Sekalung tahniah kepada Ajit dan rakan-rakan yang akan bertolak ke Kota Kinabalu esok bagi memenuhi misi murni ini. KAMPUNG DOMIS - Bagi meraikan para pelajar Maahad Tahfiz Sains yang akan mengikuti ekspedisi menawan puncak Gunung Kinabalu dan khatam al-Quran di kawasan berkenaan, satu majlis pelancaran program itu diadakan di Dewan Hassan Al-Banna, Maahad Tahfiz dekat sini semalam. Program terbabit melibatkan seramai 30 pelajar dan lima guru pengiring akan bertolak pada 26 Mac (Rabu) dan dijangka pulang pada 1 April ini.
Majlis pelancaran program terbabit dirasmikan oleh Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO, Abdul Fattah Mahmood, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Panau. Turut hadir pada majlis pelancaran berkenaan, Pengetua Maahad Tahfiz Sains, Tarmizi Said. Tarmizi dalam ucapannya berharap agar para peserta bersedia dari segi fizikal dan mental serta mempunyai keazaman yang kuat dalam diri untuk menawan puncak Gunung Kinabalu. Beliau turut menegaskan agar para pelajar akan sentiasa kental dan mempunyai ketahanan fizikal dalam menjalankan aktiviti terbabit. “Kehidupan setiap manusia perlulah dilengkapi dengan kekentalan mental dan fizikal, lebih-lebih lagi kepada manusia yang bergelar hamlatul Quran. “Ketahanan fizikal yang utuh akan dapat memantapkan lagi peribadi individu dalam mengharungi perjuangan,” katanya.
Sementara itu, menurut Abdu Fattah, beliau turut merakamkan perasaan bangga dengan Ekspedisi Khatam Al-Quran di puncak Gunung Kinabalu. “Ekspedisi menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara ini dan khatam 30 juzuk al-Quran merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia . “Saya mengharapkan agar lebih banyak lagi program-program atau ekspedisi yang disertakan dengan aktiviti khatam al-Quran,” katanya. Beliau turut menyarankan agar para peserta menitikberatkan disiplin pemakanan semasa pendakian. “Saya mendoakan semoga peserta ekspedisi menawan puncak Gunung Kinabalu ini akan selamat semuanya dan dilindungi oleh ALLAH SWT,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.
Sumber Akhbar Sinar Harian.
4 comments:
alhamdulilah..
seorang anak menjadi tahfiz akan membawa 4 org ahli keluarga utk masuk syurga.. :)
combi cuma ade 2 org anak..harap ade ramai cucu selepas ni :p
combi,
dua lebih byk dari satu kan? hehehe
Dimana ada kemahuan di situ ada jalan.... Semoga selamat pergi dan kembali.
na,
yg pergi tu semua form five. tahun ni spm.dan yg menariknya semua hafiz. terasa keciknya kita yg dah tua ni.
Post a Comment