Saturday, December 29, 2007

Luar Jangkaan?

Kring, kring, kring....Hello, Awak tahu dak... cermin depan kereta saya pecah. Dah le kereta tu baru beli. Eee geramnye. Aku tengok dah tadi, takdak pun buah nyiur yang tua. Semua muda-muda, hijau lagi. Eee, tak sangka pulak boleh gugur berdebum atas kereta aku. Betul-betul atas cermin tu. Dah le takdak bonus, melayang pulak RM aku. Takpe lah, bye.
.
Tidak dapat kita nafikan kadangkala buah kelapa yang masih muda hatta masih kecil sekali pun, akan gugur ke bumi walaupun tanpa ribut dan angin kencang. Begitu jugalah dengan kehidupan kita di atas muka bumi milik Allah ini. Kematian akan mengundang sesiapa saja antara kita sama ada kita berpenyakit mahu pun tidak, sama ada tua atau pun masih muda belia.
.
Kita mungkin pernah dikejutkan dengan berita-berita ahli keluarga atau kenalan kita mati secara mengejut. Dan tidak mustahil suatu hari nanti topik utamanya adalah mengenai kematian kita. Saya atau anda atau dia.... Justeru, sebagai insan biasa yang tidak terlepas daripada melakukan dosa, marilah kita bersiap sedia dengan segera bertaubat, memperbanyakkan amal ibadat, sedekah jariah dan seumpamanya yang memungkinkan kita ditempatkan di syurga yang penuh nikmat di akhirat kelak.
.
Sebenarnya kita cukup bertuah kerana tidak perlu bergadai nyawa dan harta untuk beribadat dan beramal sebagaimana Bilal, Sumaiyah dan para sahabat yang dipukul, dipalu hanya kerana mentaati Allah yang maha esa. Dibumi merdeka ini, kita masih bebas mengabdikan diri kepada Allah tanpa kekangan dan halangan.
.
Tepuk dada tanya iman...

5 comments:

Anonymous said...

ajal dan maut di tgn tuhan cikgu..

kita ajelah kena bersiap sedia,x kira muda atau tua..

Rumah Kuning said...

Itulah yg seelok-eloknya...

Orked said...

Dak takdir..kan..mcm seketul batu yg kecil, selalu terpelanting dari lori. kalau kita ikut terlalu rapat boleh kena cermin, pecah juga. Saya pernah mengalaminya.

Rumah Kuning said...

Cermin kereta saya pun pernah pecah sbb terkena batu kecil dari lori.

PUTRAGABAN said...

saya suka baca n3 buah kelapa ni. Bermula dengan kelapa muda (putik) gugur, dan berkesudahan dengan usia manusia. Ajal maut di tangan Tuhan tak kira usia, tua atau muda.

Syabas... Walaupun budin suka buat cerita karut tapi ada rahsia disebalik cerita. Dan suka baca en3 yang macam ni....