Male tadi ambo tubik gi keda rozaimi hak sebelah Sri Intan tengah bandar.Kalu gi kedai rozaimi mestilah check mata. Pahtu, pilih ala kadar dan orang keda suruh tunggu sebetar. Ambo tak tunggu dale tuh, ambo gi kedai sri intan, beli buku sebuah sore. tiga beranak tiga buah. Eh pat buah bennanya sebab ambo ambik dua. Pahtu ambo masuk rozaimi semula, teh/tra paka, bayar dan bermulalah fasa baru.... ambo paka spec mata. Paka taim nak bacca jah sebab ambo rabun dekat. Tak rabun mana pun, kalu bacca tu napak kelabu jah sikit. Hehehe dan lagi tuh. Tak sedak lasung paka spec nih. Serabut la ...pah guano?
Ain kata dia tra paka spec mata saing dia.
Saing dia kata napak supo cikgu. hehehe
Saturday, March 31, 2012
Friday, March 30, 2012
Satu...Dua...Tiga...Buang!!!
Kalaupun orang ada duit juta-jutaan, berguni-gunilah banyaknya, takdenya orang nak tabur serata jalanraya untuk kita kutip. Harta orang, lantak dia le nak belanja macamana. Yang awak dok sibuk-sibuk tu apahal. Cer jaga sikit mulut yang comel tuh. Ini asal cakap je mesti ada bunga-bunga hasad. Asal keluar je perkataan dari mulut mesti ada buah dengki. Semua yang tak elok nak dikaitkan dengan orang lain. Biarlah orang kaya ke, rumah besor seminggu tak abis jelajah ke, kereta limanam bijik ke, yang awak sibuk apasal. Orang bukan pergi berhutang rumah awak, bukan terhegeh-hegeh gi cari makan minum rumah awak. Takde kan? Jadi... DIAM.
Teruknya tuan rumah ni. Pagi-pagi Jumaat buat perangai.
Oklah, dah buang?
Buang le sagala hasad dengki yang ada dalam diri tu.
Tuesday, March 27, 2012
Friday, March 23, 2012
Bilik Tidur Bak Bilik Hotel
Walaupun rumah kuning tak lawo macam rumah nenek kebaya yang baru siap direnovate tapi makcik selalu berangan utk jadikan bilik tidur makcik seperti bilik hotel. Angan-angan menggunung weh..... tapi semuanya tak mustahil kan, Mustahil tak mustahil ....pokoknya macamana nak buat??? Semangat nih. Rasanya apa2 hal pun, mula2 sekali makcik perlukan sebuah lagi stor. Sebabnya macam-macam benda ada menghuni di bilik makcik yg sudah selayaknya makcik humban ke dalam stor.. Beg besor gedabak limanam bijik sesedap je melepak atas almari pakaian makcik, campur pulak dengan barang-barang en suami yang macam-macam mak nenek lagi. Barang makcik pun ada jugak. Nasib baik atas katil hanya ada bantal dan selimut je.Kalau tak, harus makcik kena tidur bawah katil. Bab baju pulak satu hal. Yang belum iron memang dok dendiam berlipat dan bersangkut dlm almari, tapi yg dah beriron tersengih di tempat pergantungannya di luar. Nak letak dlm almari, takleh sama sekali sebab nanti diorang kena berhimpit-himpit. Mesti tak pasal2 berkedut le pulak,,,, makcik jugak kena ulang iron..Baju-baju yang dalam almari tu pun, bukan semuanya makcik pakai. Tapi nak bagi kat orang, sayang. Mesti akan terjadi begini...eh ni boleh pakai lagi. yang tu muat lagi. Lastnya, semua masuk dlm almari semula. Dengan macam-macam barang yang semuanya makcik sayang tu, makin bertambah-tambah le ketidak menjadian bilik makcik seperti sunway Putra hotel yg diangan-angankan. Memang betullah, kena buat stor sebijik atau makcik humbankan tanpa tatatertib ke dlm mana-mana stor yg telah sedia ada. Pastu baru makcik boleh kemas dan susun cantik-cantik bagai bilik tigapat ratus semalam tuh. Kemudian beli le apa yang patut utk menambahkan seri bilik. Syoknya....mahu rasanya pukul 5 petang dah bersiap nak masuk tidur sebab bilik dah cantik.. Hehehe Mesti nenek kebaya jealous sebab masa tu dia masih kebizian di office atau tengah merempit atas jalanraya sambil berkira-kira nak masak apa.
OKlah...cukup-cukup le sesi berangannya.
