Lepas sekolah saya ke KB ....tabung haji sebenarnya
Semasa masuk, terdapat 5/6 orang sedang menunggu/mengisi borang.
Terus saya tekan no dan mengisi borang.
Seterusnya menunggu untuk berurusan di kaunter.
Tunggu dan tunggu
Tiba-tiba kerani yang bersetentang dengan saya melambai ke arah saya
Dalam hati....apahal pulak?
Dengan lembut kerani tersebut cakap : Dah takde orang, mari le
Saya terus bangun dan menuju ke arah kaunter tersebut dan berkata : Tak panggil lagi no saya.
Kerani tersebut pun bertanya: No berapa?
Saya dengan keyakinan yang penuh menjawab: 110
110? Tengok.... Sekarang 114. No terakhir.
Baru saya perasan, tiada seorang pun di kerusi menunggu kecuali saya dan pengawal keselamatan.
Kwang kwang kwang.....saya tersengeh dan kerani tersebut juga tersengeh.
Sebenarnya, semalam saya risau sebab road tax kereta dah mati.
Takut terserempak dgn pak polisi. Macamana boleh tak perasan ttg kematian itu???
Ain cakap road tax mana boleh mati. Anjing boleh le mati....
16 comments:
salam..
hehe..sibuk punya pasallah tu. Nasib baik perasan juga. kalau tak.. adoii bahaya tu..
Pernah berlaku pemandu terlanggar budak. Bila disemak.. ngam ngam satu hari roadtax pemandu tu mati..
jauh beragan tu....hehehe
ke sebab dlm tu sejuk..kt luar membahang je
Satu pelanggan. 10 kaunter. Hebat juga ya. Hehehehehe
salam..apa la yg di berangankan sampai terlepas no..ahahahaha
Agaknya dok kat Langkawi dah tu..sebab tak sedar no dah terlepas hehehe...Selamat bercuti di Langkawi ya.
macamana boleh tak perasan tuuuu...hihi
rashid,
Alhamdulillah takde apa yg berlaku sepanjang "ketidakperasanan" itu.
kujie,
mcm2 yg difikir... nasi belum masak (belum beli sebenarnya),kain belum lipat....hehehe
ab long,
nasib baik tak lena dlm tu.
arsaili,
entah le....dah tua agaknya.
na,
nak ke langkawi lambat lagi le.
atie,
agaknya memang betul no 110 tak dipanggil.hehehe
salam CP.... roadtax kereta mati boleh hidupkan balik Kalau manusia mati..... tinggal amalan je nak kena hitung. :D
sib baik c su tak kena kurung dlm tu....
toknabe,
betul tu.sbb tu kita kena sentiasa buat persediaan.
yellow,
org dlm TH tu baik-baik le.kalau diorang kurung pun bukannya dpt duit tebusan juta-jutaan.kita org miskin.hehehe
bakal menantu sape lah tu yg bijak berkata2.. :D
combi,
anak raja negeri mana le yg bertuah itu?? hehehehe
anak pak syed tak bertuah ekk.
majuk lahh.. :(
pak Syed? mesti cari sama2 syed. baru ngam.hehehe
Post a Comment