Ramai yang masih bergembira meraikan kejayaan yang diperolehi.
Dan tidak kurang juga yang masih murung meneliti slip exam yang diterima.
Walau apa pun, tahniah kepada mereka yang mendapat keputusan cemerlang.
Kepada yang gagal, usah bersedih terlalu lama.
Mungkin kebangkitan kali kedua akan membuahkan kejayaan yang melebihi igauan dan mimpi kita.
Terima kasih kepada anak-anak Panji yang telah berusaha dan berjaya menaikkan peratus kelulusan SPM 2008 walaupun tidak sebanyak mana.
Kami guru-guru yang selama ini ada ketikanya menjerit, mencubit, semestinya amat menghargai usaha murni anda ke arah menggapai kejayaan ini.
Puan Pengetua sedang mengumumkan keputusan SPM peringkat sekolah Khamis lepas.
Anak-anak Panji yang sudah tidak sabar menanti keputusan.
Alangkah gembiranya bila kita dapat menggembirakan orang lain.
6 comments:
Kita berusaha. Bila berjaya kita bersyukur.
Kejayaan anak murid itulah hadiah kepada guru-guru.
salam,
teringat 5 taun lepas..time amik result cmnie gak lerr...hehehe
Apapun...moga anak2 panji berpuashati dan cikgu lebih lagi kan cp...
ab. long,
Bila sudah berusaha, kalau gagal sekalipun kita berpuashati.
toknabe,
betul tu.kita pulak yg terlebih gembira.
nono,
kadang-kadang cikgu menyakat mcm2 sebelum ditunjukkan result.hehehe
atie,
begitulah nampak gayanya. tak balik kg ke cuti ni?
Post a Comment