T kasih
OKlah...cukup-cukup le sesi berangannya.
T kasih
Tuesday, March 20, 2012
Menanti Hari Esok
Macam-macam perasaan bermain di kepala
Apa pun, semoga yang terbaik menjadi milik makcik
dan seluruh warga Panji terutamanya.
Semoga berderet-deret A+ dan A
Uwaaaa......
Tak nak fikir panjang-panjang.
Tengoklah esok macamana
Jom....tidur.
Apa pun, semoga yang terbaik menjadi milik makcik
dan seluruh warga Panji terutamanya.
Semoga berderet-deret A+ dan A
Uwaaaa......
Tak nak fikir panjang-panjang.
Tengoklah esok macamana
Jom....tidur.
Friday, March 16, 2012
Setelah Sepuluh Tahun
Rumah kecil saya banjir sebanjir-banjirnya
Habis basah sebasah-basahnya
Dan kami sudah pindah
Uwaaa........
Sedihnya.....
Terpaksa pindah.
Pindah dari dapur yang mempunyai meja makan
Ke dapur yang terletaknya dapur
Pindah dari bilik air di tingkat atas
Ke bilik air di tingkat bawah.
Dah 10 tahun rumah ini
Memang patut pun segala gam dan paip tanggal.
Jadi kalau lutut makcik pakcik sakit, memang patut pun., Usia makcik pakcik dah berpuluh-puluh tahun.
Eh, ke situ pulak. Takde kaitan langsung.
OK lah.... Assalamualaikum.
Kami pindah makan-makan, minum-minum kat sini.
Pengadil dah nak tiup wisel penamat.
Cuti dah nak abes.....
Ada org tu belum habis tanda kertas.Thursday, March 15, 2012
Orang Kita
Dah nama pun blogger, semua benda nak
diambik gambar. hehehe kalah wartawan
1. JANGAN WAKAF@TINGGALKAN TELEKONG DAN SEJADAH
( TIADA ORANG BASUH DI SINI ) HARAP BEKERJASAMA.
2. Dapat pahala weh!
3. Basuhlah, dapat pahala
4. Mu lah basuh.
Begitulah catatan di dalam sebuah surau yang saya singgah dalam perjalanan balik dari Port Dickson Selasa lepas. Surau tersebut kecik je saiznya dan catatan tersebut betul-betul berada di bahagian hadapan surau. Sungguh mengganggu....... Itu kisah dalam surau.
Dalam tandas, lagi tak terjangkau dek akal. Biasa le kan, sebelum solat ramai yang berduyun menuju ke tandas. Tandas perempuan ada 3 semuanya. Semua yang masuk, beratur elok. Bagus...takde berebut-rebut walaupun ramai. Saya pun beratur le kat depan salah satu tandas. Depan saya ada seorang gadis. Di belakang saya, ada beberapa orang lagi.
Orang yang beratur di hadapan 2 tandas berdekatan dah tigapat orang masuk dan keluar, yang tandas depan saya tak keluar-keluar sejak saya datang. Orang depan saya dah merungut bla bla bla. Pastu dia ketuk pintu. Orang yang menunggu di tandas sebelah pun menyampuk: Eeeee apa dibuatnya, lama benor. bla blabla..... Dalam hati saya, sakit perut le kot, tak keluar- keluar.
Yang tak terjangkau dek akalnya, pastu bunyi orang dalam tandas tu bercakap/bersembang guna telefon. Orang yang menunggu di luar termasuklah saya punya le bengang. Nak bertelefon, keluar le dulu. Punya le ramai orang tertahan-tahan nak kencing Boleh pulak dia menyembang bertelefon dalam tu.
Akhirnya keluar le jugak Minah tu. Teruja nak tengok rupanya. Oh....Comel......macam orang cerdik pandai je rupanya. Rasa nak cakap je kat dia masa tu : Kak, jgn pentingkan diri sendiri.
Kata seorang makcik yang beratur di belakang saya : Eeee macam-macam perangai orang .
Wednesday, March 14, 2012
Separuh Masa Kedua
Tak syok sangat pun. Lepas posing-posing kat Dataran Merdeka hari tu, rehat kat hotel kejap, pastu ronda The Mall. Dah tahu dah kat mana nak dituju. Hehehe. Mlmnya gigih menanda kertas dan esoknya ronda jln TAR.Petangnya sambil menunggu Ain bermandi manda, makcik baca novel Ombak Rindu yang dah berbulan beli tapi tak baca2. Bila dah mula baca, susah pulak nak berenti. Kali ni Ain yang berkali-kali ngajak masuk bilik, tapi maknya pulak yg kejap le...kejap le sebab taknak berenti baca kisah Izzah dengan Hariz. Rasanya berganda-ganda lebih sedap dari filemnya. Malam kedua, masih Berombak Rindu dan esoknya lebih kurang jam 11.30 pagi, kami bertolak balik KB
Nasi goreng seafood di Port Dickson. First time jumpa nasi goreng seafood macam ni.
