Saturday, November 17, 2012

Halangan

 Setiap kerja buat kita mesti ada halangan sama ada kecil atau besar. Halangan boleh wujud akibat  orang-orang sekeliling, kelemahan diri sendiri atau pun keadaan di sekeliling kita. Jadi, untuk kecapi kejayaan, jangan mengalah dengan halangan walau dari ceruk mana dia muncul. Kita mesti ingat, usaha untuk sampai ke bintang tidak sama dengan usaha mendaki tangga ke tingkat 15. Usah mengalah, jadikan impian sebagai kenyataan.
Pagi tadi, lepas makcik goreng nasi sekuali (nak tunjuk rajin le tu, goreng nasi pun ckp dlm blog. hehehe) makcik pun keluar rumah. Klik sana klik sini pagi-pagi hari dgn hphone buruk makcik. Tiba-tiba makcik nampak Mr green berlengkar atas pokok tempat makcik main klik klik  itu. Apalagi, makcik terus melompat kijang. Geli...geli...geli. Urusan seterusnya, makcik serahkan kepada en suami yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian. Nasib baik tak gugur jantung makcik. Hebatnya Allah, tak pernah kita dengar ada orang tercabut jantung walau selasak mana aktiviti seseorang. Alhamdulillah... Allah Maha Besar


Pic yang sempat makcik snap pagi tadi.
Sapa tahu bunga apa? 
Bunga limau kasturi.



Hari ke6





Thursday, November 15, 2012

Alhamdulillah....Lega

(Tujuan rekod diri sendiri)
12 hb Nov lps, bermula satu misi. Entah akan berjaya entah tidak. Kalau berjaya nanti, insyaAllah saya akan kongsi kat sini.  Buat masa sekarang, biarlah ia menjadi rahsia. Hehehe.

Isnin dan Selasa lepas juga makcik buat kelas tambahan. Pesan melalui SMS dan FB je.Sebelum cuti tu kalut sangat dgn macam-macam kerja, lupa nak pesan dgn diorang. Nasib baik  ramai datang. Mula-mula nak buat Isnin je, tapi biasala kan,  cikgu yang risau lebih. Ini nak ulang, itu nak ulang, ini spot, itu spot, (semua tajuk saya spot. hehehe) lastnya tambah lagi sehari. Diorang pun cuti lama sebelum periksa balik 19 hb nanti. Semoga anak-anak muridku dapat jawab dgn baik dan dapat keputusan yg cemerlang. Amin...

Kertas periksa akhir tahun utk pelajar form 4 dah habis makcik tanda. Yeayyy..... Isnin ni dah boleh gi key in markah dlm HC3, sambil-sambil tu boleh jumpa anak-anak muridku yang nak masuk periksa. Kejap tadi dah siap  key in markah dlm SAPS.  Leganya. Alhamdulillah

Malam tadi, gi cari buku kerja tahun 5 untuk Ain.Tahun depan dah naik tahun 5 si kecik ni  Maknya pun tumpang sekaki.  Maka terbelilah novel kat bawah. Yang Indah Hanya Mimpi. Rasa macam nak beli I Love You Stupid tulisan Melur Jelita. Tapi, nanti dulu lah. Lain kali. Mentang-mentang dah habis tanda kertas, layan novel je ya. Hehehe sekali sekala




Oklah, Selamat Tahun Baru 1434. Semoga semua kerja buat kita mendekatkan diri kita kepada  Allah Yang Maha Esa.


Sunday, November 11, 2012

Cuci Mata Ngan Senduk?

Asyik hujan je sekarang ni. Alhamdulillah....sejuk dan tidur pun jadi lebih nyaman. Makan kenyang-kenyang, tidur. Elok le tuh. Ater, takkan nak berjalan tengah-tengah hujan, ya dak? Bercakap pasal berjalan, esok makcik nak berjalan dengan kawan-kawan kamceng  masa sekolah dulu. Mintak-mintak esok tak hujan. Senang  nak jalan-jalan, sembang-sembang dan semestinya makan-makan juga. Kalau lepas ke Pengkalan Kubur/Rantau Panjang pun best jugak nih. Dapat le makcik cuci mata ngan pinggan mangkuk periuk belanga sudu mahupun senduk. Hehehe Maaf....Merapu sudah.

Thursday, November 8, 2012

Yang Ditunggu-tunggu

Akhirnya.....8 Nov 2012  Hari terakhir persekolahan tahun 2012.
Esok cuti bermula.
Tapi...selagi anak-anak SPM masih bertarung, makcik pun tak berapa seronok  bercuti. Hehehe



Monday, November 5, 2012

Emak Je Masih Layan Macam Budak Tadika

Mlm tadi makcik gi cari kek untuk Ain. Hari ni birthday dia. Beria le kanak-kanak ribenna ni nak bawa kek pergi sekolah. Dia juga nak bawa air tapi makcik pujuk takyah le bawak, nanti tumpah basah dalam kelas, cikgu marah. Alhamdulillah nasihat diterima. Pagi tadi, kemain lagi seronok bawak kek dan cokelat untuk dibahagi kepada kawan-kawan sekelas. Balik sekolah tengahari tadi, dia bawa balik banyak hadiah. Ada pensel, buku catatan, rantai leher, keychain, duit RM5 (takdan gi beli hadiah gamaknya, diberi je duit), hiasan (apa ke nama, liplap liplap lagi) Seronoknya dia macam dunia ni dia yang punya. Yang kelasnya, "Ummi, tadi Ain gi tanya makcik kantin, air sirap  satu jug, berapa RM?  Makcik cakap RM3. Ain pun beli dua jug.  Kek tu, Ain gi hantar untuk cikgu sikit. Dah cerdik rupanya si kecik tahun 4  ini.

  

Antara hadiah yg diterima

Thursday, October 25, 2012

Dalam Kenangan

Hari ni 9 Zulhijjah. Esok raya. Yeayy.... daging singgae, daging cicah air asam, daging goreng campur hati, campur jantung. hehehe  Lupakan bab makan-makan ni.  Hayati pengorbanan Nabi Ibrahim ya kawan-kawan.
Teringat masa wukuf pada 2009 yang lepas. Kami dibawa ke Arafah pada 8 Zulhijjah kerana bimbang kesesakan jalan. Bimbang tidak sempat wukuf dari gelincir matahari 9 Zulhijjah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah. Masa kami sampai di Arafah, hujan turun dengan lebatnya Dah nama pun duduk dalam khemah, jadi banyaklah bocor hingga tilam  banyak yang basah. Tilam saya berjiran dengan tilam seorang kakak yang saya memang tak kenal w/pun dlm pakej yg sama. Kakak tu bersama  empat lima  orang kawannya yang saya nampak macam dah lama kenal. Sepanjang berada di Mekah dan Madinah, saya tinggal sebilik dengan suami. Jadi, sepanjang di sana saya takde kawan rapat. Kemana-mana pun saya berdua dengan suami, tapi bila berada di Arafah, jemaah perempuan dok dalam satu khemah dan jemaah lelaki dok dlm satu khemah yang lain.
Malamnya, kami susun semua tilam yang basah di tepi dan kami semua tidur atas karpet. Karpet tak basah sebab ianya dbentang bawah tilam yang disusun rapat. Malam tu, sebaik saya merebahkan badan untuk berehat, kakak sebelah tilam saya mengeluarkan selimut  ( kain nipis yg agak besar) lalu menyelimutkan saya. Memang sejuk pun sebab sebelum tu hujan lebat dan kita sedikit sebanyak memang basah (saya hanya bawa benda-benda wajib je, selimut ni memang takde dlm senarai). Sungguh tersentuh bila orang yang kita tak kenal begitu baik dengan kita.
Rindunya untuk melalui pengalaman berwukuf lagi, berdoa, bermunajat dalam suasana begitu.Syahdu....
Esoknya selepas maghrib, kami bertolak ke Muzdalifah  dan selepas Subuh kami dibawa pula ke Mina.Di Mina, tilam saya berjiran pula dengan Megawati. Rasanya saya dah cerita tentang kawan baik saya  ini yang terputus hubungan selepas musim haji 2009 tetapi berjumpa balik masa buat umrah 2011.
Hari terakhir saya berada di Mina, kalau tak silap masa tu dlm perjalanan nak gi melontar, saya tunjuk kepada suami,  "Itulah kakak yang selimutkan  saya masa dok di Arafah" . Masa tu dia tengah berjalan beriringan dengan suaminya.
Suami : "Suami dia tu kan wakil rakyat. Tak kenal ke?"
Aaa? isteri wakil rakyat. Baiknya.
Semoga dia sentiasa di dalam kerahmatan Yang Maha Esa.


