Tuesday, March 31, 2009

Lagi Pintu Gerbang

Malam tadi sekali lagi saya sekeluarga meronda melihat kemeriahan lampu dan pintu gerbang. Ramai jugak orang yang beria-ia berposing dan mengambil gambar. Bak kata suami : Blogger juga kot... hehehe. Acara tembak-menembak kami malam tadi berakhir dengan pembelian makanan di sebuah restoran makanan Arab yang best itu. Sukaa.....




Bulan ni rasa macam tak berbaloi bayar bil streamyx. Sebelum ni seminggu modem rosak. Kelmarin dan hari ni "berona" lagi. Kali ni mungkin kabel putus atau kena curi pulak sebab dengan telefon sekali sunyi sepi. Sabar je la.... Manusia merancang, Allah yang tentukan.
Broadband ni pulak, masa ni le merangkak-rangkak, semput semacam. Slow yang teramat walaupun sebelum ni ok je tahap kelajuannya. Bayangkan malam tadi berjam-jam menunggu tak lepas untuk upload 4 keping gambar ini. Akhirnya sambung pulak pagi ni. Dugaan.....

Saturday, March 28, 2009

Jom Tengok Lampu

Sekejap tadi saya sekeluarga jjcm di KB.
Nampaknya ibu negeri Cik Siti Wan Kembang telah mula bermandi cahaya sempena Ulangtahun Keputeraan Al Sultan.
Dalam perjalanan balik, saya sempat snap pic yang meriah berwarna warni ini.
Pintu gerbang lain, belum siap sepenuhnya.
30 & 31 hb cuti. bahagianya.....

Wednesday, March 25, 2009

Khatam Al Quran Di Puncak Kinabalu

Sekalung tahniah kepada Ajit dan rakan-rakan yang akan bertolak ke Kota Kinabalu esok bagi memenuhi misi murni ini. KAMPUNG DOMIS - Bagi meraikan para pelajar Maahad Tahfiz Sains yang akan mengikuti ekspedisi menawan puncak Gunung Kinabalu dan khatam al-Quran di kawasan berkenaan, satu majlis pelancaran program itu diadakan di Dewan Hassan Al-Banna, Maahad Tahfiz dekat sini semalam. Program terbabit melibatkan seramai 30 pelajar dan lima guru pengiring akan bertolak pada 26 Mac (Rabu) dan dijangka pulang pada 1 April ini.
Majlis pelancaran program terbabit dirasmikan oleh Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO, Abdul Fattah Mahmood, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Panau. Turut hadir pada majlis pelancaran berkenaan, Pengetua Maahad Tahfiz Sains, Tarmizi Said. Tarmizi dalam ucapannya berharap agar para peserta bersedia dari segi fizikal dan mental serta mempunyai keazaman yang kuat dalam diri untuk menawan puncak Gunung Kinabalu. Beliau turut menegaskan agar para pelajar akan sentiasa kental dan mempunyai ketahanan fizikal dalam menjalankan aktiviti terbabit. “Kehidupan setiap manusia perlulah dilengkapi dengan kekentalan mental dan fizikal, lebih-lebih lagi kepada manusia yang bergelar hamlatul Quran. “Ketahanan fizikal yang utuh akan dapat memantapkan lagi peribadi individu dalam mengharungi perjuangan,” katanya.
Sementara itu, menurut Abdu Fattah, beliau turut merakamkan perasaan bangga dengan Ekspedisi Khatam Al-Quran di puncak Gunung Kinabalu. “Ekspedisi menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara ini dan khatam 30 juzuk al-Quran merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia . “Saya mengharapkan agar lebih banyak lagi program-program atau ekspedisi yang disertakan dengan aktiviti khatam al-Quran,” katanya. Beliau turut menyarankan agar para peserta menitikberatkan disiplin pemakanan semasa pendakian. “Saya mendoakan semoga peserta ekspedisi menawan puncak Gunung Kinabalu ini akan selamat semuanya dan dilindungi oleh ALLAH SWT,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.
Sumber Akhbar Sinar Harian.


Monday, March 23, 2009

Jom Main

Kejohanan Sukan Dan Permainan
Tarikh : 23 Mac 2009
Tempat : Padang SMK Panji
Segelintirnya
disuruh belajar, mereka bermain
disuruh bermain, mereka main-main

Sunday, March 22, 2009

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Tarikh : 22 Mac 2009 / 25 Rabiulawal 1430H
Antara aktiviti yg dijlnkan ialah perarakan,
ceramah Malidur Rasul, persembahan murid & guru, kuiz dan jamuan.




Monday, March 16, 2009

Jangan Tiru Macam Saya

Esok periksa PTK.
Dan saya belum baca apa-apa.
Yang lebih dahsyat lagi tak ada apa-apa buku atau nota yang nak dibaca.
Makcik langsung tak beli buku atau fotostat nota.
Nampak gayanya esok ada orang terpaksa mencuba nasib dengan melambung eraser.
Hehehe padan muka saya.

Sunday, March 15, 2009

Belum Terlambat

Result SPM 2008 sudah diumumkan.
Ramai yang masih bergembira meraikan kejayaan yang diperolehi.
Dan tidak kurang juga yang masih murung meneliti slip exam yang diterima.
Walau apa pun, tahniah kepada mereka yang mendapat keputusan cemerlang.
Kepada yang gagal, usah bersedih terlalu lama.
Mungkin kebangkitan kali kedua akan membuahkan kejayaan yang melebihi igauan dan mimpi kita.
Terima kasih kepada anak-anak Panji yang telah berusaha dan berjaya menaikkan peratus kelulusan SPM 2008 walaupun tidak sebanyak mana.
Kami guru-guru yang selama ini ada ketikanya menjerit, mencubit, semestinya amat menghargai usaha murni anda ke arah menggapai kejayaan ini.

Puan Pengetua sedang mengumumkan keputusan SPM peringkat sekolah Khamis lepas.



Anak-anak Panji yang sudah tidak sabar menanti keputusan.
Alangkah gembiranya bila kita dapat menggembirakan orang lain.

Sunday, March 8, 2009

Sehari Cuti Sehari Kerja, Sehari Cuti Sehari Kerja

Saya masih agak sibuk dengan kerja-kerja pendaftaran calon SPM 2009.
Minggu lepas murid-murid menghadapi Ujian Berasaskan Sekolah 1 (UBS 1)
Dan.....5 bundle kertas jawapan masih belum berusik.
Berbalik kepada tajuk n3, Jumaat lepas cuti seperti biasa, Sabtunya ada program Peningkatan Profesionalisme Guru di SMK Panji, hari ini Ahad sekolah seperti biasa dan esok cuti sempena Maulidur Rasul. Wujud kelegaan di sini.

Sunday, March 1, 2009

InsyaAllah Kita Mampu


Tanpa mengira kecil besar, berpangkat atau tidak, kaya atau miskin kita masih boleh memberi paling tidak kepada orang-orang sekeliling kita. Jadi, berusahalah untuk menyumbang tidak kira wang ringgit, tenaga, buah fikiran, khidmat nasihat dan seumpamanya. Mudah-mudahan pemberian kita yang sedikit itu dapat menambahkan pahala untuk kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak.