Tuesday, September 29, 2009

Bapa Borek Anak Rintik

Tiap-tiap hari si kecik ni buka dan baca blog

Budi Bahasa Amalan Kita??


Kesiannya.....
Pintu pagar rumah kuningku
Tergolek di atas rumput
Setelah dilanggar sebuah lori
Yang kemudiannya memecut lari
Pemandu lori itu tak guna
Kelindan lori itu pun tak guna
Dah le langgar depan mata mak bapa saya (mcm tuan rumah le jugak)
Takkan tak reti nak turun minta maaf
Kalau tuan takde takpe la jugak
Punya le tak dak budi bahasa.

Uwaaa....tak guna marah-marah....diorang tak baca pun blog ini.



Patut le panas semacam je
Makan durian banyak sangat.
Hehehe


Sunday, September 27, 2009

Seringgit Dua

Ain : Hari ni Ain beli ayam goreng kat sekolah.
Saya : Berapa ringgit?
Ain : Seringgit dua.
Saya : Seringgit dua puluh sen?
Ain : Bukan.
Saya : Seringgit dua ketul?
Ain : Bukan.
Saya : Habis tu?
Ain : Gini... Ain bagi duit seringgit 2 keping. Lepas tu makcik kantin "cucur" 50 sen.
Saya : Cakap le ayam goreng tu harga RM1.50 sen.
Ain : Ya le...Ain takdak duit harga 50 sen. Ain bagi le duit seringgit dua keping.

Saturday, September 26, 2009

Berbaloi Baloi

Satu pilihan yang tepat.
Yang pasti sangat menjimatkan sebab tempat ni terletak agak jauh dari hiruk pikuk bandar/pekan. So, tiada supermarket yang boleh membocorkan poket. Harga bilik ni pun tak mahal. Yang bestnya jugak, bilik boleh tahan luasnya. Sangat selesa untuk kami bertiga. Ada dua pintu utama. Pintu depan bersetentang dengan swimming pool dan pintu belakang menghala ke pantai. Syiokk sesangat.... Makanan pun OK dan memang ada rasa. Alhamdulillah.
Tak sempat mandi pantai. Jadi, kita jln2 je

Acara wajib. Walau apa pun terjadi, yang ni tak boleh dilepaskan.
Merang Suria Resort



Friday, September 25, 2009

Monday, September 21, 2009

Ain!!!!!

Hehehe Ain dah mengerjakan sebijik laptop kat rumah ini hingga skrin jadi hitam dan hanya keluar satu ayat indah " Operating System Not Found". Maka semua gambar dari handset cap ayam saya akan diperap & peram buat sementara waktu.

Hari ni seperiuk mee licin. Alhamdulillah.

Friday, September 18, 2009

Yang Terakhir

Tengah menjinakkan anak muda yang tampan.
Akhirnya.....
Cheff DG52. Jangan main-main....
Tengah menunggu azan berkumandang

Semua menu berasaskan daging
Solat Isyak dan tarawih diimamkan oleh Mohd Haziq al Hafiz.
Tabik spring untuk Ajit.
Lepas tarawih acara makan bersambung.
Meratah daging dan mencicah collek.
Sila sediakan tisu untuk menghalang air liur anda daripada menitis.
Tak sedap pun. hehehe
Sekian, terimakasih


Thursday, September 17, 2009

Tajuk??

Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita.
Cepat masa berlalu.
Kelmarin sehingga petang berada di sekolah.
Trial SPM sudah berakhir. Lega....
Tapi ada lagi dua tiga kerja yang tidak beres.
Akan dibereskan secepat mungkin sebaik sahaja pejabat dibuka lepas raya nanti.
Kecuali kertas periksa yang mesti ditanda semasa cuti raya.
Hari ni cuti peristiwa.
Dan hari ni makcik jadi tukang cuci, tukang kebun juga tukang masak.


Sibuk ....sampai bila?

Saturday, September 12, 2009

Sekali Lagi


Terpesong Tajuk

Bertempat di sebuah pasaraya
Makcik ini diminta untuk mencari baju raya Pencarian sudah bermulaAikk...melencong kemana pulak?
Cepat pulak jumpa yang berkenanTengok
Macamana rupa baju yang dipilih
.
.
.
.
.
.
.
.
Ain : Ummi.....ain suka barbie ni. Boleh beli dak?
Ummi: Aaa? Kita nak cari baju raya, bukan nak cari barbie.
Ain: Ok lah...ok lah. Ummi ambil gambar je lah. Comel...