Terima kasih kepada pembimbing haji kami Abu Anas Al Madani (Dr Abdul Basit Abdul Rahman) di atas bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang musim haji 2009. Semoga mendapat balasan yang setimpal dari Yang Maha Esa.

Tuesday, October 23, 2012

Biar Kalah, Jangan Mengalah

Kalut itu kalut ini, begitu begini, sedar sedar dah nak raya haji dan 2012 dah nak berakhir. Cepatnya masa berlalu. 
Untuk pelajar SPM, 12 hari lagi tibalah masanya yang ditunggu-tunggu. Dlm masa 12 hari ni, bersedialah apa yang patut. Biar berbaloi segala penat lelah kita selama ini.. Seperti yang saya selalu cakap, kalau tak nak main sembunyi-sembunyi di sebalik tiang atau belakang bangunan sebab malukan kawan/cikgu dek  result  yang KO bulan 3 tahun depan,  tolong belajar rajin-rajin..Gunakan sisa masa yang masih ada ini sebaik mungkin.Dalam masa 12 hari ini, jadilah seorang pelajar dalam erti kata yang sebenar dan tinggalkan kerja-kerja yang tidak berkaitan.

Friday, October 19, 2012

Di Kesempatan Yang Ada

Seorang kawan saya bercerita, kawannya cerita. Eh berbelit-belit pulak. Begini, kawan kepada kawan saya ( telah kematian suami) cerita kepada kawan saya. pastu kawan saya cerita pulak kepada saya. Si kawan yang telah kematian suami tu cakap, masa kita bersama orang-orang tersayang (dia merujuk kpd suami) berbuat baiklah kpd mereka. Takyah le asyik  berkira, asyik cari salah silap atau  kejap-kejap gaduh, kejap-kejap masam muka. Sebab bila suami atau orang-orang yang kita sayang dah takde, masa tu lah kita akan kesal dan menghargai setiap saat  kewujudan dia di sisi kita selama ini. Pada masa tu lah baru kita akan ingat itu, ingat ini, kalau begitu, kalau begini. Masa tu, semuanya dah terlambat. Dia takkan kembali bersama kita, menemani kita ketika suka atau pun duka.

Jumaat Yang Indah

Dah masuk musim hujan ke kita ni? Dari malam kelmarin hujan dengan lebatnya. Ada jugak sekejap-sekejap berhenti tapi pastu sambung hujan balik. Masa makcik menaip ni pun hujan  dan gelap gelita. Pagi tadi, dalam hujan renyai-renyai makcik gigih pergi pasar. Beli itu ini yang berkenan di hati termasuklah siput sedut.Asyik ingat makan je lebih-lebih lagi bila sejuk macam ni.

Dah siap untuk disedut. Hehehe

Ini pulak sup beko. Siapa pernah rasa?
Tipu je tu.
Sebenarnya buah beko ni makcik potong  macam dlm pic di atas, pastu rendam dalam air sampai keluar  warna hijaunya. Rasanya dalam sejam lebih. Lepas tu basuh bersih dan jadilah ulam yang sangat ranggup. Cicah pula dengan sambal atau budu.  Sedappp...cubalah.


dah siap masak lauk, makcik pun buka bekas beras nak masak nasi. olalala... beras ada sejemput je. maka makcik pun masak le sejemput beras tuh dan dapat le nasi dua jemput. kesiankan? ?

