Wednesday, July 1, 2009

PESKO SMK Panji

Hari ini sehari suntuk warga SMK Panji berpesta. Bukan pesta tari menari tapi pesta ko kurikulum. Acara dimulakan dengan Senamrobik. Seterusnya persembahan silat, pertunjukan memadam kebakaran, pameran, jualan dan persembahan pelajar. Disamping itu diadakan juga beberapa pertandingan iaitu pertandingan mendirikan khemah, memasak ala hutan, kawad kaki dan mencari harta karun. Antara menu yang terhidang untuk diadili tengahari tadi ialah nasi yang dimasak dalam buluh, sayur yang dimasak dalam tempurung, lawa, ikan bakar dan sebagainya.


Siap terhidang.
Walaupun di dalam daun, buluh dan tempurung tapi aromanya sungguh menyelerakan.

7 comments:

cm said...

nampak sedap je ikan bakar dengan sambal belacan tu..
...silalah ke blog CM ada benda untuk CP.sudi-sudikanlah yerr!

echah_syed said...

bila nmpk makanan ni teringat kat huby sbb dia selalu bawa student gi BIG..so ni ler makanan dorang :)

nmpk mcm sedap..!

cikgu panji said...

cikgu_math,
masa tengah bakar tu memang semerbak baunya.dah kenyang pun rasa lapar.

cikgu panji said...

combi,
makan ramai2, memang sedapnya berganda.

Nurul Nadiah said...

Sedapnya tengok makanan neh. hehe. mcm terbau2 je aroma daun pisang tu =)

cikgu panji said...

nadia,
lepas ni pergi cari daun pisang....utk bakar ikan.hehehe

kiyo said...

cikgu2...bakpo la rumoh kuning sokmo bulih no gubab.....pelik bin heran...