Thursday, February 28, 2008

Hujan Rahmat

Sejak bendera dan poster berlumba-lumba memanjat tiang di seluruh pelusuk bandar dan kampung akhir-akhir ini, boleh dikatakan setiap hari hujan turun di kg saya. Walaupun turunnya tidak menentu, kadang-kadang malam, kadang siang, kadang-kadang pagi, kadang-kadang petang, namun turunnya hujan pada musim yang biasanya kering kontang ini bukan saja menyuburkan pokok, tetapi juga menyejukkan banyak perkara di musim yang biasanya berganda-ganda panasnya ini.
.
Kalau disana-sini kedengaran percakapan atau ucapan yang berapi-api daripada orang-orang besar sehinggalah kepada orang-orang kecik, harapan saya semoga hujan ini (wuduk lagi mujarab) akan menyejukkan hati-hati yang kepanasan itu.
.
P.S : Please...Jgn bersengketa antara kita

2 comments:

mama ranggie said...

betul tu cikgu...

kat sini dah lama x ujan...

tp sejak perang ni,hujan hari2 kat sini...

---> kelat said...

hengat si naga jer yg bleh kuarkan api... rope2 nyer... owang beso ngan owang kechik pong bleh yek... hikhikhik...