Beberapa minggu lepas, ada seorang mamat berurus niaga secara online dengan suami cikgu panji (SCP). Mamat ini pada mulanya menghubungi SCP untuk membeli satu barang yang diiklankan di blog SCP. Jadi, bila mamat ini memasukkan duit ke dalam akaun, maka barang tersebut pun segera diposkan ke alamatnya. Dan seperti biasa, keesokannya barang tersebut telah sampai ke tangan mamat tadi.
.
Nak dijadikan cerita, tiga / empat hari selepas itu, mamat tersebut kembali menghubungi SCP mengadu bahawa dia kesuntukan wang. Jadi, dia ingin memulangkan balik barang yang dibeli itu kepada SCP walau pun menurutnya dia teramat sayang dengan barang tersebut. Dia meminta SCP memasukkan balik duit bayaran barang tersebut ke akaunnya dan dia berjanji akan menghantar /pos balik barang yang telah dibeli kepada SCP.
.
Tanpa berlengah, SCP telah memasukkan semula bayaran barang tersebut ke dalam akaun mamat tadi.Tapi.... nama pemilik akaun adalah berlainan dengan nama yang diberitahu sewaktu awal perkenalan. Lalu SCP disahkan oleh mamat tadi bahawa nama tersebut adalah dirinya yang sebenar. Maka, curiga kembali hilang.
.
Selepas urusan tersebut, rakyat malaysia cuti umum dan mamat tadi berjanji akan menghantar /pos barang tersebut bila cuti umum berakhir.
.
Nak dijadikan cerita, mamat ini telah menghubungi kembali SCP kerana ingin menjual satu barang yang kononnya amat disayangi. Alasannya, dia terlalu kesempitan kerana isterinya sakit dan dimasukkan ke hospital. Menurut mamat ini, dia memerlukan wang untuk bayaran bil hospital isterinya. Mulanya SCP enggan membeli barang tersebut kerana tidak mengetahui bentuk dan keadaan barang yang nak dijual. Tetapi setelah berderet-deret SMS dihantar dengan tawaran harga yang amat istimewa dan memikirkan mamat ini dalam kesempitan/kesusahan, maka sekali lagi SCP telah memasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya. Mamat ini telah berjanji untuk menghantar barang yang dibeli SCP ini bersama barang pertama tadi.
.
Selepas itu, bermulalah penantian SCP dari sehari ke sehari untuk mendapatkan dua barang tersebut. Penantian tersebut nampaknya masih berterusan hinggalah kini. Acapkali,bila dihubungi, mamat ini amat liat untuk menjawab. Bila dijawab, alasannya sibuk dan tak sempat untuk menghantar barang-barang tersebut. Sebenarnya, SCP seakan sudah berputus harap untuk mendapatkan barang-barang tersebut. Secara logiknya, takkanlah setelah berminggu-minggu, mamat ini masih tidak dapat meluangkan sedikit masa untuk ke pejabat pos bagi menghantar barang-barang tersebut kepada SCP. Memang tidak masuk akal langsung.
.
Setakat hari ini, barang SCP diperolehi oleh mamat ini secara free ( bayar dulu,pastu minta duit balik ). Duit SCP juga diperolehi oleh mamat ini dengan tidak menghantar barang yang dijanji. Licik....licik. Kesian SCP. Barang lebuhh, wang lesap....
Tapi mamat itu lagi kesian. Barang dan duit yang diperolehi tidak seberapa tapi memikul dosa sampai bila-bila.
P.S : Rilex..rilex...Allah nak uji le tu... tambah lagi pahala kita.
6 comments:
Jadi supo zaman Abah jadi bisnesman dulu2 ler. Sifat buruk masyarakat kita. Sampai macam tu sekali licik dan gigih utk menipu.
Nauzubillah. Mintak jauh dr anak beranak kito.
Maknusio lagu tu pun ado dih.. bab2 makan duit haram ni..Nauzubillah, x berkat hidup dunia akhirat..
mcm2 cara ye die nak tipu kan cikgu...
next time jgn terlampau percaya tau cikgu...
jdikan sempadan...
tuhan tu adil...
hari ni die rugi kan cikgu,next time allah rugikan die 2x ganda...
em org mcm tu tak berkat idop dia... tak baik betol mcm tu...
Semoga menjadi pengajaran kepada semua.
jadi orang baik pun susah zaman skrg ni..buat jahat kompom balas jahat, buat baik belum tentu di balas baik...
Post a Comment