Friday, February 29, 2008

Jom kita...

Membetulkan yang biasa
Membiasakan yang betul
.
.
(Antara kata-kata Pn. Pengetua SMK Panji
yang menarik perhatian saya
pada majlis penutup Bulan Disiplin 2008 pagi tadi)

Terimakasih Daun Keladi



Terimakasih untuk Kak Jie kerana anugerah ini.

Thursday, February 28, 2008

Hujan Rahmat

Sejak bendera dan poster berlumba-lumba memanjat tiang di seluruh pelusuk bandar dan kampung akhir-akhir ini, boleh dikatakan setiap hari hujan turun di kg saya. Walaupun turunnya tidak menentu, kadang-kadang malam, kadang siang, kadang-kadang pagi, kadang-kadang petang, namun turunnya hujan pada musim yang biasanya kering kontang ini bukan saja menyuburkan pokok, tetapi juga menyejukkan banyak perkara di musim yang biasanya berganda-ganda panasnya ini.
.
Kalau disana-sini kedengaran percakapan atau ucapan yang berapi-api daripada orang-orang besar sehinggalah kepada orang-orang kecik, harapan saya semoga hujan ini (wuduk lagi mujarab) akan menyejukkan hati-hati yang kepanasan itu.
.
P.S : Please...Jgn bersengketa antara kita

Tuesday, February 26, 2008

Salahkah Saya?

Semua kenalkan?? Benda yang bawah tu menjadi ranggup tertanggal dari tempat yang sepatutnya. Nak kena lekat balik ke?? Setakat ni saya simpan je. Kalau ada polis/JPJ yang tahan, akan ku tunjukkan kepadanya. Hehehe

Sunday, February 24, 2008

Cikgu Panji Menang

Pertama sekali (gaya sambil membetul microfon atas pentas) terimakasih kepada penganjur, Cik Kelat , para juri iaitu Cik Kelat, Cik Kelat dan ketua juri Cik Kelat kerana memilih saya sebagai pemenang Pertandingan Pengujian Minda yang julung-julung kali diadakan ini. Saya amat terharu dengan kemenangan ini dan sekali lagi terimakasih untuk semua.

Saturday, February 23, 2008

Kenapa ber'blog'??

Malam tadi cikgu panji dapat tahu seorang anak saudara yang tengah belajar di Plymouth, telah memiliki blog sendiri. Sebelum ni cikgu panji hanya mengunjungi friendster miliknya ( dan friendster milik k nor juga, en me5in juga). Cikgu panji mengambil sebahagian dari entry pertamanya untuk dikongsi bersama di sini. ( Kredit untuk anak saudaraku Paihz )

Why do I blog?

1. The environmental influences? A lot of people around me
have their own blog/s. Ayah Su, Ciksu, friends and even
my 5 years old cousin has her own blog. Amazing isn’t it?

2. 70% of my life evolve around the Internet. For your info,
my computer is just a few inches from my bed, either I
look at it or the computer itself looks at me. So, why
don’t I start blogging? Some might say that I should get a
‘real life’! (meaning mix with others, involve in outdoors
activities ect). Yeah, my other life is the remaining 30%.
It is more than enough, I guess.. huhuhu..

3. Some of my friends gave special request upon me on
writing something beneficial to others. Actually, I’ve been
thinking about this idea for quite a long time. How
can I give benefits to others if I can’t even mind my own
business. Then, I came out with this idea, writing about
my own monologue (see my blog’s title) and at the same
time giving knowledge input to others..

4. I can do the dakwah in my own way. Narrated ‘Abdullah
bin ‘Amr: The Prophet said, “Convey (my teachings) to
the people even if it were a single sentence,and tell others
the stories of Bani Israel (which have been taught to you),
for it is not sinful to do so. And whoever tells a lie on me
intentionally, will surely take his place in the (Hell) Fire.
”(Sahih bukhari. Volume 4, Book 56, Number 667:).

5. Practise my skills (inter/intrapersonel, language, writing,
ect.). Hopefully.. If you find anything which may be wrong,
ambiguous, and ect. in term of facts, ideas, grammar,
language used.. feel free to give the positive and negative
comment(s). Hopefully, I can become competence improve
myself from time to time.

6. Sharing is caring.

7. Make friends. Why not?

.
Sebenarnya Cikgu Panji pun selalu terfikir, untuk apa cikgu panji menghabiskan masa dan tenaga(sebenarnya sejak menerjunkan diri ke dunia blog ini, tiada hari berlalu tanpa blog...kecuali talian bermasalah atau cikgu panji sendiri bermasalah. Hehehe) menggodek blog yang entah apa-apa ini.
.
Yang pasti, kepuasan berada di dunia blogging ini sukar untuk digambar dan ditulis dengan kata-kata. Di sini cikgu panji mengenali ramai sahabat yang sentiasa memberi nasihat, peransang, doa dan sebagainya bila sahabat-sahabat blogger menghadapi sebarang masalah.Di sini cikgu panji berkawan, bercerita,meluahkan perasaan, berkongsi minat, berkongsi ilmu (hatta cara memasak maggi),menambah pengetahuan dan macam-macam termasuk merelease tension.( Tapi belum lagi menjadikan blog sebagai tempat menambahkan pendapatan seperti suami).
.
Cikgu Panji amat bersyukur mengenali Kak Jie(ini cikgu saya...byk ilmu yg c panji terima dari kak jie), Combi, Norz, Angriani, Kak G, Kelat, Ab. Budin, Kak Long Zura, Eya Ahmad, Mama Ranggie, Toknabe, Pokcik a.k.a Zouls, Abqary, Arsaili, Uncle J, Abang Long, Cikscarlet, Cikgu Saril, Ahmad, Ira, Eriyza, Lawa dan semua yang sentiasa menceria dan mengunjungi blog ini sama ada dengan meninggalkan jejak atau tidak.
.
Ketahuilah, Cikgu panji amat menghargai persahabatan ini dan jutaan terimakasih untuk semua.


.
P.S - Nak tahu siapa yg memperkenalkan c panji ngan dunia blogging ni?? Di lain siaran le pulak.. (Mcm le ada orang yg kisahhh) Takpe, ini blog saya. Terpulangle, saya nak buat apa....hehehe

