Saturday, February 9, 2008

Apa Nak Jadi??

Saya rasa semua orang Islam mengetahui kewajipan menunaikan Solat Jumaat. Jadi, setiap Jumaat sama ada suka atau tidak, setiap umat Islam yang cukup syaratnya berkewajipan menunaikan solat Jumaat. Apa yang menyedihkan ramai diantara para jemaah yang tidak menjaga adab semasa menghadirkan diri ke masjid pada hari ini.
.
Terdapat segelintir para jemaah yang bersembang di luar masjid walaupun ketika khutbah sedang dibaca. Biasanya kumpulan ini akan memasuki masjid bila imam mengangkat takbir dan mulut mereka akan berhenti bercakap bila mereka sendiri mengangkat takbir.
.
Pernah saya melihat kumpulan remaja belasan tahun yang hensom berbaju melayu tetapi hanya memenuhkan pondok atau tempat letak kenderaan di kawasan masjid tanpa masuk dan solat di dalam masjid. Bila imam memberi salam, mereka dengan segera menghidupkan motosikal dan memecut balik/keluar dari kawasan masjid.
.
Saya juga diberitahu terdapat Melayu Islam yang bersembang di luar masjid dan hanya berlari memasuki masjid bila imam hampir memberi salam. Apa yang mereka lakukan ialah duduk dan memberi salam bersama para jemaah lain dan terus cabut begitu saja.
.
Sebagai ibu bapa, cuba perhatikan anak-anak lelaki kita yang ke masjid terutamanya pada setiap hari Jumaat. Pastikan mereka solat dengan betul dan bukan hanya ke masjid untuk menyesakkan dada para jemaah lain.



Opss, teringat masa kecik2 dulu. Mak bapak menjeling pun aku adik beradik dah menikus. Budak2 sekarang, mak bapak menjerit keluar anak tekak pun belum tentu mereka patuh (Dgn kata lain, tak deggih)

2 comments:

Jie said...

dulu2 kita luaskan mata je..derang dah kecikkan mata..skrg ni...derang yg luaskan mata..kita kecik mata pasai dok nanes...huwaaa...rindunya Along

Rumah Kuning said...

Eee..malunye