Wednesday, October 17, 2012

Makan Makan Makan

 Dlm perjlnn blk sekolah, teringin pulak nak mkn mee goreng.Mesti sedap bila diganding  dgn keropok lekor. Jadi, makcik terus singgah di kedai mencari keropok lekor. Mee tak payah cari, berlonggok je kat mana-mana kedai pun. Terjumpa keropok lekor di kedai yang menjual ikan masin. Makcik beli dua batang (betul ke penjodoh bilangan ni)keropok lekor. Tiba-tiba...ehh sedapnya ikan masin jika digulai dengan nanas. Sedapnya....Makcik pun terbeli ikan masin. Cari nanas dan beli santan. Terus balik rumah. Dalam kereta dah lupa dengan mee goreng, sebaliknya terbayang-bayang ikan masin gulai dengan nanas.  Maka terhasillah gulai di bawah.


 Pic di bawah pula bukan dari dapur makcik. Maggie ketam yang penuh dengan ketam dan udang.  Sedap3x Semuanya sedap.  Macamana le  nak kurus. Makan banyak pulak tuh. Hehehe

Friday, October 12, 2012

Raya Puasa

Tiba-tiba terjumpa pic di atas. Sebagaimana tajuk en3, pic ni makcik ambik masa raya puasa yang lepas. Sebenarnya makcik nak cakap, sshhhh... dua-duanya sama gemuk. hehehe

Tua

Sakit lutut, sakit pinggang, sakit urat dan macam-macam sakit lagi sebenarnya  mengingatkan bahawa  kita tidak lagi muda belia. Masa umur 17, 20 dulu ada siapa selalu sakit urat? Takde kan.Kalau ada pun sekali sekali time jatuh motor, jatuh longkang. Selain daripada tu, alhamdulillah sihat je kita.
Taknak tulis (membebel) panjang-panjang, senang cerita, selagi nyawa dikandung badan, jom kita cari bekalan, tambahkan tabungan.
Sekian, TQ

Wednesday, October 3, 2012

Doa Kami

Sudah Oktober. Lamanya tak update blog. Lepas habis tanda kertas hari tu, rasa nak berehat panjang. Sebenarnya kepala ni asyik le terfikir budak-budak yang nak periksa. Masih ada lagi yang takde ghupa macam nak periksa.Dah habis ayat cikgu-cikgu dok mintak diorang supaya belajar, belajar, belajar. Tapi... masih ada yang tengah enak bermimpi. Mudah-mudahan dibukakan hati mereka untuk belajar dan melangkah menuju puncak.

Friday, September 21, 2012

Walau Siapa Pun Kita

Berada di puncak atau di dasar
Sama sahaja

Kita ada harga diri

Bodoh bukan selamanya,
Miskin ada kayanya
Buruk ada manisnya

Diam tidak bererti suka, bukan bererti rela.

Tak terlawan, kita cari jalan
Kita semua bertuan
Ada Tuhan

 

Thursday, September 20, 2012

Sukan Tahunan 2012


 Ini acara Selasa dan Rabu lepas. 
kenapa ada pic rumah merah je ni? 
Ini bukan rumah saya.

