah,
Belukar terbaik di pinggir sungai.
Jadilah hutan,
Kalau tak dapat jadi rimba.
Kalau tak jadi belukar selengkar,
Jadilah rumput sederet.
Kalau tak jadi ikan temoleh,
Jadilah seekor seluang,
Tetapi seluang terlincah di tasik terbentang.
Bukan semua boleh jadi nakhoda,
Sesetengah perlu berbaju kelasi,
Namun setiap tubuh punya kerja,
Mahu pun yang besar atau yang kecil,
Tugas terdekat, tugas segera.
Kalau tak jadi jalanraya,
Jadilah sekerat lorong.
Kalau tak boleh menjadi mentari,
Jadilah sebutir bintang.
Besar kecil bukan ukuran gagal jaya,
Tapi jadilah yang terbaik dalam segalanya.
2 comments:
salam pagi senin cikgu itu..
Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Tuhan maha bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekurangan. Kenalilah kelemahan dan ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita menemukan kekuatan kita.
Post a Comment