Thursday, October 22, 2009

Selagi Hidup

Kebelakangan ini agak banyak kerja yang perlu diselesaikan. Nasib baik tahun ni saya banyak mengajar ting 3. Jadi bila dah habis periksa ni, agak lega sikit. Dan bolehlah saya bersengkang mata menyiapkan macam=macam kerja SU SPM sebagai persediaan periksa yang akan bermula 18 Nov nanti.. InsyaAllah seboleh mungkin sepeninggalan saya nanti, ianya tidak akan menyusahkan sahabat di unit periksa dan warga Panji keseluruhannya. Sedaya mungkin saya akan membuat yang terbaik. Namun, sekiranya ada kekurangan dan kecacatan dimana-mana, terlebih dahulu saya memohon berbanyak-banyak maaf.(ramai cikgu smk panji baca blog ni kan?)

Urusan peribadi pula, Alhamdulillah banyak perkara yang telah dibereskan . Cuma ada satu dua benda yang akan disettlekan dalam sehari dua ini. Setakat ini semuanya berjalan lancar. Syukur.

4 comments:

Kujie said...

hujung tahun ni cikgu


cikgu sibuk mcm kakitangan JPM nk bentang Belanjawan 2010 ke?

rumah kuning said...

kujie,
hehehe sibuk cara2 kuli orang. sibuk bos2 lagu lain pulak.

echah_syed said...

ehh nak further study ke??

ambek master kot :)

rumah kuning said...

combi,
rasanya dah tak larat nak sambung belajar secara formal.ngeri mengingatkan exam, assignment, kuliah, tutorial segala. makcik tak sanggupppp