Thursday, May 7, 2009

Jom Berehat

Sangat lega kerana esok dan lusa cuti. Dan lebih melegakan lagi kerana tulat juga cuti sempena hari wesak. Tengahari tadi ada taklimat oleh Puan Pengetua dan ianya berakhir dengan
Ikrar Perkhidmatan Awam :

Kami
Yang telah dilantik
Berkhidmat dengan kerajaan Malaysia
Membuat ikrar di sini
Bahawa semasa dan selagi kami
Berkhidmat dengan kerajaan Malaysia
Kami patuh dan mengamalkan
Teras-teras perkhidmatan
Semasa menjalankan tugas-tugas
Ke arah ini
Kami
Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
Bekerja dengan penuh tanggungjawab
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri
Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan
Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
Bekerjasama dalam membenteras kelemahan dan musuh-musuh negara
Berpegang teguh kepada ajaran agama
Maka kami rakyat Malaysia berikrar
Akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
Untuk mencapai cita-cita tersebut
Berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan.
Saya tengah kegilaan menggodek photoshop. Cuti 3 hari ini nampaknya saya akan terus hanyut dgn kegilaan ini. Sapa pakar photoshop???? Help me !!!

12 comments:

Anonymous said...

salam CP

hehe kite pn br blja2 Photoshop nih... erkk CP amik award kat umah kite eeh...

Rumah Kuning said...

manje,
ok. t kasih.kejap lagi cp pegi ambik.

kuIna said...

syiokkkkk ooo mengedit gambar... mcm2 leh buat.

cikgu panji said...

kuina,
lagi membuatkan saya teringin nak meneroka photoshop. eeeee.....

atie said...

saya photoshop tak pandai, selal guna photoscape je...selamat meneroka

cikgu panji said...

atie,
saya pun selalu guna photoscape. nantilah....kita cuba,try, test

HAFYNA said...

salam cikgu....fllw blog cikgu....cikgu ingin bertanya, gambar header yang paling kanan tu cikgu jgk ka???? kl cikgu pernahkah dia mengajar di sek men sultan ismail???

cikgu, download lah manual phothoshop kat internet....

cikgu panji said...

hafiz,
ya, cikgu jugak. tak pernah ngajar di smk sultan ismail.tapi pernah mengajar di smk sultan muhammad, perak.

echah_syed said...

photogenic jer lahh..! :p

cikgu panji said...

combi,
ada org yg nak kena cubit nih.

HAFYNA said...

owh...sebab mcm familiar sgt....mungkin pelanduk 2 serupa...

cikgu panji said...

hafiz,
begitulah agaknya.