Online dimana-mana











Dimana-mana pun boleh online.Seronoknyeee
TQ...TQ

Friday, February 22, 2008

Kisah Benar

Beberapa minggu lepas, ada seorang mamat berurus niaga secara online dengan suami cikgu panji (SCP). Mamat ini pada mulanya menghubungi SCP untuk membeli satu barang yang diiklankan di blog SCP. Jadi, bila mamat ini memasukkan duit ke dalam akaun, maka barang tersebut pun segera diposkan ke alamatnya. Dan seperti biasa, keesokannya barang tersebut telah sampai ke tangan mamat tadi.
.
Nak dijadikan cerita, tiga / empat hari selepas itu, mamat tersebut kembali menghubungi SCP mengadu bahawa dia kesuntukan wang. Jadi, dia ingin memulangkan balik barang yang dibeli itu kepada SCP walau pun menurutnya dia teramat sayang dengan barang tersebut. Dia meminta SCP memasukkan balik duit bayaran barang tersebut ke akaunnya dan dia berjanji akan menghantar /pos balik barang yang telah dibeli kepada SCP.
.
Tanpa berlengah, SCP telah memasukkan semula bayaran barang tersebut ke dalam akaun mamat tadi.Tapi.... nama pemilik akaun adalah berlainan dengan nama yang diberitahu sewaktu awal perkenalan. Lalu SCP disahkan oleh mamat tadi bahawa nama tersebut adalah dirinya yang sebenar. Maka, curiga kembali hilang.
.
Selepas urusan tersebut, rakyat malaysia cuti umum dan mamat tadi berjanji akan menghantar /pos barang tersebut bila cuti umum berakhir.
.
Nak dijadikan cerita, mamat ini telah menghubungi kembali SCP kerana ingin menjual satu barang yang kononnya amat disayangi. Alasannya, dia terlalu kesempitan kerana isterinya sakit dan dimasukkan ke hospital. Menurut mamat ini, dia memerlukan wang untuk bayaran bil hospital isterinya. Mulanya SCP enggan membeli barang tersebut kerana tidak mengetahui bentuk dan keadaan barang yang nak dijual. Tetapi setelah berderet-deret SMS dihantar dengan tawaran harga yang amat istimewa dan memikirkan mamat ini dalam kesempitan/kesusahan, maka sekali lagi SCP telah memasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya. Mamat ini telah berjanji untuk menghantar barang yang dibeli SCP ini bersama barang pertama tadi.
.
Selepas itu, bermulalah penantian SCP dari sehari ke sehari untuk mendapatkan dua barang tersebut. Penantian tersebut nampaknya masih berterusan hinggalah kini. Acapkali,bila dihubungi, mamat ini amat liat untuk menjawab. Bila dijawab, alasannya sibuk dan tak sempat untuk menghantar barang-barang tersebut. Sebenarnya, SCP seakan sudah berputus harap untuk mendapatkan barang-barang tersebut. Secara logiknya, takkanlah setelah berminggu-minggu, mamat ini masih tidak dapat meluangkan sedikit masa untuk ke pejabat pos bagi menghantar barang-barang tersebut kepada SCP. Memang tidak masuk akal langsung.
.
Setakat hari ini, barang SCP diperolehi oleh mamat ini secara free ( bayar dulu,pastu minta duit balik ). Duit SCP juga diperolehi oleh mamat ini dengan tidak menghantar barang yang dijanji. Licik....licik. Kesian SCP. Barang lebuhh, wang lesap....
Tapi mamat itu lagi kesian. Barang dan duit yang diperolehi tidak seberapa tapi memikul dosa sampai bila-bila.

P.S : Rilex..rilex...Allah nak uji le tu... tambah lagi pahala kita.

Thursday, February 21, 2008

Award Dari Eya




Terimakasih untuk eya kerana mengingati cikgu panji.
Sesungguhnya saya amat menghargai anugerah ini.

Monday, February 18, 2008

Hatiku Berbunga

Sekarang ni kan musim panas. So bungaku bertaburan
di kelopak hati. Ala...biasa le, bunga kertas.
Amat cantik bila tiba musim kontang begini.
Sukanyaa... Tengok le sendiri....










Friday, February 15, 2008

Sentuhan Nurani 1/2008

PROGRAM SENTUHAN NURANI 1 / 2008
Tarikh : 14 - 15 Feb 2008
Tempat : SMK Panji
Peserta : Pelajar Perempuan 5 SN, 5KJ, 5A dan 5B
Para peserta bersama ahli PERKIM


Makan Malam


Halaqah al Quran

Antara aktiviti lain yang diadakan ialah praktikal wuduk,
bengkel solat dan Qiamullail.
Semoga para pelajar mendapat manfaat daripada program tersebut.
Terima kasih di atas kerjasama pihak PERKIM.



Special Award

Terima kasih yg tidak terhingga
untuk chef selebriti 'pemes' Norzailina Nordin
kerana anugerah ini.

Wednesday, February 13, 2008

Kenapa ni?

MySpace Smiley Sign Generator

Apa masalah problemnye??
Banyak lampu dan rakan2 nya kat umah teman ni tak berkaran.
Uwaa... Nasib baik ada gak lampu yang menyala.
Kalu dak mesti ore kata ambo tak bayar bil.

Monday, February 11, 2008

Saturday, February 9, 2008

Dapat Award Lagi..


Terima kasih yang tidak terhingga saya dedikasikan untuk Pokcik a.k.a Zouls kerana pemberian muga ni. Nampaknya bertambahlah award dalam almari Cikgu Panji. Sekali lagi terima kasih. Sekarang saya nak serahkan pula award ni kpd :
Cikgu Saril
Mamaranggie
Eya
Amirahsyuhada

Kesian awak....







