Sunday, September 27, 2009

Seringgit Dua

Ain : Hari ni Ain beli ayam goreng kat sekolah.
Saya : Berapa ringgit?
Ain : Seringgit dua.
Saya : Seringgit dua puluh sen?
Ain : Bukan.
Saya : Seringgit dua ketul?
Ain : Bukan.
Saya : Habis tu?
Ain : Gini... Ain bagi duit seringgit 2 keping. Lepas tu makcik kantin "cucur" 50 sen.
Saya : Cakap le ayam goreng tu harga RM1.50 sen.
Ain : Ya le...Ain takdak duit harga 50 sen. Ain bagi le duit seringgit dua keping.

7 comments:

Bint Lazim said...

ahahahhahahahha lawak lah ain!

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Che Sue!

rumah kuning said...

nor,
lama tak muncul.
ada so lagi citer lawak ain ari nih.
Selamat hari raya. Maaf jugak salah silap

echah_syed said...

sgt kiut..! :D

sama mcm anak tumpang combi tau.dia nak beli keropok rege 20 sen jek.pastu dia cakap macamana nak beli sbb duit dia ada seringgit..hehe :p

rumah kuning said...

combi,
selamat hariraya.maaf zahir batin

Abang Long said...

Ini dinamakan KIRA - KIRA - KANAK - KANAK ... hahahaha ...


Tolong jawab soalan ini. APAKAH KUIH ATAU JUADAH YANG PALING DISUKAI SETIAP LEBARAN ?

TERIMA KASIH :)

Kujie said...

baca byk kali baru nak faham..he he h e

tu ain belum ckp loghat dia lagi tu..he he he

rumah kuning said...

ab long,
rasanya ketupat le yg paling disukai.

kujie,
bahasa dia sekarang ni canggih2. maklum le berguru dgn karton tiap2 hari.