Tuesday, September 8, 2009

Alahai....

Kadang-kadang anak sulong buat salah, tapi anak tengah yang kena marah. Sebabnya anak tengah yang mula-mula terserempak dengan ibu atau bapa. Maka tercengang-cenganglah si anak tengah. . Kenapa jadi begitu? Ibu atau bapa tidak dapat mengawal diri walaupun sentiasa menasihati anak-anak supaya sentiasa bersabar. Apa yang lebih dikesalkan, kesalahan yang berlaku mungkin berpunca daripada kelemahan si ibu atau bapa sendiri. Bukankah lebih baik jika si ibu atau bapa bercakap dengan baik, bersama-sama mencari penyelesaian daripada menegangkan urat yang sudah tentu meletihkan, menaikkan tekanan darah, menjauhkan hati anak-anak dan menjatuhkan imej ibu atau bapa.
?
?
?
?
Matlamat baik, cara pun mesti baik!!!!
Tiada kaitan dgn kedua ibu bapa saya.

Friday, September 4, 2009

Sekali Sekala

Amat berbaloi dengan bermacam-macam kuih muih tradisional, collek, kek, puding, laksa, mee, kambing panggang dan anika lauk pauk yang disediakan. Tiga beranak sedang memenuhkan tangki.

Eee Pahit

Memang ubat biasanya pahit
Yang manis sampai dikerumuni semut tu biasanya menyebabkan penyakit
Jadi biasa-biasakanlah merasai rasa pahit
InsyaAllah dalam kepahitan akan ada manisnya.



berkatalah benar walaupun pahit.
Pagi tadi kami bertiga tak bersahur.
Syok tidur sebab cuti. Sedar-sedar dah pukul 6 lebih.
Jadi, hari ni Ain tak puasa. Dan dia marah-marah sebab katanya dia hanya boleh raya sehari je. Hari raya kedua dah kena ganti puasa. hehehe. Siapa le cakap mcm tu???

Wednesday, September 2, 2009

Kasih.... Sayang....Buktikan!!!

Boleh dikatakan setiap ptg di bulan Ramadhan ini, kami akan meronda ke pasar Ramadhan atau sekadar mengambil angin petang.Rasionalnya supaya si kecil ini tidak bising .... lapar... lapar... lapar. Dan dua tiga hari lepas, sedang saya menunggu suami membeli juadah di pasar Ramadhan, tiba-tiba seorang perempuan dalam lingkungan usia 30an melintas di hadapan saya. Punyalah seksinya hingga malu untuk saya melihatnya. Berseluar ketat dari kain nipis yg mungkin lebih nipis dari kain baju pagoda, berbaju singkat, ketat yg mungkin dari kain yg sama. Dgn body XL, saya rasa bercupak-cupak mata tidak melepaskan peluang melihat perempuan yang seolah-olah telanjang di khalayak ramai ketika umat Islam sedang berpusu-pusu membeli juadah di pasar Ramadhan. Rasanya tidak keterlaluan jika saya katakan bukan sahaja bentuk tubuh yg begitu murah diperlihatkan kepada umum tetapi juga dengan selulit-selulitnya sekali dipamirkan. Sungguh mengaibkan.
.............
Sejak akhir-akhir ini terlalu ramai anak-anak muda, ibu-ibu atau para isteri yang berpakaian jauh dari menepati kehendak Islam. Terlalu ramai saudara seIslam kita yang walaupun bertudung tetapi berseluar ketat dan berbaju nipis lagi singkat. Kepada sang suami, tidakkah wujud kasih dan sayang anda kepada sang isteri sehingga anda bersikap sebegitu dayus membiarkan susuk tubuh isteri sendiri menjadi tontonan umum???. Kepada para ibubapa, kenapakah anda sanggup membiarkan benih cinta anda mendedahkan diri kepada fitnah di dunia dan kemurkaan Allah semestinya??? Tiada lagikah kakak-kakak atau abang-abang yang prihatin untuk menegur salah silap adik-adik yang menyimpang dari landasan yang sepatutnya??? Buktikan kasih sayang kita kepada orang-orang tersayang dengan membimbing mereka melalui jalan yang diredhai Allah.