Masih layak lagi ke untuk dipanggil bonsai kalau dah berserabut 'kucabara' macam ni? Uwaa...kesian awak. Bila agaknya tuan awak yang sibuk tu dapat luangkan masa untuk make up rupa awak dan rakan-rakan.
Tunggu je la........





Apa Nak Jadi??

Saya rasa semua orang Islam mengetahui kewajipan menunaikan Solat Jumaat. Jadi, setiap Jumaat sama ada suka atau tidak, setiap umat Islam yang cukup syaratnya berkewajipan menunaikan solat Jumaat. Apa yang menyedihkan ramai diantara para jemaah yang tidak menjaga adab semasa menghadirkan diri ke masjid pada hari ini.
.
Terdapat segelintir para jemaah yang bersembang di luar masjid walaupun ketika khutbah sedang dibaca. Biasanya kumpulan ini akan memasuki masjid bila imam mengangkat takbir dan mulut mereka akan berhenti bercakap bila mereka sendiri mengangkat takbir.
.
Pernah saya melihat kumpulan remaja belasan tahun yang hensom berbaju melayu tetapi hanya memenuhkan pondok atau tempat letak kenderaan di kawasan masjid tanpa masuk dan solat di dalam masjid. Bila imam memberi salam, mereka dengan segera menghidupkan motosikal dan memecut balik/keluar dari kawasan masjid.
.
Saya juga diberitahu terdapat Melayu Islam yang bersembang di luar masjid dan hanya berlari memasuki masjid bila imam hampir memberi salam. Apa yang mereka lakukan ialah duduk dan memberi salam bersama para jemaah lain dan terus cabut begitu saja.
.
Sebagai ibu bapa, cuba perhatikan anak-anak lelaki kita yang ke masjid terutamanya pada setiap hari Jumaat. Pastikan mereka solat dengan betul dan bukan hanya ke masjid untuk menyesakkan dada para jemaah lain.



Opss, teringat masa kecik2 dulu. Mak bapak menjeling pun aku adik beradik dah menikus. Budak2 sekarang, mak bapak menjerit keluar anak tekak pun belum tentu mereka patuh (Dgn kata lain, tak deggih)

Friday, February 8, 2008

Gulai Kawah

Menu Utama
Kelmarin sehari suntuk memasak sura, hari ni seharian membantu saudara yang mengadakan kenduri. Esok InsyaAllah "belarok" pula. Meriah....meriah!!!

Thursday, February 7, 2008

Sura lagi

Kacau jgn tak kacau
.
Laman bersantai setiap petang
.
Makan sebelum sambung tugas mengacau
.
Rupanya bila masak




Wednesday, February 6, 2008

Terimalah...

Cikgu Panji ingin menghadiahkan limau-limau ini untuk Uncle J, A. Budin, Abg Long, Arsaili, Toknabe, Cikgu Saril, Tokngah dan semua kawan-kawan yang selalu singgah blog yang tiada apa-apa ini. Limau ni amat istimewa kerana Cikgu Panji petik sendiri di belakang rumah sekejap tadi. Fresh lagi ni...

Tuesday, February 5, 2008

Friendly Site Award


Terimakasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Cik Kelat yang menganugerahkan award ini kpd cikgu panji. Semoga persahabatan kita akan berpanjangan dan dipermudahkan Allah untuk kita berjumpa di alam nyata suatu hari nanti. Kelat...mai le kelantan. Kita makan nasi kerabu berdua-duaan.... Ok, saya panjangkan pula award ni kepada semua sahabat yang sedang membaca blog cikgu panji yang tidak seberapa ini. Dipersilakan dengan segala hormatnya...combi, Kak jie, mama ranggie, kak long, eya, kak G,Ira (cintaku-Ira) dan semua yang tidak tersebut namanya di sini.

Sunday, February 3, 2008

Bo Sapa Bo Ujan








Program meronda KB hari ni kurang lancar kerana hujan. Walaupun tidak lebat, tapi basah jugak le....




Baja untuk menggemukkan body.
Belasah je la...

Saturday, February 2, 2008

Kerana Seorang Kak Jie

Sorry, lambat siapkan tag ni.