Sesi makan-makan lagi
Dan lagi-lagi
Sepanjang perjalanan dari KL ke Port Dickson dan baliknya dari Port Dickson ke KL seterusnya Gerik sampailah KB, makcik punya le gigih menanda/catat perangkap laju yang dikabor oleh papago yang setia itu. (Dari KB ke KL, makcik tak catat sebab makcik kejap tidur, kejap jaga, kejap tidur lagi. hehehe.)Nak tahu berapa jumlahnya? Tapi tak tahu le betul ke tak. Makcik ada jugak mintak pakcik sebelah buat eksperimen. Masa papa kabor ada perangkap laju kat depan, cer try takyah slowkan keter. Nak tahu betul ke tak ada perangkap laju tuh. Kalau betul ada, mesti kita akan terima kad jemputan aka samannya. tapi pakcik ni tak nak pulak menerainya. Jumlah perangkap laju yang makcik tanda hasil pemberitahuan oleh papago sepanjang perjalanan itu adalah 42. Banyaknya wei......
Monday, March 12, 2012
Separuh Masa Pertama
Seawal 8.30 bertolak ke Negeri 9.
Malam, zzzz....letih
Ahad, menghantar mempelai di Port Dickson
Dalam perjalanan balik, singgah berjimba di KL
gemuknya makcik nih
Masih berpuashati dengan Sunway Putra Hotel
Separuh masa kedua mesti lagi best.
Harap-harapnya lah. Tunggu.....
Sunday, March 11, 2012
Sebenarnya Kita Lemah
Walaupun kadang-kadang mulut mengalahkan guruh. Hehehe
Kita boleh minta orang buat itu, buat ini, jadi begitu, bukan begini. Tapi, yang diminta, yang disuruh belum tentu akan buat seperti yang kita kehendaki. Sebetulnya, kita hanya mampu menyampaikan. Yang memberi hidayah adalah Allah, pemilik sekalian alam. Jadi, usah kesal, usah kecewa bila terjadi perkara-perkara yang kita tidak kehendaki, dilakukan oleh orang-orang yang telah kita nasihati berkali-kali, berlori-lori.
Kita boleh minta orang buat itu, buat ini, jadi begitu, bukan begini. Tapi, yang diminta, yang disuruh belum tentu akan buat seperti yang kita kehendaki. Sebetulnya, kita hanya mampu menyampaikan. Yang memberi hidayah adalah Allah, pemilik sekalian alam. Jadi, usah kesal, usah kecewa bila terjadi perkara-perkara yang kita tidak kehendaki, dilakukan oleh orang-orang yang telah kita nasihati berkali-kali, berlori-lori.
Saturday, March 10, 2012
Usah Aniaya Diri Dengan Menyiksa Fizikal Dan Memendam Rasa
Setiap orang ada masalah sama ada kecik atau besar. Ada masalah anak, masalah suami, masalah isteri atau pun diri sendiri yang bermasalah. Itu belum dicampur lagi dengan masalah di tempat kerja. Seboleh mungkin, kita hendaklah selesaikan dengan cara yang terbaik. Taknaklah sampai terputus ikatan, ya tak?
Dalam menangani masalah ni, perkongsian dengan orang-orang terdekat dan terpilih adalah amat perlu. Dengan kata lain, bila kita tidak dapat selesaikannya sendiri, jangan pendam dan menganiaya diri sendiri dengan alasan malu terutamanya. Malu nanti orang tahu anak kita bermasalah, malu orang tahu isteri kita bermasalah atau malu orang tahu suami kita bermasalah.
Seperti saya cakap tadi, kongsi masalah kita. Pilih orang baik yang mampu menyimpan rahsia. InsyaAllah, diri yang teraniaya dan kepala yang berserabut memikir seorang diri akan ringan bila kita meluahkan masalah kpd orang lain. Mudah-mudahan orang yang mendengar itu punya jalan untuk selesaikan masalah kita.