JPO Oh JPO

Awal pagi Jumaat lepas, kami bertolak ke Kulai. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 12 jam. Dua tiga kali tidur dan dua tiga kali jaga jugaklah baru sampai tempat yang dituju. Kami dok di Kulai City Inn yang terletak di paras 4 sebuah bangunan. Kat bawahnya ada pasaraya. Malamnya, jenuh menyusur jalan mencari kedai makan. Mula-mula ke sebelah kanan hotel. Selepas tak jumpa satu pun kedai halal, kami berjalan pula ke sebelah kiri.. Ok jumpa. Bila masuk, rupanya malam tu ada jamuan raya. Bermakna takde jualan malam tu. Hehehe. Kata sepakat diambil, naik supermarket dan beli maggi.Beres.
Esoknya lebih kurang pukul 10 pagi kami bertolak ke Johor Premium Outlet. Best...best...best.... Lagi best kalau bawak RM10 ribu. Masuk sana masuk sini, cuci mata, cuci poket. Sangat bersemangat...... Nak pergi lagilah.
Pagi Sabtu, dengan longlainya bertolak balik




Thursday, September 13, 2012

Dia Dah Tinggalkan Kita

Hari ni ada potluck di bilik periksa. Seronok makan-makan tapi yang tak bestnya, harini hari terakhir dapat bersama-sama seorang sahabat sebilik yg dapat bertukar ke SMK Zainab 1. Dah lama bersama di bilik periksa, susah senang, suka duka, dah rasa macam adik beradik. Dalam berpeluk cium tu, boleh saya cakap " gi kejap je lah ke  zainab tuh, pastu mari sini semula deh" Uwaaa.... Tapi kita sedia maklum  setiap pertemuan, ada perpisahan. Ada yang sementara dan ada yang selamanya.

 Antara yang terhidang. Menu utama nasi dagang tapi takde pulak dlm gambar.

 Ketinggian ikut langsir?


Zun, semoga berbahagia di tempat baru.

Saturday, September 8, 2012

Tiada Lagi Yang Meminta Si Anak Ikan



Inilah sepatutnya santapan tengahari tadi.

Tapi perancangan makhluk tidak semestinya berjalan seperti yang dirancang. Ketika makanan kegemaran telah hampir sampai di mulut, yang menunggu  telah terapung lesu di tasik madu Segar dan kuat tidak bererti panjang jangka hayat dan kesayangan orang tidak bererti lama tempoh  hidup. Sampai masa, nyawa akan bercerai dari badan dan tinggallah segala yang dikejar dan semua yang disayang.


Uwaaa.... si comel kesayangan kami ini telah mati tengahari tadi.
Maka aquarium di sudut rumah menjadi kosong sekosong-kosongnya.

Tuesday, September 4, 2012

Ubat Oh Ubat. Kenapa Tak Sedap

Hari ni ada temu janji dgn Dr di HUSM. Dalam hati, malasnya hanya Allah yang tahu.. Tapi terpaksa jugak pergi bila mengingatkan ubat yang mesti dimakan setiap hari. Takkan nak  beli  di farmasi. Bukan murah... Yang buat saya sedikit seronok, hari ni saya jumpa dengan Dr Melayu. Dah lama saya tak nampak kelibat mereka. Dan hari ini dgn  selamba je saya cakap dgn doktor tu yang saya selalu ponteng makan ubat. Hehehe. Memang betul. Buat apa nak tipu.

Thursday, August 30, 2012

Ajaib Lagi

Dulu dah pernah cerita pasal pokok ajaib di  sini.
Kelmarin, dengan terujanya makcik  memetik buah ajaib yang sangat lebat di belakang rumah.
Entah bila dia berbunga dan berbuah makcik pun tak tahu. Tengok-tengok...dah masak ranum merah menyala.


 Segar dari ladang. 
Jgn percaya dengan perkataan ladang ini sebab pokoknya hanya tiga batang 
dan yang berbuah selebat-lebatnya hanya sebatang..