1. Name one person who made you laugh last night?
Semestinya Ain yg montel ituu. Kau lah ratu hatiku.

2. What were you doing at 0800?
Hari ni cuti, so sambung tidur.Kejap je

3. What were you doing 30 minutes ago?
Layan blog kengkawan.

4. What happened to you in 2006?
Banyak antaranya pindah sekolah dan tukar keta

5. What was the last thing you said out loud?
Ainn...bo main air..........

6. How many beverages did you have today?
Dua dah. Sorry, baru dua. Sama ke maknanya??

7. What color is your hairbrush?
Blue ada, red ada, pink pun ada

8.What was the last thing you paid for?
Coklat bentuk lipstik utk Ain di 7 Eleven. Harga? Tak ingat...

9. Where were you last night?
Zzzz depan tv...selepas balik rumah saudara yg mengadakan tahlil

10. What color is your front door?
Coklat. Nasib baik bukan pink colour.

11. Where do you keep your change?
Perabih teruihh.Masa kecik dulu ada tabung gajah. Nak cari kat rumah mak.
Ada lagi ke dak.

12. What's the weather like today?
Secerah wajahku yg dilumur bedak sejuk. Kalah Combi...

13. What's the best ice-cream flavor?
Semestinya tidak lain tidak bukan.........keladi.

14. What excites you?
Cuti le. Tak sabor nak cuti chinese new year

15. Do you want to cut your hair?
Nakk. Bila nak potong ya??

16. Are you over the age of 25?
Akak dah tuaa la...

17. Do you talk a lot?
No, biasanya saya tak pandai nak cakap macam bertih goreng tu. Tak kuasa ai.

18. Do you watch the O.C.?
Saya tengok tom tom bak je. Malas nak berebut remote control ngan Ain.

19. Do you know anyone named Steven?
Senah maybe ade.

20. Do you make up your own words?
Lucu soalan ni... entahlah labu, belasah je!!

21. Are you a jealous person?
Ada tapi berpada-pada. Cemburu kan tanda sayang. Betul tak sayang??

22. Name a friend whose name starts with the letter 'A'
Azimah,Azizah,Afiq, ramai lagi.

23. Name a friend whose name starts with the letter 'K'
Kujie, Kelat, Kamariah, Karim.

24. Who's the first person on your received call list?
Semestinya "gewe" ku. Hehehe

25. What does the last text message you received say?
Tolong beli nasi. Saya balik lambat. Ada meeting. (Kelmarin) punya mesej)
Hehe. Kami tinggalkan dapur di merata-rata tempat.

26. Do you chew on your straw?
Aaa?? Tidakkk.

27. Do you have curly hair?
Takde. Rambutku lurus bak lebuhraya.

28. Where's the next place you're going to?
Bilik yang ada katil ngan bantal. Byk sangat soklan. Dah nak terpejam.

29. Who's the rudest person in your life?
Takleh cakappp.

30. What was the last thing you ate?
Nasi ngan ikan singgang cicah budu. Sedapnye

31. Will you get married in the future?
Soklan maut sesaje. Sape yang gubal soklan ni??
Aku hanya untukmu.Hehehe

32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
Akak tak sempat tengok movie le. Tom tom bak je yg sempat tengok.

33. Is there anyone you like right now?
Sudah semestinya. Kau di hatiku.

34. When was the last time you did the dishes?
2 jam yang lepas. Hari ni kan cuti. Sempat le masak.
Hari lain bukan tak sempat.Tapi letih + malass. Jgn tak tahu..

35. Are you currently depressed?
Biasa le, ada suka ada duka. Tapi sekarang I ceria umpama "saluran ceria anda"

36. Did you cry today?
Ape ke hel nye nak nangis? Makcik tengah seronok berguling-guling.

37. Why did you answer and post this?
Sebab Kak Jie ku cayang tag akak.

38. Tag 6 people who would do this survey
Sape ya?? Takyah lah. Soklan banyak sangattt.

Jom Breakfast

Laksa Kelantan dgn best friendnye laksam
Yummy.....