Jika suami isteri tak boleh berbincang, suami takleh ditegur, isteri ikut suka hati kepala sendiri, suami keluar rumah tigapat malam tanpa diketahui isteri ke London kah, ke Paris kah, isteri/suami tak jaga keaiban pasangan, sanggup menengking walau dimana berada tak kira di hadapan siapa, anak melawan mak ayah macam musuh atau banduan, memang masalahhhh...... Anda mesti sedar, anda memang mempunyai masalah.
Jadi, cari jalan......
Dalam menangani masalah ni, perkongsian dengan orang-orang terdekat dan terpilih adalah amat perlu. Dengan kata lain, bila kita tidak dapat selesaikannya sendiri, jangan pendam dan menganiaya diri sendiri dengan alasan malu terutamanya. Malu nanti orang tahu anak kita bermasalah, malu orang tahu isteri kita bermasalah atau malu orang tahu suami kita bermasalah.
Seperti saya cakap tadi, kongsi masalah kita. Pilih orang baik yang mampu menyimpan rahsia. InsyaAllah, diri yang teraniaya dan kepala yang berserabut memikir seorang diri akan ringan bila kita meluahkan masalah kpd orang lain. Mudah-mudahan orang yang mendengar itu punya jalan untuk selesaikan masalah kita.
Jika suami isteri tak boleh berbincang, suami takleh ditegur, isteri ikut suka hati kepala sendiri, suami keluar rumah tigapat malam tanpa diketahui isteri ke London kah, ke Paris kah, isteri/suami tak jaga keaiban pasangan, sanggup menengking walau dimana berada tak kira di hadapan siapa, anak melawan mak ayah macam musuh atau banduan, memang masalahhhh...... Anda mesti sedar, anda memang mempunyai masalah.
Jadi, cari jalan......
Friday, March 9, 2012
Dulu Seronok, Sekarang Lagi Seronok
Padahal tak faham sangat pun lagi. Dengar je 13%, ayoyo..... banyak baik.
Yang betul-betul makcik faham, SPBA batal dan SSM kekal dengan ditambah baik
Selebihnya, nantilah makcik baca. Hari ni Jumaat, banyak benda makcik nak buat.
Eh, SPBA yang dah dibatalkan tu pun makcik belum faham.
Hehehe
OK Selamat
Yang betul-betul makcik faham, SPBA batal dan SSM kekal dengan ditambah baik
Selebihnya, nantilah makcik baca. Hari ni Jumaat, banyak benda makcik nak buat.
Eh, SPBA yang dah dibatalkan tu pun makcik belum faham.
Hehehe
OK Selamat
Wednesday, March 7, 2012
Banyak Kerja Bukan Masalah, Takde Kerja Memang Masalah
Fuhhh....tarik nafas
Sudah 7 Mac
Pendaftaran SPM
PKBS 1
SAPS
Result SPM keluar
Diadun, digaul
Inilah antara makanan makcik sepanjang bulan ini.
Minggu depan cuti sekolah
Tapi macam tak best je
Walaupun sudah berderet-deret kad jemputan kahwin.
Hari ni
Murah rezeki
Ada orang bagi nasi dagang, nasi paprik, karipap, kek gulung, pisang dan apc.
Alhamdulillah
Sudah 7 Mac
Pendaftaran SPM
PKBS 1
SAPS
Result SPM keluar
Diadun, digaul
Inilah antara makanan makcik sepanjang bulan ini.
Minggu depan cuti sekolah
Tapi macam tak best je
Walaupun sudah berderet-deret kad jemputan kahwin.
Hari ni
Murah rezeki
Ada orang bagi nasi dagang, nasi paprik, karipap, kek gulung, pisang dan apc.
Alhamdulillah
Sunday, March 4, 2012
Blues Pagi Ahad
Pagi tadi, belum pukul 7 pagi kami (saya dan Ain) dah sampai SK Sering. Yeayy awalnya.....
Lepas bersalam peluk cium, makcik kecik pun melangkah turun dari kereta lembu.
Tiba-tiba...secepat kita dia masuk semula.
Ummiiii.......
Bakpo?
Kasut tak sama. Kiri lain, kanan lain.
???? Tak apo eh....
Taksir. Nak balik tukar.
Dan,
Dalam perjalanan balik, makcik ngepek sebakul.
&^%$#@()
Lepas bersalam peluk cium, makcik kecik pun melangkah turun dari kereta
Tiba-tiba...secepat kita dia masuk semula.
Ummiiii.......
Bakpo?
Kasut tak sama. Kiri lain, kanan lain.
???? Tak apo eh....
Taksir. Nak balik tukar.
Dan,
Dalam perjalanan balik, makcik ngepek sebakul.
&^%$#@()
Subscribe to:
Posts (Atom)