Monday, December 3, 2007

Leherku disembelih??

Alhamdulillah akhirnya pagi tadi aku telah dibenarkan keluar dari HUSM Kubang Kerian setelah melalui lima hari yang cukup mendebarkan. Semuanya gara-gara "follicular adenoma of thyroid". Sebenarnya aku dah lama mengalami masalah ini tapi kerana perasaan takut baru kini aku bersedia untuk menjalani pembedahan.
Episod ini bermula pada 28 Nov dimana aku dengan yakinnya telah mendaftar masuk ke wad 4 Timur HUSM. Sebenarnya siri temu janjiku di hospital ini telah bermula dari Mei 2007 sehinggalah pada 25 September lepas Dr telah menasihatkan supaya leherku dibedah. Takut memang takut sebab tempat yang nak dioperate tu di leher dan segala macam "wayer" ada di situ. Tambah lagi ianya berdekatan dengan peti suara dan selepas pembedahan, aku terpaksa ambil ubat sepanjang hidup. Bukan aku pandai-pandai reka, tapi doktor jugak yang cakap. Sebelum masuk wad pagi 28 Nov tu, sekali lagi aku diberi penerangan sambil-sambil t.tangan surat kebenaran. Masa tu ...takutnye....... Tekanan darah memang naik gila dan malam tu aku terkebil-kebil melayan fikiran di katil wad sehinggalah aku diberi ubat penenang supaya dapat rehat dan lena.

Esoknya 29 Nov lebih kurang jam 11.30 pagi aku telah dibawa masuk ke bilik bedah. Bila nak masuk bilik bedah tu misi tanya aku, nak cakap /pesan apa? Aku terus tutup muka dengan kain yang memang dah menutupi tubuhku tanpa dapat berkata apa-apa pada suami yang mengiringiku .Hehehe...emosi...emosi.


kwang..kwang...kwang


Dalam bilik bedah tu aku dalam keadaan sedar dalam tiga/empat minit sebelum diberi sedutan yang melenakanku. Seterusnya aku sedar kembali lebih kurang pukul 6.00 petang dan di bawa masuk semula ke wad selepas berada di bilik bedah lebih kurang lima jam setengah. Masa tu aku rasa letih sesangat, tak dapat buka mata, tapi macam dengar orang bercakap. Kira macam separuh sedar kot. Lebih kurang pukul 2.00 pagi barulah aku betul-betul sedar ( puas tidur bekali ). Perut terasa lapar kerana aku telah berpuasa dari malam sebelumnya. Lamanye... Sambil makan roti, barulah aku sedar ada banyak wire ( 4 je ) kat tubuh badanku. Satu wire untuk memasukkan air, satu lagi untuk mengeluarkan air dan dua untuk mengeluarkan darah kotor/ sisa-sisa darah dari tempat pembedahan. Susah nak bergerak...memang tak boleh bergerak lagi pun.
.
Seterusnya pada tengahari 30 Nov aku telah mengalami kebas kedua-dua belah tgn kesan daripada pembedahan tersebut. Tetapi selepas diberikan calsium, keadaan kembali normal sehinggalah pada petang 1 Dis sekali lagi tanganku kebas. Doktor telah menambahkan dos calsium dan keadaan menjadi baik.
.
Pada hari berikutnya, segalanya ok cuma pergerakanku agak terbatas kerana terpaksa membawa dua balang darah ini yg masih disambungkan di tempat pembedahan.


Pada pagi 3 Nov 2007 aku telah dibenarkan keluar dari wad. Terimakasih kepada ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan yg mendoakan, kakitgn klinik ORL, kakitgn wad 4 Timur HUSM, pakar yang bertanggungjawab menjalankan pembedahan Dr Wan Syah Jehan, Dr Hassan, Dr Suhaimi, Dr Idayu, Dr Azmi, Dr Izani, Dr Usha ( sekadar menyebut beberapa nama ) dan semua yang terlibat di dalam menjalankan pembedahan ini. Untuk semua, semoga mendapat ganjaran yg setimpal daripada Allah swt.
.
Untuk seorang aku, semoga kesakitan dan kesusahan yang sedikit ini menginsafkan diri dan meningkatkan ketakwaan kepada Illahi.

5 comments:

Zamjeng. said...

Ngerinya tajuk!!! Semoga cepat sembuh.

arsaili said...

salam...erkkss moga cepat sembuh..teringat masa nak masuk bilik bedah..mmg takut...parents pesan suh mengucap dan baca al fatihah n ayatul kursi...isk222 sungguh mendebarkan ....

Orked said...

salam cikgu...moga cepat sembuh..insya-allah , dgn teknologi skrg ni...rasanya pembedahan tidak serisiko dulu...

saya juga pernah 3 kali pembedahan masa lahirkan anak...3 kali dgn 3 pengalaman yg berbeza.

Rumah Kuning said...

je,arsaili n jie, tkasih byk2. Sekarang ni berdebar tunggu result dari makmal pulak.

KeL@T said...

moga cepat sembuh...