Tuesday, August 28, 2012

10 Syawal

Sudah 10 Syawal. Raya sudah, sekolah pun dah buka. Percubaan SPM pun dah bermula.
Sejak akhir-akhir ni, malas pulak nak update blog. Cerita-cerita pasal raya pun takde.
Sebenarnya raya 2012 ni meriah macam tahun-tahun lepas jugak. Alhamdulillah ramai tetamu jauh dan dekat yang berkunjung rumah kuning. Terimakasih semua dan harap maaf jika tersalah dan terkurang  juadah atau layanan. Al maklumlah makcik takdak bibik, takdak anak dara besar yang boleh membantu angkat cawan, basuh pinggan, lap meja. Kadang-kadang sampai makcik pun konfius, eh..eh...aku ni bibik ke tuan rumah. Hehehe punya le bersinsing lengan sorang-sorang kat dapur. Nasib baik dapur kecik, takyah lari ke hulu ke hilir.  Padahal masak dan bancuh air je pun.

5 Syawal, makcik bertiga beranak  ke KL. Dok di Sunway Putra 2 mlm. . Rasa macam tak cukup je 2 mlm tu  tapi Ahad dah sekolah. Nak taknak, terpaksa jugak  balik pagi Sabtu tuh.

Biskut  raya ada lagi nih. Masa raya hari tu, makcik rasa biskut-biskut tu tak berapa sedap. Balik sekolah tadi, makcik makan sebijik setiap jenis yg ada atas meja, sedap pulak  rasanya. 2 minggu lagi, mesti laaagi sedap. Berbaloi makcik beli. Bukan belilah, buattt.  Hehehe

Minggu akhir sebelum raya, seronoknya makcik mengalahkan ain. Sebabnya makcik terima satu-satunya kad raya untuk tahun ni. Mesti awak pun jeles kan. Makcik terima kad raya dari  blogger tersohor iaitu  KUJIE Terimakasih kak. Terimakasih banyak-banyak.



Saturday, August 11, 2012

Budi Bahasa Budaya Kita

Kelmarin, masa en suami tengah beli air kelapa di pasar Ramadhan. Ada seorang lelaki bertanya kepada penjual. Penjual kalau tak silap saya ada tiga orang. Saya nampak dengan jelas kerana menunggu suami tidak jauh dari situ.  Opss berbalik kpd pertanyaan lelaki tersebut. Dia tanya : Isi nyiur ni lembut ke? Salah seorang penjual tu jawab: KALU NAK LEMBUT, RENDAM DENGAN SOFTLAN BOLEH DUA MALAM, LEMBUTLAH. Fuhhh... power sungguh jawapan itu. Tapi Alhamdulillah lelaki yang bertanya tetap cool. Tabik spring untuknya..


 
Dik, jangan suruh mak masukkan softlan dlm isi nyiur tau

Friday, August 10, 2012

Berfikiran Positif

Kadang-kadang, kita senyum sampai ke pipi tapi orang buat senyum paksa je.
Kadang-kadang dah berselisih nasib baik tak berlanggar bahu, tapi ada orang buat tak nampak.
Kadang-kadang salam kita bersambut, tapi orang tak tengok pun muka kita.
Terfikir jugak...ada kita buat salah ke? 
Tak perlu pening-pening kepala. Berfikiran positif adalah lebih baik.
Mungkin orang tu tengah ada masalah sampai dah tak boleh senyum,  dah tak nampak orang atau dah tak sempat nak tengok muka orang.
Biarkan....  tak perlu fikir yang bukan-bukan.
Bila masalahnya selesai,  InsyaAllah dia akan pulih seperti sediakala.

Kita senyum je



Sunday, August 5, 2012

Sudah 16 Ramadhan

Alhamdulillah, sehingga hari ni baru sekali makcik sekeluarga terlajak hingga tak sempat sahur. Tersilap teknik sebenarnya. am pada tepon makcik, entah bila terubah kpd  pm. Maka tak berkokoklah dia pada masa yang  diinginkan. Makcik pun sedaplah tidur sampai subuh. Nasib baik makcik kecik sorang ni  boleh puasa sampai waktu berbuka. Cuma, bulan puasa ni, selera makcik kecik dgn selera  makcik  selalunya tak sama. Dia dengan selera ala-ala western sikit. Makcik dengan selera  cerok kampung negeri Cik Siti Wan Kembang.

 Buah ni pun makcik kecik yang beria nak makan.