Tuesday, September 8, 2009

Alahai....

Kadang-kadang anak sulong buat salah, tapi anak tengah yang kena marah. Sebabnya anak tengah yang mula-mula terserempak dengan ibu atau bapa. Maka tercengang-cenganglah si anak tengah. . Kenapa jadi begitu? Ibu atau bapa tidak dapat mengawal diri walaupun sentiasa menasihati anak-anak supaya sentiasa bersabar. Apa yang lebih dikesalkan, kesalahan yang berlaku mungkin berpunca daripada kelemahan si ibu atau bapa sendiri. Bukankah lebih baik jika si ibu atau bapa bercakap dengan baik, bersama-sama mencari penyelesaian daripada menegangkan urat yang sudah tentu meletihkan, menaikkan tekanan darah, menjauhkan hati anak-anak dan menjatuhkan imej ibu atau bapa.
?
?
?
?
Matlamat baik, cara pun mesti baik!!!!
Tiada kaitan dgn kedua ibu bapa saya.

3 comments:

Kujie said...

zaman skrg mak bapa kena tahu serba serbi...nak marah anak pun ada kod etika...

tak mcm zaman dulu...apa saja mak bapa cakap, itu arahan...tak pernah nak dipertikai

terima saja hitam atau putih.

Ira said...

Betul tu CP. Kadang2 perkara mcm nielah buat anak2 jauh hati.

Orang lain punya salah...kita yang kena marah, kena leter. Tapi bila depan org tu..tak pulak nak cakap, seolah2 tak ada apa2.

Pening2...pening..hiii

rumah kuning said...

kujie,
betul tu.dan rasanya ibubapa kita dulu lagi bijak mengawal anak2.

ira,
bersabar je lah ira. siapalah kita untuk menjawab/melawan. Boss di pejabat pun ada jugak mcm tu.betul tak??